Wanita Pkr Kecam Kenyataan Gelap Pakai Bedak Azeez


MALAYSIAKINI
Wanita PKR mengecam kenyataan Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa bernada perkauman dan seksis terhadap Anggota Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.
"Ia jelas menunjukkan sikapnya yang rendah dan tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat serta meneruskan tradisi kebiasaan pemerintahan lama yang gemar bersikap rasis dan seksis," kata naib ketuanya Sangetha Jayakumar dalam kenyataan.
Katanya, berbeza dengan pentadbiran PH, kerajaan kini tidak menjadikan wanita sebagai agenda penting dan "hanya berminat dengan perebutan kuasa".
"Kami yakin selagi mereka yang mewarisi sikap lama ini terus diberi tanggungjawab selaku pemimpin, wanita akan terus dianggap sebagai bahan lelucon dan hinaan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi," katanya lagi.
Terdahulu hari ini, Abdul Azeez mencelah Kasthuri yang ketika itu membangkitkan kekurangan anggota parlimen wanita yang diusulkan bagi menggantikan anggota jawatankuasa pemilihan parlimen, dengan berkata “gelap, tak nampak”.
Anggota Parlimen Jeluton RSN Rayer kemudian meminta Azeez menarik balik kenyataannya, menyebabkannya bangun dan berkata “Saya juga gelap, takkan gelap nak jadi isu.
“Saya tidak menyatakan bahawa beliau atau YB ini gelap. Saya pun gelap, pakailah bedak,” katanya susulan bantahan dari beberapa anggota parlimen pembangkang.
Insiden itu turut menarik perhatian All Women's Action Society (Awam).
"Kami bersolidariti dengan Kasthuri. Sukar dipercayai kita memiliki wakil rakyat seperti MP Baling di Parlimen yang mulia yang bercakap seperti seorang pembuli berusia 10 tahun," kata NGO itu.
NGO belia Challenger Malaysia pula berkata Baling memerlukan seorang wakil rakyat yang matang dan berkaliber berbanding Azeez.
"Kenyataan Azeez menunjukkan bahawa dia tidak mengambil kira tentang wanita dan golongan bangsa yang tidak serumpunya dari kawasan Baling
"Sekiranya beliau memerlukan bantuan untuk belajar cara menutup mikrofonnya, kami secara senang hati dan sukarela bersedia untuk menunjukkan cara yang betul menggunakan teknologi," katanya.
Challenger juga menyuarakan sokongan terhadap isu yang dibangkitkan Kasthuri berkenaan anggota Parlimen wanita dalam jawatankuasa pemilihan Parlimen.
"Kami secara kolektif menyokong pendiriannya untuk menambah bilangan ahli Parlimen wanita dalam jawatankuasa tersebut dan juga perlantikan wakil ahli Parlimen muda untuk mengangkat suara anak muda," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/wanita-pkr-kecam-kenyataan-gelap-pakai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fuziah Salleh Dilantik Ketua Wanita Pkr Baru Ganti Haniza

Fuziah Salleh Dilantik Ketua Wanita Pkr Baru Ganti Haniza

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 454 hits
PKR hari ini memutuskan untuk melantik ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sebagai ketua Wanita PKR yang baru bagi menggantikan Haniza Talha yang sebelum ini dipecat daripada parti itu Tahniah buat saudari Fuziah Salleh yang dilantik sebaga...
Ucapan Dari Presiden Buat Ketua Wanita Pkr Yang Baru

Ucapan Dari Presiden Buat Ketua Wanita Pkr Yang Baru

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 466 hits
Selamat maju jaya kepada YB Fuziah Salleh yang kini memimpin pasukan Wanita KEADILAN Bersama kita memenuhi cita bangsa dalam membela dan memperkasa suara kaum wanita di Malaysia DR WAN AZIZAHMesyuarat bersama wanita Keadilan di ibu pejabat ...
Parlimen Yang Dipertua Arah Abdul Azeez Mohon Maaf Isu Gelap

Parlimen Yang Dipertua Arah Abdul Azeez Mohon Maaf Isu Gelap

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 244 hits
148 total views 148 views today KUALA LUMPUR 14 Julai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu Datuk Azhar Azizan Harun membuka persidangan Dewan Rakyat hari ini dengan mengarahkan Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memohon ma...
Tidak Pakai Pelitup Muka Wanita Mengamuk Dihalang Masuk Ikea Video

Tidak Pakai Pelitup Muka Wanita Mengamuk Dihalang Masuk Ikea Video

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR 17 Julai Walaupun kes Covid 19 di Malaysia berkurangan dan Perintah Kawalan Pergerakan semakin longgar namun orang ramai masih perlu memastikan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka di tempat awam Namun sebaliknya berlaku ...
Bersatu Sabah Sambut Baik Kenyataan Ismail Sabri Mahu Kerjasama Pn Terus Diperkukuh

Bersatu Sabah Sambut Baik Kenyataan Ismail Sabri Mahu Kerjasama Pn Terus Diperkukuh

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 247 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah menyambut baik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerjasama antara kedua dua pihak dalam Perikatan Nasional tidak akan terjejas susulan kenyataan Menteri Pembangunan Luar ...
Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 322 hits
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk membentuk pasukan petugas baru untuk memeriksa kembali semua aspek kematian anggota bomba ber...
Tular Roti Canai Ular Mufti Kelantan Beri Kenyataan Sama Ada Sah Boleh Dimakan Mahupun Tidak

Tular Roti Canai Ular Mufti Kelantan Beri Kenyataan Sama Ada Sah Boleh Dimakan Mahupun Tidak

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 855 hits
Tahap kreativiti orang Kelantan nampaknya semakin tinggi apabila membuat satu lagi masakan yang unik Kali ini seorang pemilik kedai makan di Kampung Kubur Muda Kota Bharu telah memperkenalkan roti canai ular untuk korang nikmati Tular roti ...
Google Docs Sheets Dan Slides Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap

Google Docs Sheets Dan Slides Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 215 hits
Semakin hari kita dapat lihat Google begitu komited dalam usaha memberi pengalaman terbaik buat pengguna Mereka kerap memberikan pelbagai kemas kini penting untuk aplikasinya Sebelum ini Google berjanji untuk menawarkan mod tema gelap pada ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi