Wanita Obes Boleh Ke Hamil Periksa Bacaan Bmi Anda Sebelum Hamil


Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan. Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau memberikan penerangan berkenaan perkara ini.

Wanita obes yang merancang untuk hamil boleh berjumpa pakar sakit puan atau primary care physician untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan berat badan optimum dan cara hidup sihat yang perlu diamalkan. Kajian di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurangnya 4.5kg boleh menurunkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil sebanyak 40% pada kandungan yang seterusnya.
Bacaan BMI
Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18 – 24.9). BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua. BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 ke atas adalah obes. Dalam pada itu, terdapat tiga kategori obesiti iaitu Kelas 1 (BMI 30-34.9), Kelas 2 (BMI 35-39.9) dan Kelas 3 atau morbid obese (BMI lebih 40).

Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan diri dan kandungan berada di tahap yang optimum.
Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga trimester pertama. Mengambil Vitamin D sekurang-kurangnya 10mcg sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran bayi dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu. Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5 – 7% dari berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko. Bahaya obesiti semasa hamil
Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada si ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.
Risiko kepada ibu
Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages) Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes) Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa hamil yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain. Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut. Kelahiran secara induksi. Kelahiran secara pembedahan caesarean. Komplikasi bius. Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi. Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu. Risiko kepada bayi
Stillbirth tau bayi meninggal dalam kandungan. Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang. Kelahiran secara pramatang. Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar. Kematian neonatal. Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik. Rintangan insulin
Kegemukan yang dialami oleh wanita bukan sahaja disebabkan oleh pengambilan diet yang tidak seimbang, malah ia juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seperti Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rintangan terhadap insulin.            Wanita hamil yang obes akibat faktor hormon ini perlu disaring dan dipantau bagi penyakit kencing manis semasa hamil (gestational diabetes), praeklampsia dan perlu menjalani pemeriksaan antenatal dengan pakar sakit puan. Doktor yang memantau akan memberikan preskripsi metformin bagi mengurangkan risiko keguguran yang berulang (recurrent miscarriage); iaitu salah satu komplikasi kehamilan bagi wanita berlebihan berat badan.
Saranan berat badan;
Kenaikan berat semasa hamil yang ideal
Berat badan di bawah paras ideal: 12.7kg – 18kg
Berat badan ideal: 11.3kg – 16kg
Berlebihan berat badan: 6.8kg – 11.3kg
Obes (semua kelas): 5kg – 9kg
Senaman
Mengawal berat badan semasa hamil dengan bersenam amat disarankan.  Biarpun begitu, anda perlu memastikan senaman yang dilakukan haruslah jenis yang selamat. Bagi yang jarang melakukan senaman, anda boleh memulakan dengan senaman ringan seperti berjalan (brisk walking).
Pada peringkat awal, senaman selama lima minit setiap hari sudah mencukupi tetapi haruslah konsisten dan dilakukan setiap hari. Tempoh senaman boleh ditambah lima minit lagi pada minggu yang berikutnya sehinggalah mencapai objektif untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari setiap hari.
Berenang juga merupakan contoh senaman yang baik untuk wanita mengandung kerana air boleh menampung berat badan wanita mengandung dan mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi.
Tangani emotional eater
Perasaan lapar menyebabkan kita perlu makan. Namun, ada kalanya kita akan makan kerana perasaan bosan, tertekan, merasa sunyi, rasa kosong daripada segi kerohanian, ketakutan malah juga kegembiraan!
Pada trimester ketiga kehamilan, emosi ibu bercampur baur dengan rasa tidak bersedia untuk bersalin, penat melayan kerenah anak yang lebih tua atau bimbang dengan apa yang bakal dihadapi dengan kelahiran bayi. Jadi, tidak hairanlah para ibu makan lebih sehingga menyebabkan berat badan jadi berlebihan.
Apabila makan melebihi jumlah yang sepatutnya dan berat badan naik mendadak, ibu akan mula risau dan akan mula beremosi. Ini seterusnya membuatkan para ibu makan dengan lebih lagi dan kitaran ini akan berterusan (vicious cycle).
Bagi menghentikan masalah ini, ibu perlu mengenal pasti emosi manakah yang akan menyebabkan diri makan berlebihan.
Catat log makanan dengan menyenaraikan apa yang dimakan serta perasaan anda pada sebelum dan selepas makan. Selepas seminggu kenal pasti emosi mana yang menyebabkan anda makan berlebihan dan catat . Setelah mengenal pasti emosi tersebut (contohnya makan berlebihan apabila suami balik lambat) cuba atasinya dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mengatasi emosi seperti bersenam, telefon ibu atau kawan untuk berbual, membuat Sudoku, membaca dan sebagainya. Elak makan untuk dua orang
Wanita obes harus mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jangan mengamalkan sikap ‘makan untuk dua orang’ kerana perlu mengehadkan kenaikan berat badan semasa mengandung. Keperluan tambahan pada trimester kedua dan ketiga hanyalah sebanyak 300 kalori (secawan susu rendah lemak dan sekeping sandwic!).  Jadi para ibu haruslah makan mengikut keperluan kalori dan memastikan makan makanan sihat yang rendah lemak dan gula.
Kajian memang telah mendapati wanita obes yang mengandung akan melahirkan kanak-kanak yang obes juga. Saiz bayi yang besar semasa lahir berkait rapat dengan
kecenderungan mendapat penyakit metabolik pada usia kanak-kanak. Kajian yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak obes juga mendapati kebanyakannya mempunyai ibu yang obes. Jadi, penyakit ini bolehlah dikatakan penyakit keturunan yang akan diwariskan kepada generasi akan datang.
 
The post Wanita Obes Boleh Ke Hamil? Periksa Bacaan BMI Anda Sebelum Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/wanita-obes-boleh-ke-hamil-jom-periksa-bacaan-bmi-anda-sebelum-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 922 hits
Hamil merupakan moment yang terindah bagi setiap ibu Semakin hari perut semakin membesar Bagi wanita muslimah perut merupakan bahagian aurat yang harus ditutup dengan sempurna berkongsi sebuah perkongsian mengenai ibu hamil dan batas aurat ...
Selamatkah Mendaki Bukit Bagi Wanita Hamil

Selamatkah Mendaki Bukit Bagi Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 375 hits
Assalamu alaikum Dr Saya ingin sedikit Isteri saya sedang hamil dan telah memasuki bulan keempat Akhir bulan ini akan masuk bulan ke lima Isteri saya berhajat sangat untuk mendaki Gunung Thur Sina sebab sudah banyak kali mahu pergi tetapi t...
Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 375 hits
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kan ser payu da ra terutamanya di Australia Dokt...
Hamil Anak Kedua Kecantikan Marian Rivera Masih Tetap Buat Wanita Lain Terpukau

Hamil Anak Kedua Kecantikan Marian Rivera Masih Tetap Buat Wanita Lain Terpukau

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 826 hits
Walaupun sedang berbadan dua sekarang pesona Marian Rivera tetap terserlah dan memukau sesiapa saja Mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak Dingdong Dantes pada tahun 2014 pasangan ideal Filipina ini dikurniakan seorang cahaya mata comel...
Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 379 hits
PENDEKATAN baharu saringan berasaskan teknologi bersepadu akan membolehkan wanita melakukan ujian mengesan kanser serviks dalam keadaan selesa di rumah mereka sendiri ROSE iaitu program saringan serviks pertama di dunia yang memaparkan pens...
Tuala Wanita Ajaib Dakwa Boleh Rawat Sakit Dalaman Wanita

Tuala Wanita Ajaib Dakwa Boleh Rawat Sakit Dalaman Wanita

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 395 hits
Media sosial dikejutkan dengan ciptaan baru lagi canggih berasaskan tuala wanita yang didakwa boleh menguatkan otot pelvis wanita serta mampu merawat lemah kawalan kencing Hal ini membuatkan orang ramai mula mempersoalkan kelebihan produk t...
Buah Buahan Yang Tak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang

Buah Buahan Yang Tak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 424 hits
Buah Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang Wanita dalam pantang selepas bersalin tidak digalakkan mengambil makanan sebarangan Ada makanan yang boleh diambil dan ada sesetengah makanan yang tidak dibenarkan Ia adalah ber...
Orang Kata Makan Durian Masa Hamil Boleh Buat Anak Dalam Kandungan Panas Ini Penjelasannya

Orang Kata Makan Durian Masa Hamil Boleh Buat Anak Dalam Kandungan Panas Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 312 hits
Adakah selamat untuk saya makan durian semasa hamil Ini antara persoalan yang sering dikemukakan oleh ibu hamil yang teringin untuk menikmati raja buah itu Mengikut kajian durian selamat dimakan tapi ia mesti dalam jumlah sederhana Ini kera...
Breast Kena Buang Dan Saya Tak Boleh Mengandung Angkara Breast Filler Wanita Ini Tanggung Derita

Breast Kena Buang Dan Saya Tak Boleh Mengandung Angkara Breast Filler Wanita Ini Tanggung Derita

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 582 hits
Kerana ingin kelihatan cantik dan mempunyai aset yang mengiurkan ramai wanita yang sanggup melakukan rawatan kecantikan hingga merisikokan nyawa sendiri Malah ada di antara mereka yang terlalu berani hingga menggunakan servis daripada merek...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya