Wanita Islam Perlu Tampil Ke Hadapan Wan Azizah


LONDON: Wanita Islam perlu tampil ke hadapan dengan berusaha meningkatkan kemahiran dan potensi, memanfaatkan bakat dan keupayaan keusahawanan supaya dapat melihat kemajuan jangka panjang yang tulen dalam masyarakat Islam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk mencapai matlamat ini, kaum Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada kaum Hawa.
Beliau berkata, lelaki Islam perlu membuang sikap cauvinis yang diwarisi dalam beberapa budaya tempatan.
“Kita tidak mungkin dapat capai keadilan sosial dengan hanya bersandarkan terjemahan yang condong dan tidak adil. Maruah manusia, kesejahteraan dan peningkatan taraf masyarakat tanpa mengira jantina, kaum, taraf atau etnik dalam masyarakat yang tergolong aman dan bertoleransi adalah paling penting.
“Tetapi semua ini hendaklah termasuk kaum lelaki,” katanya pada ucaptama beliau pada Forum Kepemimpinan Islam (WMLF) di Lambeth Palace di selatan London hari ini.
Dr Wan Azizah, yang tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke United Kingdom, bersama pemimpin Islam yang lain dari pelbagai rantau dunia ini bagi membincangkan isu penting, mendepani cabaran dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk menyingkir persatuan yang wujud antara pengganas dan Islam.
Dalam ucaptama beliau bertajuk The Role of Women and Girls in Achieving Sustainable Development Goals (SDGs) by 2030, Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa sudah tiba masanya untuk mempunyai satu penyepaduan perspektif jantina yang sistematik dalam pelaksanaan dan pengawasan SDGs.
Beliau berkata, penerapan SDGs oleh semua pemimpin dunia pada 2015 adalah dengan matlamat untuk mencapai kemajuan yang berterusan dan janji tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang.
“Pada masa sekarang, di negara-negara luar, wanita dan kanak-kanak perempuan masih berhadapan pelbagai bentuk diskriminasi,” katanya kepada kira-kira 200 perwakilan pada WMLF yang berlangsung selama dua hari itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa SDGs masih tidak cukup kerana menumpukan hanya pada sosial, ekonomi dan aspek fizikal pembangunan sahaja.
Dengan mencadangkan langkah utama diperlukan untuk menyemai Maqasid Syariah iaitu melindungi kepercayaan (addeen), melindungi diri daripada mudarat (nafs), melindungi intelek (aql), melindungi zuriat (nasl) dan melindungi kekayaan (mal), beliau berkata Maqasid Syariah tidak berat sebelah kepada jantina, kenegaraan, etnik atau status sosial.
Beliau berkata kerajaan boleh mewujudkan dasar dan program untuk menyokong SDGs, namun perubahan peribadi di peringkat pemimpin individu yang boleh menetapkan pencapaian SDGs.
“Untuk memulakan SDGs ia perlu dimulakan dengan mempunyai pemimpin yang tepat yang memiliki rasa tanggungjawab peribadi bagi mencapai tujuan itu. Ia mengenai menyalurkan ‘rahmah’ dan seterusnya melihat tujuan kepada semua 17 perkara dalam SDGs.
“Peringkat tertinggi pembangunan peribadi ialah mencapai ehsan,” kata Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bagaimanapun, beliau berkata masyarakat Islam masih dibendung oleh banyak halangan kerana pengamal ajaran Islam dalam kalangan ramai Islam terus dibentuk oleh tradisi dan budaya tempatan.
“Intoleransi dan pemikiran yang sempit masih menghantui pertumbuhan intelektual kita,” kata wanita pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, yang dilantik dalam Kabinet pada Mei.
Beliau juga berkongsi beberapa pengalaman pentadbiran baru Malaysia dalam merangsang wanita dan remaja perempuan dalam mencapai sasaran SDGs.
Beliau berkata, antaranya inisiatif i-SURI bagi mengukuhkan keselamatan sosial kepada surirumah, MySMELady yang diwujudkan khas kepada usahawan wanita dan penubuhan Child Friendly Cities.
Terdahulu, setibanya di Lambeth Palace, Dr Wan Azizah disambut oleh Pengerusi WMLF, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther; Presiden Institut Strategi Antarabangsa (ISI), Tan Sri Michael Yeoh; Setiausaha Agung WMLF, Dr Husna Ahmad Obe dan Prof Jocelyne Cesari dari Cadbury Centre for Public Understanding of Religion.
Yang turut hadir ialah Setiausaha bagi Inter Religious Affairs to the Archbishop of Canterbury Reverend, Dr Richard Sudworth dan Penaung WMLF European, Lord Sheikh of Cornhill dan Pengerusi Dalla al Baraka Group Sheikh Saleh Abdullah Kamel.
Forum dua hari itu bertemakan ‘The Role of Muslim Leadership in Rebuilding Islam’s Global Image’, bertujuan menangani masalah dihadapi oleh dunia Islam seperti perang saudara yang menyebabkan penghijrahan secara besar-besaran, pembunuhan kejam, tindakan pengganas dan ekstrimis, dan kewujudan Islamophobia.
Ia memberi tumpuan kepada empat aspek kritikal iaitu mewujudkan naratif baru mengenai Islam; mengukuhkan kepemimpinan Islam di semua peringkat sosio-ekonomi dan landskap politik, kedudukan wanita dan peranan wanita dalam membentuk semula naratif Islam yang baharu; dan mewujudkan platform bagi pemimpin Islam menawarkan penyelesaian kepada masalah semasa seperti pendidikan belia, keusahawanan dan pembangunan mampan.
The post Wanita Islam Perlu Tampil Ke Hadapan – Wan Azizah appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/wanita-islam-perlu-tampil-ke-hadapan-wan-azizah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Bukan Islam Wan Azizah Bukan Melayu Tolonglah Guan Eng

Tun Mahathir Bukan Islam Wan Azizah Bukan Melayu Tolonglah Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 395 hits
Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng dan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo bergambar bersama wakil wakil parti di bawah Pakatan Harapan yang hadir pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Selango...
Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 235 hits
LONDON Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom kembali ke Malaysia lebih awal daripada jadual asal program lawatannya Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terpaksa pulang awal ke Ma...
Wan Azizah 2 Yang Lain Diperintah Bayar Felda Rm70k Rileksmedia

Wan Azizah 2 Yang Lain Diperintah Bayar Felda Rm70k Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 331 hits
PUTRAJAYA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan anak syarikatnya bersetuju dengan rayuan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain bagi bayaran ganti rugi fitnah yang dikekalkan pa...
Dr Wan Azizah Shortens Visit To The United Kingdom

Dr Wan Azizah Shortens Visit To The United Kingdom

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 253 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail who is on a three day official visit to the United Kingdom is expected to return to Malaysia earlier than scheduled Dr Wan Azizah said she had to return early to Malaysia to attend a...
Kemat Ian Wanita Yang Terkenal Dengan Sikap Suka Bersedekah Ini Semestinya Akan Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

Kemat Ian Wanita Yang Terkenal Dengan Sikap Suka Bersedekah Ini Semestinya Akan Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 390 hits
aajal maaut seseorang semuanya di tangan Allah Dia yang menentukan masa dan tempat di mana kita akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama lamanya Namun kemaatian yang diimpikan seorang muslim sudah pastinya di tempat suci seperti Mekah ...
Wan Azizah Sampaikan Ucaptama Di Wmlf

Wan Azizah Sampaikan Ucaptama Di Wmlf

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 182 hits
LONDON Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menyampaikan ucaptama pada Forum Kepemimpinan Muslim Dunia 2018 sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke United Kingdom Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wa...
Wan Azizah Perlu Jawab Isu Ini

Wan Azizah Perlu Jawab Isu Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 342 hits
Haramkan surat sokongan kepada pembida kontrak kata kumpulan hak asasi FMT Reporter Surat yang dikeluarkan oleh setiausaha politik kepada timbalan perdana menteri PETALING JAYA Kumpulan hak asasi menggesa Putrajaya mengharamkan surat sokong...
Tuduh Umat Islam Serang Kuil Exco Dap S Gor Mohon Maaf

Tuduh Umat Islam Serang Kuil Exco Dap S Gor Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 259 hits
BANGI 20 Rabiulawal 1440H Rabu Ahli Exco Selangor V Ganabatirau membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini kerana mencetuskan kemarahan pelbagai pihak berhubung kenyataan yang menuduh umat Islam terbabit menyerang Kuil Sri Maha Mariamm...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Tiada Peruntukan

How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih