Wan Azizah Sampaikan Ucaptama Di Wmlf


LONDON: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menyampaikan ucaptama pada Forum Kepemimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018, sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke United Kingdom (UK).
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memulakan lawatan ke UK, hari ini yang merupakan lawatan rasmi sulungnya ke negara ini selepas dilantik dalam barisan Kabinet pada 21 Mei berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Merupakan pemimpin wanita pertama Malaysia memberi ucapan di forum dwitahunan esok, kehadiran beliau dijangka akan memantapkan lagi forum itu, pertama sebagai pemimpin Malaysia nombor dua dan peranan negara dalam memperkasakan wanita dalam semua sektor, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik.
Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Mohd Suhaimi Jaafar, berkata forum itu antara lain bertujuan mengumpulkan pemimpin Islam dari pelbagai pelusuk dunia untuk meneroka isu-isu utama, menangani cabaran dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk menghapuskan tanggapan berhubung keganasan dan Islam.
Memberikan taklimat kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan timbalan perdana menteri ke sini, beliau berkata ucaptama Dr Wan Azizah pada edisi keempat WMLF bertajuk, The Role of Women and Girls in Achieving the UN Sustainable Development Goals by 2030.
Mohd Suhaimi berkata, ucaptama timbalan perdana menteri antara lain menekankan untuk memastikan kehidupan yang sihat, menamatkan kemiskinan, menutup jurang mengenai jantina dan kecacatan, mengiktiraf peranan wanita, mempromosikan hak wanita dan kanak-kanak perempuan serta mengoptimumkan sumbangan pada masa yang sama mengimbangi tanggungjawab mereka.
Forum dua hari itu akan diadakan di Lambeth Palace dan di House of Commons, Westminster, yang membawa tema Peranan Kepimpinan Islam Dalam Membina Semula Imej Global Islam, yang memberi tumpuan empat aspek kritikal iaitu mewujudkan naratif baharu mengenai Islam; mengukuhkan kepemimpinan Islam di semua peringkat landskap sosio ekonomi dan politik; pemerkasaan wanita dan peranan wanita dalam membentuk semula naratif Islam yang baharu.
Forum itu juga bertujuan mewujudkan platform bagi pemimpin Islam untuk menawarkan penyelesaian kepada masalah semasa seperti pendidikan belia, keusahawanan dan advokasi untuk pembangunan mampan.
Mohd Suhaimi berkata, Dr Wan Azizah juga dijadualkan melawat Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), kira-kira dua jam perjalanan dari metropolitan London dan mengambil bahagian dalam perbincangan dengan para akademik.
Di Oxford, timbalan perdana menteri akan melawat Worcester College, University of Oxford dan Sultan Nazrin Shah Centre, venue bertaraf dunia yang menyediakan kemudahan bagi persidangan dan acara di kolej itu.
Mempunyai jadual yang padat, Dr Wan Azizah juga akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang menetap di UK pada majlis makan malam yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.
Pada Jumaat, timbalan perdana menteri dijadual bertemu Lord Ahmad of Wimbledon, yang juga Menteri Negara bagi Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Wakil Khas Perdana Menteri bagi Kebebasan Beragama atau Kepercayaan.
Dr Wan Azizah juga akan mengambil bahagian dalam sesi perbincangan meja bulat dengan pelabur terkemuka dan syarikat-syarikat British yang dianjurkan oleh Asia House.
Program lain yang dijadualkan bagi timbalan perdana menteri termasuk melawat London Central Mosque (Regents Park Mosque) dan bertemu ulama Muslim tempatan.
“Lawatan ini dijangka mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan mencerminkan keazaman kita untuk bekerjasama dengan UK untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang baharu antara kedua-dua negara,” kata Mohd Suhaimi.
Lawatan rasmi Dr Wan Azizah itu turut disertai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya, serta pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
The post Wan Azizah Sampaikan Ucaptama Di WMLF appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/wan-azizah-sampaikan-ucaptama-di-wmlf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 279 hits
LONDON Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom kembali ke Malaysia lebih awal daripada jadual asal program lawatannya Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terpaksa pulang awal ke Ma...
Wanita Islam Perlu Tampil Ke Hadapan Wan Azizah

Wanita Islam Perlu Tampil Ke Hadapan Wan Azizah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 291 hits
LONDON Wanita Islam perlu tampil ke hadapan dengan berusaha meningkatkan kemahiran dan potensi memanfaatkan bakat dan keupayaan keusahawanan supaya dapat melihat kemajuan jangka panjang yang tulen dalam masyarakat Islam Timbalan Perdana Men...
Wan Azizah 2 Yang Lain Diperintah Bayar Felda Rm70k Rileksmedia

Wan Azizah 2 Yang Lain Diperintah Bayar Felda Rm70k Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 372 hits
PUTRAJAYA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan anak syarikatnya bersetuju dengan rayuan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain bagi bayaran ganti rugi fitnah yang dikekalkan pa...
Dr Wan Azizah Shortens Visit To The United Kingdom

Dr Wan Azizah Shortens Visit To The United Kingdom

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 365 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail who is on a three day official visit to the United Kingdom is expected to return to Malaysia earlier than scheduled Dr Wan Azizah said she had to return early to Malaysia to attend a...
Wan Azizah Perlu Jawab Isu Ini

Wan Azizah Perlu Jawab Isu Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 411 hits
Haramkan surat sokongan kepada pembida kontrak kata kumpulan hak asasi FMT Reporter Surat yang dikeluarkan oleh setiausaha politik kepada timbalan perdana menteri PETALING JAYA Kumpulan hak asasi menggesa Putrajaya mengharamkan surat sokong...
Tun Mahathir Bukan Islam Wan Azizah Bukan Melayu Tolonglah Guan Eng

Tun Mahathir Bukan Islam Wan Azizah Bukan Melayu Tolonglah Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 444 hits
Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng dan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo bergambar bersama wakil wakil parti di bawah Pakatan Harapan yang hadir pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Selango...
Yenny Wahid Sampaikan Pesan Perdamaian Di Dubai

Yenny Wahid Sampaikan Pesan Perdamaian Di Dubai

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 120 hits
Para ulama di sini sepakat bahwa tidak ada gunanya bertikai soal agama Terutama dari sudut pandang teologi Justru kita harus mencari titik temu antar agama ujar Yenny
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Anak Seiras Bapa Coretan Ulang Tahun Ella Raih Perhatian

The Wagon Cafe

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor