Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal Telur Lelaki


Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal ‘Telur’ Lelaki
Baru-baru ini, perkongsian seorang doktor di media sosial menarik perhatian ramai apabila beliau mendedahkan hasil kajian sains yang dikatakan mampu mengubah pandangan dunia tentang kesuburan lelaki dan wanita.
Selama ini, masyarakat sering percaya bahawa wanita memiliki ‘jam biologi’ yang mengehadkan peluang mereka untuk hamil selepas usia tertentu.
Namun, kajian terbaharu menunjukkan bahawa hakikatnya, jam biologi itu juga berdetik bagi kaum lelaki.
Pandangan ‘lapuk’ tentang kesuburan Selama berdekad-dekad, keupayaan wanita untuk mengandung dikaitkan rapat dengan usia.
Ramai percaya bahawa selepas usia 35 tahun, jumlah dan kualiti telur wanita akan menurun dengan ketara. Keadaan ini seterusnya menyukarkan proses kehamilan serta meningkatkan risiko keguguran dan sindrom Down.
Sebaliknya, lelaki pula sering dianggap mampu menghasilkan sperma yang berkualiti walaupun pada usia lanjut.
Oleh sebab itu, amaran berkaitan kesuburan dan pelbagai intervensi kesihatan reproduktif lebih banyak ditujukan kepada wanita. Ini termasuk galakan untuk membekukan telur (egg freezing) sebelum usia 35 tahun.
Bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan bahawa pandangan ini tidak lagi tepat sepenuhnya.
Kajian terkini 2025 Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances oleh penyelidik dari Universiti Penn State pada 2025 mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.
Para saintis meneliti perubahan pada DNA mitokondria dalam telur wanita berusia antara 22 hingga 42 tahun dan membandingkannya dengan sel tubuh lain seperti darah dan air liur.
Hasilnya mendapati bahawa telur wanita mengekalkan kualiti DNA mitokondria yang stabil sepanjang tempoh tersebut. Mutasi DNA yang dikaitkan dengan penuaan tidak menunjukkan peningkatan ketara walaupun usia bertambah.
Malah, sel darah dan air liur didapati mempunyai kadar mutasi 17 hingga 24 kali lebih tinggi berbanding sel telur.
Penemuan ini membuktikan bahawa telur wanita mempunyai mekanisme pertahanan semula jadi yang melindungi daripada mutasi genetik berkaitan usia.
Namun, para penyelidik menegaskan bahawa kestabilan DNA mitokondria ini tidak bermaksud wanita bebas sepenuhnya daripada isu kesuburan berkaitan usia.
Jumlah telur wanita tetap berkurangan dari semasa ke semasa, dan faktor mutasi DNA nuklear masih boleh mempengaruhi peluang kehamilan serta risiko keguguran.
Lelaki juga punya ‘jam biologi’ Kajian sama turut membongkar hakikat bahawa sperma lelaki mengalami kemerosotan kualiti yang ketara apabila usia meningkat.
Proses pembentukan sperma yang berterusan dalam tubuh lelaki menyebabkan pengumpulan mutasi DNA dari masa ke masa.
Lebih mengejutkan, sperma daripada lelaki yang lebih berusia menunjukkan risiko tinggi membawa kesilapan genetik yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan anak.
Kajian 2025 itu juga mengaitkan usia bapa yang lebih tua dengan peningkatan risiko gangguan neuroperkembangan seperti autisme dan skizofrenia, selain kebarangkalian keguguran yang lebih tinggi.
Dengan kata lain, lelaki juga mempunyai had biologi tersendiri dalam aspek kesuburan, sama seperti wanita.
Implikasi terhadap pasangan yang ingin berkeluarga Penemuan ini membawa makna besar kepada pasangan yang merancang untuk menimang cahaya mata.
Jika sebelum ini tumpuan banyak diberikan kepada usia wanita dalam menentukan tahap kesuburan, kini sains membuktikan bahawa usia lelaki juga memainkan peranan sama penting.
Walaupun kualiti telur wanita kekal stabil dari segi DNA mitokondria, sperma lelaki pula semakin mudah mengalami mutasi apabila usia meningkat.
Selama ini, wanita sering diingatkan supaya cepat berkahwin kerana kononnya kualiti telur akan merosot dengan usia. Namun, kini sains membuktikan bahawa tanggungjawab menjaga kesuburan bukan terletak pada bahu wanita semata-mata.
Lelaki juga perlu sedar bahawa masa memainkan peranan penting terhadap kualiti sperma mereka. Maka, dalam hal membina keluarga, wajarlah kedua-dua pihak, lelaki dan wanita, sama-sama mengambil langkah bijak.
BACA: Kajian Dedah Bentuk Sebenar Tubuh Lelaki Yang ‘Sempurna’
Sumber: Dr. Christabel Akinola, TOI
The post Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal ‘Telur’ Lelaki appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/12/kajian-terkini-dedah-fakta-mengejutkan-pasal-telur-lelaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Mengejutkan Pasal Lelaki Umur 18 Hingga 25 Tahun

Kajian Mengejutkan Pasal Lelaki Umur 18 Hingga 25 Tahun

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 135 hits
Kajian Mengejutkan Pasal Lelaki Umur 18 Hingga 25 Tahun Nampaknya seni berani mengajak seseorang keluar secara berdepan kini semakin hilang dalam kalangan generasi muda Menurut kajian DatePsychology sebanyak 45 peratus lelaki berumur antara...
Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita

Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 206 hits
Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan ramai pelancong dari seluruh dunia Bukan sahaja kerana lokasi pelancongan yang cantik makanan yang menggoda...
Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 253 hits
AssalamualaikumGenocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti di Sebalik Tragedi Tragedi kemanusiaan di Gaza bukan lagi sekadar isu politik tetapi persoalan hidup dan mati bagi jutaan rakyat Palestine Serangan berterusan angka korban yang menin...
Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 208 hits
MH370 Antara Fakta dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan Setiap kehilangan meninggalkan gema yang tak mudah padam antara fakta yang berserakan dan hati yang masih bertanya Kisah Yang Tular Siapa Philip Wood Beberapa minggu selepas kehilangan ...
Mooncake 10 Fakta Unik Resep Legendaris Yang Bikin Ketagihan Di 2025

Mooncake 10 Fakta Unik Resep Legendaris Yang Bikin Ketagihan Di 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 130 hits
Mooncake bukan sekadar kue melainkan simbol tradisi kebersamaan dan rasa yang tak lekang oleh waktu 10 fakta unik dan resep legendarisnya siap bikin siapa saja ketagihan di tahun 2025
Ini Senarai Pekerjaan Paling Laku Berkurang Menjelang 2030 No 5 Paling Mengejutkan

Ini Senarai Pekerjaan Paling Laku Berkurang Menjelang 2030 No 5 Paling Mengejutkan

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 145 hits
Ini Senarai Pekerjaan Paling Laku Berkurang Menjelang 2030 No 5 Paling Mengejutkan Setiap tahun isu pengangguran dalam kalangan graduan terus menjadi perbualan yang tidak pernah surut Walaupun ramai dalam kalangan mereka berusaha mencari pe...
Julie Kiss Of Life Diduga Terlibat Skandal Video Mesra Ini 6 Fakta Dibaliknya

Julie Kiss Of Life Diduga Terlibat Skandal Video Mesra Ini 6 Fakta Dibaliknya

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 558 hits
Julie Kiss of Life menjadi sorotan publik setelah video CCTV yang diduga menampilkan dirinya yang menjalani bar date dengan dua pria yang diduga Kangmin dan Yeonho VERIVERY tersebar
Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 226 hits
LIPIS Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aspek tersebut juga menjadi asas kepada p...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar