Wanita Hebat Yang Membuka Jalan Untuk Pemandu Oku


 

Imran Ariff -March 15, 2021 
PETALING JAYA: Selepas satu kemalangan tragis yang mengakibatkan beliau lumpuh dari pinggang ke bawah, Bathmavathi Krishnan mencari cara alternatif bagi membolehkan melakukan tugas seharian, dengan aktiviti memandu menjadi tumpuan.
Beliau mendapat pekerjaan di perpustakaan Universiti Malaya setelah menamatkan pengajian pada 1978, tetapi terpaksa mencari cara lain untuk ke tempat kerja kerana tidak lagi boleh tinggal di kolej kediaman.
“Saya hadiri temu duga dengan kerusi roda, dan mereka tanya bagaimana saya hendak datang ke tempat kerja,” katanya.
“Saya pernah tengok filem ‘Coming Home’, di mana lelaki ini memandu kereta dengan kawalan tangan. Jadi, saya beritahu mereka, saya akan dapatkan sebuah kereta untuk diubah suai dan memandunya ke tempat kerja.”
Walaupun kenderaan sebegitu wujud di Amerika Syarikat,namun masih belum ada sepertinya di Malaysia; sedangkan bas masih belum mempunyai kemudahan untuk kerusi roda.
Bathma menghubungi beberapa syarikat kereta dengan harapan seseorang boleh menjadi “MacGyver” dan mencipta sesuatu yang dapat dipandunya.
Sistem diguna pakai Bathmavathi Krishnan yang hampir tiada perubahan sejak lewat 1970-anAkhirnya, seorang jurutera bernama Paul David dari Tan Chong Motors menyahut cabaran itu dan membina sebuah sistem yang membolehkan Bathma memandu menggunakan tuas yang dapat dikendalikannya dengan tangan.
Sebuah Datsun 120Y yang dilengkapkan dengan sistem itu menjadi kenderaan pertama seumpamanya di negara ini.
“Kemudian saya perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan. Seorang jurutera datang (untuk melihatnya) dan beliau melihat saya menggunakan kawalan tangan dan isyarat, bagaimana saya melalui bulatan, membuat hentian kecemasan, dan lain-lain.
“Minggu berikutnya, beliau memberitahu saya, ‘tangan kamu akan menjadi letih dan kamu akan membahayakan orang lain di atas jalan.’
“Saya kata kepada beliau,’pemikiran encik sangat tertutup, di tempat lain di dunia kereta sebegini sudah dipandu orang’,” kata Bathma.
Kesal tetapi tidak berputus asa, Bathma berjaya bertemu dengan timbalan menteri pengangkutan ketika itu, Goh Cheng Teik, dan menerangkan keperluannya untuk mendapat kelulusan bagi kenderaan tersebut.
“(Goh) melihatnya, dan beberapa minggu kemudian, (kereta itu) mendapat kelulusan, tetapi terdapat klausa yang menyatakan saya hanya boleh memandu di KL dan PJ, dan hanya boleh mencapai kelajuan 60km/j,” kata Bathma.
Beliau berpendapat bahawa had yang ditetapkan itu tidak masuk akal – tiada banyak perbezaan antara memandu di KL dan di tempat lain di negara ini, maupun dunia.
Walaupun menghadkan kelajuan pemanduannya adalah sepatutnya demi keselamatan di jalan raya, langkah tidak membenarkan beliau memandu lebih daripada 60km/j akan menyusahkan pemandu lain.
Sekatan-sekatan itu akhirnya dihapuskan pada 1983, tetapi penungguan yang begitu lama membuka mata Bathma berhubung cabaran yang bakal dilaluinya.
“Persepsi orang terhadap sesuatu yang baharu memang susah diubah, terutamanya dalam kalangan mereka yang berkuasa.
“Kadang-kadang, kita lihat pegawai pergi ke luar negara dan melaporkan begitu banyak yang berlaku di sana, tetapi mereka tidak sedar benda sama boleh diaplikasi di negara kita,” kata beliau.
Sehingga ke hari ini, Bathma menggunakan sistem yang sama dari dahulu. Walaupun sudah wujud versi baharu di Malaysia yang memudahkan penukaran di antara kenderaan, beliau tidak berasa ada keperluan untuk mengubahnya.
“Mungkin ia ‘kuno’, tapi saya sangat selesa dengannya,” kata beliau.
Bathma tetap komited memperjuangkan isu orang kurang upaya (OKU) dan menjadi presiden persatuan wanita kurang upaya.
Beliau berkhidmat sebagai senator mewakili OKU selama dua penggal apabila dilantik pada 2013.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/wanita-hebat-yang-membuka-jalan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ajak Bekas2 Kekasih Jadi Dulang Boys Pada Majlis Persandingan

Wanita Ajak Bekas2 Kekasih Jadi Dulang Boys Pada Majlis Persandingan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 204 hits
Sempena meraikan hari bahagia bersama suami tercinta seorang wanita menjadikan lima orang bekas kekasihnya sebagai dulang boys pada majlis persandingan baru baru ini Menerusi aplikasi TikTok wanita dikenali sebagai Zizu Aziz itu berkongsi s...
Demi Cinta Wanita Serah Wang Simpanan Ibu Rm418 400 Kepada Kekasih

Demi Cinta Wanita Serah Wang Simpanan Ibu Rm418 400 Kepada Kekasih

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 242 hits
KUANTAN Keterujaan seorang penganggur untuk menerima hadiah wang 18 000 Euro daripada kenalannya dari Perancis membawa padah apabila dia kerugian RM418 400 selepas tertipu dengan Love Scam Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah darip...
Wanita Terjumpa Muntah Ikan Paus Bernilai Rm1 05 Juta Ketika Berjalan Di Pantai

Wanita Terjumpa Muntah Ikan Paus Bernilai Rm1 05 Juta Ketika Berjalan Di Pantai

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 403 hits
The ReporterSeorang wanita di Thailand bagaikan tidak percaya yang dia bernasib baik menemui ketulan muntah ikan paus bernilai hampir RM1 05 juta di pantai yang berhampiran dengan rumahnya Siriporn Niamrin 49 sebelum itu berjalan jalan di p...
19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga

19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 445 hits
19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga Assalammualaikum wbt Alhamdulillah sesungguhnya kita wanita adalah golongan yang istimewa dan 19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga ada antaranya keistimewaan yang mungkin kita tahu ...
Wanita Mengandung Kekal Aktif Dan Sihat

Wanita Mengandung Kekal Aktif Dan Sihat

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum semua Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tips yang boleh dipraktikkan khas untuk para ibu yang sedang mengandung atau bakal bakal ibu yang mahu kekal aktif dan sihat walaupun semasa mengandung dan juga selepas bersalin 10 ...
Tiga Wanita Ditangkap Kerana Terbabit Aktiviti Persundalan

Tiga Wanita Ditangkap Kerana Terbabit Aktiviti Persundalan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 655 hits
KOTA BHARU Tiga wanita termasuk dua ibu tunggal masing masing didenda RM2 000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan dengan menawarkan perkhidmatan seks Ketiga tiga tertuduh Nur...
Pesta Perdana 2021 Rosita Hussin Dinobat Pelakon Wanita Terbaik

Pesta Perdana 2021 Rosita Hussin Dinobat Pelakon Wanita Terbaik

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 353 hits
SINGAPURA Artis tempatan Rosita Husin mendapat pengiktirafan besar sebagai pelakon wanita terbaik di Pesta Perdana 2021 pada Jumaat malam setelah membawa pulang trofi bagi kedua dua kategori yang dicalonkan Rosita dinobat Pelakon Wanita Ter...
Wanita Maut Dipercayai Ditembak Suami Lepas Tuntut Cerai

Wanita Maut Dipercayai Ditembak Suami Lepas Tuntut Cerai

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 350 hits
Malaysiakini Gara gara menuntut cerai secara fasakh seorang wanita maut selepas dipercayai ditembak suaminya secara dekat menggunakan senapang angin ketika sedang tidur di rumahnya di Taman Saujana Kota Tinggi Isnin lepas Ketua Polis Johor ...
Wanita Ini Pernah Jadi Penagih Dadah Sejak Berusia 15 Tahun Kini Berubah Menjadi Semakin Cantik

Wanita Ini Pernah Jadi Penagih Dadah Sejak Berusia 15 Tahun Kini Berubah Menjadi Semakin Cantik

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 565 hits
Wanita ini pernah jadi penagih dadah sejak berusia 15 tahun kini berubah menjadi semakin cantikSeorang wanita berkongsi mengenai kisah hidupnya yang mula terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah jenis kokain dan heroin sejak usia 15 ta...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Senarai Nama Panglima Atm

Infaq Kasih X Usim Living Lab Perkasa Program Csr Wtckl

Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

Alyph Siapa Yang Ajar Chord

Aepul Roza Feat Sharul Kamal Terapi Percuma Chord

Fabio Asher Tanpa Balasmu Chord