Wanita Hebat Kagum Sangat Dr Halina Tetap Ceria Lepas Bersalin Anak Ke 7 Ramai Kagum
Baru sahaja beberapa jam melahirkan bayi ketujuhnya, isteri kepada angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina memuat naik gambar terbarunya selepas bersalin.
Apa yang menarik perhatian, Dr Halina yang murah dengan senyuman ini masih ceria dan melemparkan senyuman manis biarpun baru beberapa jam di dewan bedah melahirkan anak ketujuhnya.
Melihatkan sikap positif dan mood ceria Dr Halina yang sempat berseloroh membuat OOTD selepas bersalin membuatkan ramai yang kagum biarpun sudah punya anak ramai.
“OOTD 15hrs post LSCS. Hospital gown, kain batik and handbag courtesy of PCA pethidine. Urinary catheter dah cabut and I need to mobilize myself,” tulisnya berseloroh.
Dengan berkain batik, baju hospital dan beberapa alatan hospitl di sini, wajah dengan senyuman manis Dr Halina tetap terserlah.
Berkongsi kisah kelahiran bayi ketujuhnya, Dr Halina turut meluahkan ucapan penghargaan buat suami serta doa-doa yang baik dari pengikutnya di Instagramnya.
Malah kata ibu kepada tujuh cahaya mata ini bersyukur kerana kelahiran bayinya dipermudahkan. Ditambah pula dengan bayi, Sheikh Muhammad yang sudah pandai melekap dengan baik ketika menyusu.
“Baby boy kami dah pandai melekap waktu menyusu, alhamdulillah. Here we go again, lagi satu pusingan penyusuan susu ibu.
“Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang baik-baik dari semua! Terima kasih S kerana sudi ada untuk saya. Terima kasih Allah,alhamdulillah atas peluang ini,” tulisnya.
Terdahulu, Dr Halina selamat melahirkan bayi ketujuhnya semalam dengan berat 2.98kg di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Wanita Hebat, Kagum Sangat” Dr Halina Tetap Ceria Lepas Bersalin Anak Ke-7, Ramai Kagum! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/wanita-hebat-kagum-sangat-dr-halina-tetap-ceria-lepas-bersalin-anak-ke-7-ramai-kagum/