Wanita Britain Dakwa Dapat Bercakap Loghat Thailand Lepas Sedar Dari Strok


Wanita Britain Dakwa Dapat Bercakap Loghat Thailand Lepas Sedar Dari Strok
Seorang wanita dari Britain mendakwa dirinya dapat bertutur loghat Thailand selepas sedar daripada serangan strok.
Memetik Metro UK, Cathy Warren yang berusia 29 tahun telah diserang strok ketika melancong di Fethiye, Turkiye, pada September tahun lalu.
Menceritakan kembali detik itu, wanita terbabit berkata dia mengalami sakit kepala yang amat teruk dan terasa seperti ingin pitam. Cemas melihat keadaan Cathy, rakan-rakannya telah meminta bantuan pekerja hotel dan dia segera dibawa ke hospital.
Hasil imbasan dan pemeriksaan yang dijalankan di hospital, Cathy disahkan mengalami strok.
Sehari kemudian, dia terjaga di hospital dalam keadaan bahagian kiri badannya lumpuh. Namun apa yang lebih mengejutkan apabila dia tidak lagi bertutur dalam loghat Hampshire, sebaliknya boleh bercakap dalam loghat Thailand.
Cathy berkata ibunya berasal dari Thailand, namun apabila dia sendiri bercakap loghat itu, ia terasa sangat asing.
“Saya pernah bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi apabila saya bangun, loghat saya berbeza.
“Ibu saya berasal dari Thailand, jadi dia mempunyai loghat Thai. Loghat yang saya miliki sekarang kedengaran seperti dia,” katanya.
Cathy dirawat selama sebulan di hospital di Turkiye, sebelum dia disahkan sihat untuk pulang semula ke United Kingdom pada Oktober 2024.
BACA: (Video) Bunyi Macam Loghat Perak Tapi Bukan, Wanita Kongsi Loghat Pahang Yang Ramai Tak Pernah Dengar Kredit: Metro UK Sekembalinya ke England, dia menghabiskan masa selama dua bulan sebagai pesakit di hospital, diikuti dengan pemulihan selama tiga bulan. Ketika itu, dia belajar berjalan semula.
“Saya terpaksa belajar berjalan lebih banyak dengan bantuan yang berbeza, mula-mula tripod, kemudian tongkat dan kini saya boleh berjalan secara bebas,” katanya.
Pada Mac 2025, Cathy telah didiagnosis dengan Sindrom Loghat Asing iaitu keadaan yang jarang berlaku. Ia memperlihatkan seseorang bertutur menggunakan loghat yang berbeza daripada loghat yang biasa digunakan mereka.
Wanita itu telah menjalani terapi pertuturan tetapi mengatakan bahawa loghatnya yang dulu masih belum kembali.
“Doktor tidak berjanji keadaan akan kembali seperti biasa, ia sangat jarang berlaku, Saya rasa kehilangan sebahagian daripada identiti saya,” katanya.
Walaupun dia kini sembuh dari strok, Cathy berkata loghatnya mungkin tidak akan sama seperti sebelum strok.
Sumber: Metro UK
The post Wanita Britain Dakwa Dapat Bercakap Loghat Thailand Lepas Sedar Dari Strok appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/24/wanita-britain-dakwa-dapat-bercakap-loghat-thailand-lepas-sedar-dari-strok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 282 hits
Sidang Kemuncak ASEAN Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini SEPANG 25 Okt Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing ma...
Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 230 hits
Presiden Indonesia PM Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Esok SUBANG 25 Okt Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berk...
Perjanjian Damai Kl Pm Anwar Main Peranan Penting Yakinkan Kemboja Thailand Trump

Perjanjian Damai Kl Pm Anwar Main Peranan Penting Yakinkan Kemboja Thailand Trump

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 270 hits
Perjanjian Damai KL PM Anwar Main Peranan Penting Yakinkan Kemboja Thailand Trump Donald Trump memuji peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah merealisasikan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja P...
Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 367 hits
MALAYSIANS travelling to Thailand are encouraged to wear black white or other dark coloured attire as a sign of respect following the passing of Queen Mother Sirikit aged 93 the mother of King Vajiralongkorn Aida Oujeh president of the Asso...
Bekas Ratu Thailand Sirikit Mangkat Pada Usia 93 Tahun

Bekas Ratu Thailand Sirikit Mangkat Pada Usia 93 Tahun

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 172 hits
Bekas Ratu Thailand Sirikit Mangkat Pada Usia 93 Tahun BANGKOK 25 Okt Pejabat Diraja Thailand mengumumkan pada Sabtu kemangkatan bekas Ratu Thailand Sirikit pada usia 93 tahun Dalam kenyataannya Pejabat Diraja memaklumkan bahawa baginda man...
Asean Unity Paved Way For Thailand Cambodia Detente Says Thai Fm

Asean Unity Paved Way For Thailand Cambodia Detente Says Thai Fm

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 232 hits
Sihasak Phuangketkeow says the joint declaration reflected both countries commitment to resolve tensions through dialogue and bilateral cooperation Thai foreign minister Sihasak Phuangketkeow said while Asean upholds the principle of non in...
Sempadan Kelantan Thailand Polis Sahkan Ada Kegiatan Counter Setting

Sempadan Kelantan Thailand Polis Sahkan Ada Kegiatan Counter Setting

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 141 hits
BernamaKOTA BHARU Polis Kelantan mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat awal berhubung kegiatan mengatur kaunter atau counter setting di sempadan Malaysia Thailand Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata kegiatan seumpama itu amat m...
Kisah Sebenar Di Sebalik Nama Stesen Mrt Kalantan Station Di Thailand

Kisah Sebenar Di Sebalik Nama Stesen Mrt Kalantan Station Di Thailand

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 190 hits
Kisah Sebenar Di Sebalik Nama Stesen MRT Kalantan Station Di Thailand Jika anda rakyat Malaysia yang sering melancong ke Bangkok dan menaiki sistem pengangkutan awam seperti BTS SRTET atau MRT anda mungkin akan perasan sesuatu yang menarik ...
Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Lirik Lagu Aku Bukan Cinta Nyanyian Pasya

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

5 Kesilapan Biasa Dalam Reka Bentuk Packaging Yang Perlu Dielakkan

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Kalau Pintu Rezeki Ditutup

Bahagian Penting Perlu Dijaga Ditukar Vario 160

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Hiburan Anak Perempuan Bekas Tahanan Isa Maut Akibat Kemalangan Di Melbourne