Wanita As Dedah 9 Perkara Yang Buatkan Malaysia Menang Berbanding Negaranya
Wanita AS Dedah 9 Perkara Yang Buatkan Malaysia ‘Menang’ Berbanding Negaranya
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Meski Malaysia belum bergelar negara maju, tetap banyak nikmat dan kemajuan yang wajar kita syukuri.
Kadang kala kita merasakan bahawa negara luar lebih baik berbanding negara sendiri. Namun, ada orang-orang dari luar negara yang merasakan sistem atau amalan di Malaysia lebih baik dari negara mereka.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) berkongsi beberapa perkara yang sangat ‘masuk akal’ di Malaysia berbanding negaranya.
BACA JUGA: Ingat Dari Malaysia Atau Indonesia, Jawapan Wanita Ini Buat Lelaki Terkedu
Malaysia memang menang bab ni
“Selepas tinggal di sini, saya perasan banyak sistem harian yang memang masuk akal, terutamanya ciri-ciri keselamatan,” katanya di ruangan kapsyen.
1. Tak pakai kasut dalam rumah
Menerusi perkongsian di TikTok, Holly East berkata kebanyakan rumah atau premis bisnes di negara ini kekal bersih kerana tidak memakai kasut di dalam rumah.
“Bila sudah terbiasa, anda akan rasa tidak kena bila pakai kasut dalam rumah,” katanya.
2. WhatsApp
Semua urusan di Malaysia, sama ada melibatkan doktor, sekolah hingga ke penghantaran makanan dilakukan menggunakan aplikasi WhatsApp.
Menurutnya, perkara itu disukainya kerana dia tidak perlu membuat panggilan untuk menetapkan temujanji.
3. Langkah keselamatan
Malaysia ada zon tempat letak kereta untuk wanita sahaja, ada butang minta bantuan di taman dan pengawal keselamatan yang menjamin keselamatan semua orang.
“Di sini, keselamatan memang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, bukan sesuatu dianggap remeh,” ujarnya.
4. Sistem penghantaran
Menurutnya lagi, sistem penghantaran makanan dan barangan di Malaysia juga sangat efisien. Dia tidak perlu pening kepala jika barang dapur sudah habis kerana boleh menggunakan khidmat penghantaran walaupun last minute.

5. Semua cuti diraikan
Dengan kepelbagaian agama dan banyak cuti umum, setiap perayaan diraikan bersama. Jalan raya, pusat beli-belah dan pejabat turut berubah mengikut suasana perayaan.
6. Tiada budaya tip secara tunai
Tidak seperti di AS yang masih mengamalkan pemberian tip secara tunai, pelanggan di Malaysia tidak perlu memberi tip tambahan. Caj perkhidmatan biasanya sudah termasuk dalam bil dan pelanggan hanya perlu membuat pembayaran seperti biasa sebelum beredar.
7. Kemudahan di waktu malam
Kedai makan, pasar raya, farmasi dan banyak lagi premis beroperasi sehingga lewat malam, menjadikan urusan harian jauh lebih fleksibel bagi orang ramai.

8. Bayar guna kod QR
Sistem scan and go sudah menjadi kebiasaan di sini, malah pasar kecil sekali pun menerima pembayaran melalui kod QR.
9. Penerimaan gaya hidup yang lebih perlahan dan penuh kesabaran
Ujarnya, masyarakat di sini lebih menerima gaya hidup yang tenang dan tidak terlalu tergesa-gesa.
Tahap kesabaran juga lebih tinggi dan kecekapan melampau bukanlah satu keperluan. Keadaan ini membolehkan orang ramai meluangkan masa untuk bertegur sapa dan berinteraksi, berbeza dengan budaya serba pantas seperti di Amerika Syarikat.
Sumber: Holly East
The post Wanita AS Dedah 9 Perkara Yang Buatkan Malaysia ‘Menang’ Berbanding Negaranya appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/11/22/wanita-as-dedah-9-perkara-yang-buatkan-malaysia-menang-berbanding-negaranya/