Wanita 20 Tahun Jadi Ibu Ayam Pembekal Remaja Ke As
Umur 20 tahun jadi 'ibu ayam'
Jakarta: Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menjadi 'pembekal' remaja untuk dijadikan mangsa seks warga Amerika Syarikat (AS), Russ Medlin, yang ditangkap di sini, Isnin lalu.Medlin ditahan selepas dua remaja perempuan mendakwa dia membayar mereka untuk melakukan hubungan seks.Wanita berkenaan dikenali sebagai Ariyana Ahmad turut dipercayai bertindak sebagai 'mak ayam' untuk pekerja seks bawah umur.Medlin adalah pelanggannya sejak memasuki Indonesia tahun lalu.
Liputan6 melaporkan, Ariyana juga mengakui menerima keuntungan jutaan rupiah hasil kegiatannya itu.Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus berkata, sejak Februari lalu, Ariyana aktif menghantar gadis-gadis bawah umur mengikut permintaan Medlin.Sehingga kini, kira-kira 10 gadis pernah bekerja dengannya."Sejak itu, dia menerima sekitar Rp 20 juta sebagai imbuhan membawa gadis bawah umur kepada Medlin," katanya.Yusri berkata, setiap minggu, dua atau tiga gadis akan dibawa bertemu Medlin."Kita masih teruskan siasatan. Jika setiap minggu dua hingga tiga remaja dibawa, ini bermakna terdapat lebih 10 gadis menjadi mangsa lelaki berkenaan," katanya.Hasil penahanan Medlin mendapati dia menjadi buruan kerana terbabit penipuan mata wang kripto di AS."Selepas ditahan, kami memeriksa identitinya dan mendapati dia turut dicari oleh agensi penguatkuasa undang-undang luar negara. Pihak polis juga merampas wang tunai lebih AS$20,000 (RM85,000) daripada suspek," katanya.AFP melaporkan, laman sesawang negeri Nevada yang menyiarkan nama pesalah seks menyenaraikan Medlin sebagai pesalah 'tidak patuh' tahap dua yang bermaksud kedua paling serius, dengan alamat di Las Vegas.Pada Disember lalu, Jabatan Keadilan AS berkata, tiga orang ditahan atas tuduhan penipuan sebanyak AS$722 juta (RM3 bilion) daripada pelabur yang terpikat dengan pendapatan lumayan hasil daripada bitcoin palsu.Pendakwa raya di AS menuduh Medlin mengetuai 'BitClub Network' (Rangkaian Kelab Bitcoin) yang mengambil wang daripada pelabur menerusi skim 'ponzi' (cepat kaya) berteknologi tinggi.(Agensi)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/wanita-20-tahun-jadi-ibu-ayam-pembekal.html