Wang Tunai Usd 20 000 Dan Huawei P30 Pro Ini Mungkin Milik Anda
HUAWEI baru-baru ini telah melancarkan model flagship terkini mereka, HUAWEI P30 dan HUAWEI P30 Pro untuk pasaran Malaysia pada 2 April.
Manakala peranti bangsawan berkenaan mula ditawarkan dalam pasaran bermula 6 April kemudian. Bertemakan ‘HUAWEI Rewrite The Rules of Photography’, dua buah model P30 merupakan peranti yang menawarkan fungsi dan kemampuan kamera pada telefon terbaik yang boleh anda dapatkan daripada pasaran ketika ini.
Sebagai telefon pintar dengan kemampuan kamera paling berkuasa seperti fungsi Super Zooming sehingga 50x, setiap penggunanya berupaya mengambil pelbagai gambar menarik setanding dengan penggunaan DLSR.
Sekiranya anda adalah pemilik telefon pintar HUAWEI khususnya HUAWEI P30 dan P30 Pro, berikut adalah beberapa teknik fotografi yang wajib anda cuba sesuai dengan kemampuan yang ditawarkan.
1. Lowlight Photography
Dengan menggunakan peranti HUAWEI dengan kamera berkuasa tinggi, mengambil gambar Lowlight bukanlah satu masalah.
Misalnya dengan HUAWEI P30 Pro yang mempunyai tahap sensitiviti ISO maksimum pada 409,600, gambar yang diambil tetap jelas kelihatan biarpun dengan pencahayaan yang minimum.
Anda boleh melihat perbezaan dalam dua keeping gambar di atas yang diambil menggunakan HUAWEI P30 Pro dan peranti jenama I.
2. Zoom
Selain keupayaan Lowlight Photography yang terbaik, peranti-peranti daripada HUAWEI juga mempunyai kamera dengan kuasa Zoom luar biasa seperti HUAWEI P30 Pro.
HUAWEI P30 Pro misalnya mempunyai keupayaan zooming pada 5x optical zoom, 10x hybrid zoom sehinggalah 50x zoom.
Anda boleh mengambil pelbagai gambar daripada sudut yang berbeza dengan tetapan zoom yang ada pada peranti HUAWEI milik anda.
3. Ultra Wide Angle
Dengan HUAWEI P30 Pro, anda boleh mengambil gambar wide angle kerana peranti ini didatangkan dengan lensa 20MP 16mm-equivalent wide angle.
Seperti peranti-peranti yang lain juga, HUAWEI P30 dan P30 Pro menawarkan keupayaan mengambil gambar wide-angle yang terbaik dalam kelasnya.
4. Micro Photo
Mungkin dalam kalangan anda ada yang berminat dengan seni fotografi mikro. Mengambil gambar-gambar dengan perincian yang sangat jelas adalah sesuatu yang ditawarkan oleh HUAWEI melalui peranti flagshipnya seperti HUAWEI P30 Pro ini.
Tidak perlu membeli DLSR atau lensa yang mahal-mahal, HUAWEI ada untuk memenuhi minat dan hobi anda.
Antara gambar-gambar mikro yang boleh anda ambil adalah seperti kepak kupu-kupu ataupun titisan air, cumanya perlukan sedikit kretiviti daripada anda.
5. Potrait
Peranti-peranti daripada HUAWEI juga menawarkan keupayaan mengambil gambar potrait dengan efek bokeh setara dengan keupayaan yang ditawarkan oleh DSLR.
Dengan teknologi ToF yang ada pada HUAWEI P30 Pro, apa yang perlu anda buat adalah memilih tetapan Potrait pada kamera dan ambil gambar objek pada jarak 2 meter.
Lebih menarik, HUAWEI Malaysia sebenarnya ketika ini sedang mengadakan satu peraduan fotografi dan tips-tips gambar di atas boleh digunakan sekiranya anda berminat untuk menyertai peraduan berkenaan.
Bagi memeriahkan lagi pelancaran berkenaan yang bertemakan HUAWEI Rewrite The Rules of Photography, HUAWEI menawarkan pelbagai hadiah menarih untuk para pemenang peraduan ini antaranya unit-unit peranti pintar HUAWEI P30 Pro, NOVA 4 dan HUAWEI Watch GT.
Malah, anda juga layak untuk menyertai satu lagi peraduan di peringkat global yang dianjurkan oleh HUAWEI itu NEXT Image Award yang menawarkan hadiah kemenangan wang tunai berjumlah USD 20,000 di bawah enam kategori iaitu Faces, Going The Distance, Hello, Life!, Storyboard, #Emotion Tag dan Life Now.
Kelima-lima jenis gambar di atas layak untuk bertanding di bawah setiap kategori iaitu Lowlight Photography (Going The Distance, Hello, Life! dan #Emotion Tag), Zoom (Going The Distance dan Hello, Life!), Ultra Wide Angle (Going The Distance dan Hello, Life!), Micro Photo (Going The Distance dan #Emotion Tag) dan Potrait (#Emotion Tag dan Hello, Life!).
Untuk yang bertanya mengenai syarat-syarat penyertaan HUAWEI Rewrite The Rules of Photography, anda perlu mematuhi perkara-perkara di bawah.
1. Ambil gambar kretiviti anda dengan menggunakan mana-mana peranti keluaran HUAWEI. Pastikan tetapan water-mark pada kamera diaktifkan.
2. Setiap gambar perlu disertakan dengan kapsyen menarik yang menerangkan gambar yang diambil.
3. Muat naik gambar tersebut di akaun media sosial berserta kapsyen dan hastag yang ditetapkan.
4. Setiap akaun boleh menghantar penyertaan sehingga 30 keping gambar.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, anda boleh layari The Star, Berita Harian, Harian Metro, Sin Chew dan Oriental Daily News.
Oh ya, sebelum terlupa, mana-mana penyertaan oleh anda dalam NEXT Image Award juga layak menerima baucer bernilai RM 50 daripada HUAWEI Shop.
Layari laman web dan facebook HUAWEI untuk maklumat lanjut.
lagi info di : Gosip Artis TerkiniBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1malaynews.blogspot.com/2019/04/wang-tunai-usd-20000-dan-huawei-p30-pro.html