Huawei P20 Pro Terima Kasih Suami
HUAWEI P20 PRO, TERIMA KASIH SUAMI ! - Sebenarnya, mummy tak mengimpikan langsung nak beli hand phone baru. Mummy memang jenis tak suka beli hand phone atau tukar-tukar hand phone. Kesemua hand phone mummy dari lepas kahwin (iPhone 5) hingga Huawei P20 Pro ni. Semuanya daddy yang belikan. Alkisahnya, Huawei NOVA 2i mummy tu, skrinnya retak beribu. Retak luar je pun, bukan retak dalaman. Masih boleh pakailah, orang cakap. Nak hantar ke kedai repair, masa pulak tak mengizinkan.
Biasalahkan, hand phone ni..kalau nak repair skrin. Hand phone kena tinggal sehari kat kedai. Barang spare part pun dorang tak simpan banyak banyak ... kebanyakan kedai hand phone tak buat stok. Ada dapat job repair hand phone..baru dorang order spare parts tu.
HUAWEI P20 PRO, TERIMA KASIH SUAMI !
Cemana boleh terbeli HUAWEI P20 PRO? Lepas majlis makan-makan dengan family. Daddy ajak jalan-jalan ke kedai hand phone Director Kajang. Just tengok apa yang ada dalam tu.
Nampak dari luar, besar..rupanya dalam tu, satu tingkat je !
Daddy nak tengok function P30 Huawei tu. Apa latest spec nya. Tup..tup daddy offer pada mummy, "nak tak P30?" . Apoooo? Offer P30 kat mummy, memang idaklah. Baik RM3K plus (dekat 4K juga) tu.. bagi mummy cash hahaha. Boleh repair skrin dan... ....
Sayang wei....beribu habis macam tu. Terus teranglah, mummy bukan bini materialistik okay !
3K++ tu beso, baik daddy bawa mummy jenjalan Vietnam ada bagusnya. Hehe bab jalan-jalan mummy always ON.
Berbalik kisah hand phone. Untuk masa sekarang, mummy pakai 3 hand phone. Huawei Nova 2i, Samsung Note 3 Neo dan Huawei Y5 (company punya).
Banyak hand phone! Tak de banyaklah, biasa je.
Daddy plan, Samsung Note 3 Neo tu bagi pada Dhia. Since tab (Samsung tab daddy punya lama tu.. dah rosak tempat casnya. Spare part, memang Malaysia tak ada. So, BYE BYE lah! ).
Ada lagi satu Dhia punya.. Hand phone mummy lama Samsung Grand Duos beli tahun 2012 tu ha, yang hat pesen lama. Berat nak mampus. Nak tekan pun azab menunggu.. Lembab dah. Almaklumlah internal storage 8GB je kot, RAM pulak 1 GB.
Samsung Note 3 Neo mummy tu, phone untuk bisnes. Agak aktif (business), banyak juga pakai (heavy user), teknologi makin berkembang... lelama nanti akan slow juga. Sebab internal storage pun 16GB (ada memory card external juga) dan RAM 2 GB je
Daddy cakap, untuk Dhia memain bolehlah buat pakai. Nak trade in, RM50 pun kedai tak nak kot. Bagi je la anak pakai.
Dzal jangan cakaplah, dia dapat Redmi Note 3 (daddy punya hp lama, sebab daddy pakai black shark & Honor View 10) dan ada iPad Mini Ipad mini ni, mummy punya dedulu (Dzal jugak dapat).
Tapi, iPad mini tu Daim dah macam memunya je !
Bincang punya bincang..mummy macam nak Nova 3i je sebab murah RM899. Daddy kata tak berkenan nau. Dah pakai Nova, nak Nova lagi.
Eh..eh..kita nak pakai ke dia nak pakai.
Last-last bila tengok spec Huawei P20 Pro dan P30 tak jauh beza sangat. Mummy agree untuk ambil Huawei P20 Pro.
Hadiah advance untuk wedding anniversary dan birthday kata daddy. oh, patutlah willing nak bagi hadiah memahal .. rupanya hadiah 2 in 1. Hahaha tak ada idea nak bagi hadiah apa lah tu sebenarnya ! Tu do kasinya lump sump
Btw, THANK YOUUUUUU ... I LOVE YOUUUUUUU hubsbabyyyy
GAMBAR-GAMBAR DARI HUAWEI P20 PRO
Gambar dari hand phone Huawei P20 Pro : indoor suasana petang (hujan)
Gambar dari hand phone Huawei P20 Pro : outdoor pagi
Gambar dari hand phone Huawei P20 Pro : indoor waktu malam
Baca juga : Gambar dari Huawei Nova 2i
Kesemua gambar ini tak ada edit, hand phone baru ma,, apps pun banyak tak install lagi. Fresh from oven katanya hehe.
Cuma ada few picture ada beauty level 5. Mummy belum pandai pakai masa tu, tak perasan setting dia sesiap beauty ha. Sekarang ini, dah tahu memang letak level 0 je.
Bab spec, agak up to date dan penjual tu cakap P20 pro harga pun susah jatuh. Jangan macam Huawei Nova, cepat jatuh bila ada versi baru keluar
Mummy ni, jenis suka je lah bila dapat handphone yang ada storage besar. So, puas hati jugak lah dengan Huawei P20 Pro ni.
P20 Pro Huawei ini internal storage 128GB dan 6GB RAM ....berbanding Huawei Nova 2i internal storage 64GB dan 4 GB RAM
Tapi dedua hp ni, mummy yang akan pakai. Sebab, mummy memang sedia ada 2 nombor (tak nak pakai hand phone yang sama. Suka asing-asing handphone).
Ni jelah story Huawei P20 PRO untuk hari ni. Story tentang Huawei P20 Pro ini, akan bersambung lagi selepas mummy siap godek ye ! Hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/04/huawei-p20-pro-terima-kasih-suami.html