Pkr Nak Kerjasama Dengan Umno Ini Suara Ahli Umno




Saya tersenarai dalam lingkungan tiga juta ahli Umno, sekadar ahli akar umbi yang masih taat pada parti

Saya masih peduli dengan nasib parti yang saya sertai puluhan tahun lalu ini, apa akan jadi andai keadaan terkini dibiar begitu sahaja.
Saya peduli dengan masa depan Umno, peduli dengan ketidaktentuan dihadapi parti ketika ini, peduli dengan tindak-tanduk pimpinan tetinggi yang dilihat semakin kuat latahnya dari sehari ke sehari.
Berbaloikah alasan ‘kami hormat institusi presiden’ atau ‘kami hormat keputusan perwakilan’ yang memilih pemimpin tertinggi jika taruhannya adalah survival parti berusia 75 tahun ini.
Terkadang saya terfikir, apa tujuan sebenar segala suara, segala catatan yang diketengahkan pemimpin parti yang membuatkan Umno dilihat seakan begitu kemaruk kuasa?
Apa agenda sebenar suara dan catatan politik mendesak pilihan raya umum segera diadakan, menggesa persidangan Dewan Rakyat dipanggil ketika rakyat tidak keruan berdepan ancaman wabak Covid-19 yang sangat membahayakan.
Adakah demi parti atau kepentingan peribadi?
Sebagai ahli parti terbesar mewakili kaum Melayu Islam dan Bumiputera di negara ini, saya bimbang dengan perkembangan parti saya yang dilihat seperti pasrah sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja, dengan parti mana sekali pun selagi matlamat menawan Putrajaya berjaya.
Nada pelawa sudah ada daripada PKR menerusi kenyataan Presidennya, Anwar Ibrahim dan Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Kedua-duanya pada sidang media sempena pelancaran inisiatif baharu PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, senada tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno menghadapi PRU-15.
Perkara itu memang tidak mustahil, apatah lagi pemimpin Umno yang bijak pandai, sambil menggunakan alasan suara ahli ‘akar umbi’ parti, sudah pun membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.
Andai itu menjadi kenyataan, sanggupkah saya dan ahli akar Umno yang lain yang tidak pernah pun dimaklumkan apa perancangan politik parti, menjilat kembali ludah kami?
Sanggupkah kami tutup sebelah mata melihat Umno secara automatik menjadi sekutu DAP lantaran jalinan kerjasama dengan PKR dalam gabungan dinamakan Pakatan Harapan (PH)
Saya sangat bimbang dengan kemungkinan itu, amat khuatir presiden parti saya kembali ke pangkuan ‘bos’ lamanya, Anwar.
Saya amat bimbang kerana riak-riak ke arah itu seperti sudah ada.
Kenyataan media pemimpin tertinggi parti saya mendesak sidang Parlimen diadakan ketika darurat masih berkuat kuasa dikatakan ‘salin dan tampal’ kenyataan Anwar, masih meresahkan walaupun ia kemudian ditarik balik.
Apa tidak resahnya kerana sebelum itu pun tersebar surat didakwa surat sokongan dan ikrar setia presiden parti saya kepada Anwar yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam usaha menjatuhkan kerajaan.
Sebab itu saya tertanya-tanya apa hala tuju sebenar parti saya. Tertanya-tanya adakah strategi yang digunakan – sama ada sahih kemudian didakwa tidak – adalah untuk kepentingan Umno atau kepentingan peribadi atau supaya ‘Kluster Mahkamah’ dilindungi?
Saya keliru dengan percaturan pemimpin atasan, adakah mereka sudah lupa dengan asas perjuangan. Adakah kepentingan dan perpaduan ummah, Melayu dan Bumiputera sudah diketepikan.
Adakah jika bekerjasama dengan PKR yang datang dalam pakej bersama DAP dapat memperkuatkan ummah?
Tidakkah terfikir bahananya jika bangsa berpecah, sudah lupakah apa yang terjadi kepada institusi Melayu dan Islam ketika 22 bulan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan?
Sebenar-benarnya saya keliru, resah dan bimbang.

Syed Ishak Mohd Hisham Ahli UMNO Segambut, Kuala Lumpur
Asalnya pendapat disiarkan di SINI

.. Tu suara dari Ahli UMNO.. Ahli PKR pulak tak berani nak bersuara sebab takut kena gantung kot.. ha.. ha.. ha.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/pkr-nak-kerjasama-dengan-umno-ini-suara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 320 hits
March 16 2021 DESAS DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional kata bekas presiden Umno Najib Razak Propaganda itu bagaimanapun katanya mengarut
Khabarnya 2 Ahli Parlimen Pkr Nak Lompat Ke Pn Betul Ke

Khabarnya 2 Ahli Parlimen Pkr Nak Lompat Ke Pn Betul Ke

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 293 hits
What you give You get back Apa yang kamu beri pasti kamu akan dapat semula Biasa la kita dengar orang cakap macam tu Dulu di sini memancing sebelah sana sekarang sebelah sana pula memancing sebelah sini demi kuasa matlamat menghalalkan cara...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 291 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Ahli Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan Pn Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang Umno

Ahli Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan Pn Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang Umno

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli dan pemimpin UMNO segera meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional Ini kerana menurut Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li Perdana Menteri Tan Sri Muhyi...
Tiada Siapa Pengaruhi Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Kata Mat Hassan

Tiada Siapa Pengaruhi Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Kata Mat Hassan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 254 hits
Keputusan Umno menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke 15 tidak dipengaruhi mana mana individu kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan Mohamad berkata lebih 100 bahagian menggesa supaya Umno tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan i...
Pn Yakin Jalinan Kerjasama Dengan Umno Perlis Kekal Shukri

Pn Yakin Jalinan Kerjasama Dengan Umno Perlis Kekal Shukri

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 203 hits
KANGAR Perikatan Nasional Perlis menzahirkan keyakinan bahawa ia mampu meneruskan kerjasama bersama UMNO di negeri itu bukan sahaja dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 malah pada masa akan datang Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Perikat...
Serah Pada Umno Tempatan Tentukan Kerjasama Dengan Ppbm Kata Annuar

Serah Pada Umno Tempatan Tentukan Kerjasama Dengan Ppbm Kata Annuar

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 328 hits
freemalaysiatoday com March 4 2021 4 33 PMAnnuar Musa berkata walaupun tidak mempertikaikan keputusan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu beliau percaya ia keputusan yang masih terlalu awal dibuat KUALA LUMPUR Sera...
Bersatu Surat Zahid Beri Implikasi Besar Kerjasama Dengan Umno

Bersatu Surat Zahid Beri Implikasi Besar Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 339 hits
malaysiakini comDiterbitkan 4 Mar 2021 10 18 pmMesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin berkata Bersatu mem...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults