Wang Kertas Rm60 Dan Rm600 Baharu Sempena Ulang Tahun Ke 60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


Wang kertas RM600 dan RM60 baharu yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah bagi memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II.

Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

RM60


Wang kertas sekeping RM60 tidak akan menggantikan wang kertas RM50 kerana ia hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 60,000 keping sahaja.

Wang kertas RM60 ini adalah seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Disember 2017 lalu untuk mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Wang kertas sekeping RM60 sah digunakan (legal tender) tetapi lebih baik sekiranya ia disimpan mungkin kerana nilainya akan menjadi lebih tinggi di masa hadapan.

RM600


Dimensi wang kertas RM600 secara rasminya adalah 22 cm X 37 cm (8.6 in X 14.5 in) dan hanya 6,000 keping sahaja yang dikeluarkan oleh BNM.

Wang Kertas RM600 Malaysia secara rasminya adalah pemegang rekod Guinness untuk Wang Kertas Terbesar di Dunia pada 27 Disember 2017 dan saiznya direkodkan oleh Buku Guinness sebesar 814 cm² atau 126.17 in².

Jika melihat kepada sejarah jualan lelongan wang kertas BNM yang di adakan pada 10 Mac 2018, harga lelongan tertinggi adalah pada harga RM78,000 untuk wang kertas RM600 bernombor prefix MRR0000088.

Namun, itu bukanlah ukuran sebenar untuk wang kertas yang dilelong oleh Heritage Auction kerana nombor yang ada hanyalah nombor biasa.

Cuma, set wang kertas tersebut mendapat gred Gem Uncirculated 70 EPQ* daripada Paper Money Grading (PMG), gred tertinggi untuk wang kertas.

SPESIFIKASI WANG KERTAS PERINGATAN INI:

1. Wang Kertas Sekeping RM600

Nilai muka wang kertas bersaiz besar ini ialah RM600 dan harga jualannya RM1,700 sekeping dan sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

2. Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60

Nilai muka wang kertas bercantum ini ialah RM180 dan harga jualannya RM500 sekeping dan sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

3. Wang Kertas Sekeping RM60

Nilai muka wang kertas sekeping ini ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping dan hanya sebanyak 60,000 keping sahaja dicetak.

Butiran terperinci berkenaan spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan utama:


REKA BENTUK WANG KERTAS

Reka bentuk wang kertas peringatan ini berdasarkan tema “Raja Payung Kedaulatan Negara”.

Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang.

Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut.

Reka Bentuk Hadapan

Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan.

Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja.

Reka Bentuk Belakang

Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan kemerdekaan.

Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini: Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman, yang masing-masing mencerminkan empat tonggak negara: Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.

Reka bentuk terperinci wang kertas peringatan ini:


Bagi memastikan peluang yang sama rata untuk semua orang membeli wang kertas edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli sekeping wang kertas RM600, satu set wang kertas bercantum 3 dalam 1 RM60 dan lima keping wang kertas RM60).

Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan secara dalam talian mulai 5 Januari 2018 yang lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Wang Kertas Palsu RM100 Dan Apa Yang Anda Perlu Tahu MengenainyaPerangkap Riba, Hutang Dan Wang Kertas Dalam Kejatuhan Kerajaan Mesir Dan Uthmaniyyah
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/wang-kertas-rm60-dan-rm600-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayutthaya 2 0 Make A Comeback Sempena Ulang Tahun Ke 5 Boat Noodle Malaysia

Ayutthaya 2 0 Make A Comeback Sempena Ulang Tahun Ke 5 Boat Noodle Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 355 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru ni abang ada pergi majlis sambutan ulang tahun yg ke 5 sekaligus pembukaan cawangan yg ke 48 Boat Noodles Malaysia kat The Gardens Malls fuhh meriah habis habaq hang pada hari tu jugak Ayutthaya 2 0...
Setelah 56 Tahun Dijajah Sabah Dan Sarawak Bukan Lagi Bertaraf Negeri Seperti Negeri Negeri Di Tanah Melayu

Setelah 56 Tahun Dijajah Sabah Dan Sarawak Bukan Lagi Bertaraf Negeri Seperti Negeri Negeri Di Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 570 hits
Pembentukan Malaysia bermula selepas termeterainya Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil kerajaan British Persekutuan Tanah Melayu Singapura Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963 Di bawah perjanjian ter...
Guan Eng Nafi Khabar Angin Wang Kertas Rm60 Ganti Rm50

Guan Eng Nafi Khabar Angin Wang Kertas Rm60 Ganti Rm50

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan khabar angin yang tular di media sosial bahawa wang kertas RM50 sedia ada akan digantikan dengan wang kertas peringatan RM60 Wang kertas RM60 dikeluarkan pada 2017 oleh Bank Negara Malays...
Ulang Tahun Ke 73 Rtm

Ulang Tahun Ke 73 Rtm

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 266 hits
Ulang Tahun Ke 73 RTMAsalamualaikum Salam Sejahtera Selamat menyambut dan meraikan hari ulang tahun Jabatan Penyiaran RTM kali ke 73 2019 Semoga RTM di Malaysia tetap unggul menyalur informasi kepada rakyat Malaysia Tahniah Etuza memang mem...
Isteri Buat Keju Tan Kepada Suami Sempena 21 Tahun Setia Dengannya Dan Motor Ex5

Isteri Buat Keju Tan Kepada Suami Sempena 21 Tahun Setia Dengannya Dan Motor Ex5

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 417 hits
Kesetiaan dan pengorbanan pasangan dalam rumahtangga adalah sesuatu yang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit Bagi wanita ini sepanjang 16 tahun usia perkahwinan suami telah menjadi seorang ayah yang terbaik buat mereka sekeluarga Sem...
Rebut Hadiah Di Ulang Tahun Cekaja Com Yang Ke 5

Rebut Hadiah Di Ulang Tahun Cekaja Com Yang Ke 5

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 260 hits
SEMARAK HARI ULANG TAHUN CEKAJA COM Dalam rangka memperingati ulang tahun CekAja com yang ke 5 ada banyak hadiah yang menanti kamu Mulai dari Sepeda Motor Scoopy terbaru Kamera Mirrorless Fuji X A10 8 Smartphone Samsung Galaxy M20 dan grati...
Temujanji Aina Di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya Sempena Umur 2 Tahun

Temujanji Aina Di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya Sempena Umur 2 Tahun

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 244 hits
Semalam merupakan hari yang kelihatan agak panjang dengan beberapa siri aktiviti yang kami lakukan Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya Master dan Mummy cuti untuk membawa Aina ke temujanjinya bersama doktor paedatrik di Ho...
Sempena Musim Bunga Starbucks Memperkenalkan Menu Baharu Yang Bertemakan Bunga Sakura Disukai Ramai

Sempena Musim Bunga Starbucks Memperkenalkan Menu Baharu Yang Bertemakan Bunga Sakura Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 326 hits
Baru baru ini rangkaian kafe terkenal Starbucks Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka mengeluarkan dua menu minuman baharu yang diilhamkan oleh bunga sakura Untuk makluman anda pada masa ini musim bunga telahpun bermula dan hal ini berma...
Pertandingan Mencipta Logo Maskot Fotografi Sempena Tahun Melawat Johor 2020

Pertandingan Mencipta Logo Maskot Fotografi Sempena Tahun Melawat Johor 2020

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 1107 hits
Pertandingan Mencipta Logo Maskot Fotografi sempena Tahun Melawat Johor 2020 Jom sertai dan serlahkan kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan Mencipta Logo Maskot Fotografi yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Jo...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City