Temujanji Aina Di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya Sempena Umur 2 Tahun
Semalam (25 Mac 2019) merupakan hari yang kelihatan agak panjang dengan beberapa siri aktiviti yang kami lakukan.
Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya.Master dan Mummy cuti untuk membawa Aina ke temujanjinya bersama doktor paedatrik di Hospital Putrajaya sempena umurnya kini 2 tahun.
Doktor telah mengurangkan dos puff yang diperlu Aina ambil setiap hari daripada 2 puff sehari kepada sekali sehari. Sepatutnya doktor mungkin nak hapuskan terus penggunaan puff oren tersebut, tetapi kerana Aina ambil nebulizer pada 22 Jan 2019 lalu dan tiada diari asma yang direkodkan oleh kami menyebabkan doktor teruskan penggunaan puff oren itu.
Doktor kata mungkin Aina tak perlukan nebulizer sebaliknya hanya perlukan puff biru, agak berlawanan dengan kata-kata doktor lain sebelum ini yang menyatakan puff biru tak berkesan ketika kahak.
Mengawal Aina di hospital Putrajaya hari ini agak mudah dengan membawa dia bermain di bilik permainan kanak-kanak, yang susah nak berhentikan dia daripada bermain apabila dipanggil jururawat untuk ditimbang. Selepas itu dia mula melasak berlari dalam hospital. Nasib baik juga Mummy ada bawa belon untuk Master buat bermain bersama Aina.
Doktor turut bebel kepada kami kerana beri Aina makanan lain sehingga dia kurang makan nasi.
Beli lunch di AJ Nasi Ayam Cincang.Kami singgah ke Nasi Ayam Cincang AJ di Pinggiran Putra di mana Master beli 2 bungkus nasi ayam cincang biasa dengan sambal lebih bersama sebungkus nescafe ais. Kami dikenakan bayaran RM 12 (dua belas Ringgit Malaysia sahaja).
Pergi ke JPN Salak TinggiSekitar jam 4:30 petang kami ke pejabata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Bandar Baru Salak Tinggi untuk buat kad pengenalan Aina.
Pergi ke Masjid Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak TinggiMaster singgah ke Masjid Bandar Baru Salak Tinggi sekitar jam 5 petang untuk urusan pembaharuan keahlian khairat kematian kami sekeluarga. Tarikh tutup pembaharuan setiap tahun ialah 31 Mac, di mana bayaran RM 70 akan dikenakan (pendaftaran baru) berbanding RM 40 untuk pembaharuan keahlian jika kita terlepas tarikh ini.
Nasib baik kakitangan pejabat Masjid Bandar Baru Salak Tinggi sanggup buka pejabat kerana waktu pejabat cuma sehingga jam 5 petang.
Memandangkan sukar untuk ke pejabat masjid tersebut pada waktu pejabat, Master terus renew keahlian khairat kami untuk 2 tahun.
Hujan lebat di Salak Tinggi.Tiba-tiba hujan lebat pada musim panas ini. Ada kereta dihempak pokok di Jenderam ketika orang ramai sibuk dalam perjalanan pulang dari pejabat.
Master meredah hujan untuk masuk dan keluar kereta, semoga Master tidak demam esok tatkala dia kelihatan ambil banyak cuti ketika ini.
Tiada airAiyak, bekalan air terputus pula. Patutlah tadi di tangki pam air ada kelibat staf Syabas sedang bekerja dalam hujan lebat. Nyaris Master merempuh mereka ketika hujan sungguh lebat mengabui pandangan.
Master ke Pasar Malam Taman SerojaMaster beli laksa untuk Mummy. dan dua bungkus nasi lemak untuk dirinya dan Aina. Malangnya Aina sudah tidur nyenyak sebelum Maghrib. Entah siapa nak habiskan nasi lemak tersebut.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://interpretzz.blogspot.com/2019/03/temujanji-aina-di-klinik-paedatrik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29