Wang Hantaran Kahwin Tinggi Hampir Pisahkan Kami




Bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga di zaman serba canggih ini. Wang ringgit, persiapan dan gaya hidup turut memainkan peranan dalam mencari kebahagiaan yang diingini terutama dengan orang yang disayangi. Malah sungguh besar dugaan yang harus ditempuh oleh pasangan suami isteri baik sebelum bernikah atau setelah bergelar suami isteri sehinggakan kadang kala salah seorang terpaksa memendam rasa kerana tidak mahu masalah timbul di hari bahagia mereka. 
Sesungguhnya cinta yang terjalin tidak cukup untuk menguji kejujuran pasangan, lebih-lebih lagi apabila pasangan yang dipilih menjadi teman hidup serba sederhana. Yang penting niat untuk melamar gadis pilihan dimakbulkan Allah SWT. Begitulah yang terjadi dalam kehidupan Lili (bukan nama sebenar) dan pasangannya, Adi (bukan nama sebenar) yang melalui  saat genting sebelum menyambut hari perkahwinan mereka.
Ingin tahu apa cerita mereka, kita ikuti pengakuan Lili di dalam emelnya kepada saya.
Ini kisahnya.
“Saya berumur 32 tahun, seorang kerani di sebuah syarikat insurans sementara suami, Adi,  seorang  peniaga kecil-kecilan. “Kami berkawan sejak di bangku sekolah menengah. Hampir lima tahun kami berkawan. Di sekolah kami bukanlah pelajar pintar, kata orang cukup-cukup makan. “Tetapi syukur kerana keputusan itu membolehkan kami mendapat  pekerjaan yang boleh menyara kami. Setelah setahun bekerja, saya dilamar oleh Adi. “Sebagai perempuan, saya sangat gembira dengan keikhlasan Adi melamar saya. Tidak sia-sia saya menunggunya selama lima tahun. Sayangnya, ibu bapa saya meletakkan hantaran yang agak tinggi dan tidak mampu ditunaikan oleh Adi.
“Demi saya, Adi tidak menolak hantaran yang diletakkan itu dan meminta wakil keluarganya menerima keputusan keluarga saya tanpa bantahan. Saya memang risau kerana yakin Adi tidak mampu memberi hantaran yang tinggi. “Memang saya tidak menduga langsung yang bapa saya akan  meletakkan hantaran yang tinggi tetapi perkara sudah berlaku, saya kena reda jika tidak hajat untuk hidup bersama Adi tidak akan tercapai. “Keluarga memberi tempoh setahun untuk kami bertunang. Ertinya dalam tempoh itu, Adi perlu mencari sekurang-kurangnya RM20,000  untuk urusan perkahwinan kami.
“Selepas bertunang, saya berjimat cermat, begitu juga dengan Adi. Kami berusaha mengumpul wang untuk meraikan hari perkahwinan kami. Seperti pasangan lain, saya dan dia tentu inginkan yang terbaik dalam hidup kami kerana perkahwinan ini sekali seumur hidup.  “Dengan gaji saya sebagai kerani dan perniagaan kecil-kecilan Adi, agak mustahil kami dapat mencari wang sebanyak itu dalam tempoh setahun. Tetapi kami berusaha. “Keluarga saya terutama ayah dan mak selalu berpesan kepada saya supaya ingatkan Adi tentang duit hantaran itu. Saya hanya berkata ya..., dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
“Sebulan sebelum kami diijabkabulkan, saya mula tidak tidur malam. Duit hantaran hanya separuh sahaja yang ada, tidak termasuk perbelanjaan lain untuk hari bahagia kami itu. Siang malam saya menangis mengenangkan masalah yang kami hadapi. “Akhirnya, saya ajak Adi bersemuka dengan ayah dan mak dan menceritakan masalah kami yang sebenarnya. Saya dan Adi nekad akan menanggung segala risiko tentang pengakuan kami ini, yang penting kami ikhlas dan berterus terang. “Pada mulanya ayah agak marah. Suaranya meninggi dan dia langsung tidak mahu pandang muka Adi. Tetapi Adi seorang yang sabar dan sangat ikhlas. Dia ceritakan tentang masalahnya. Katanya untuk menunaikan hajat ayah dengan hantaran tinggi agak mustahil memandangkan dia hanya bekerja sendiri.
“Tetapi kata Adi, dia sangat ikhlas dengan cinta kami dan tidak akan mensia-siakan hidup saya nanti. Sebak saya dibuatnya kerana Adi sanggup buat apa sahaja untuk hidup bersama saya. Dia sanggup tebal mula menemui ayah saya kerana perkara ini. “Berlaku juga pertengkaran antara ayah dan Adi tetapi saya berdoa agar hati ayah akan lembut dan menerima penjelasan kami berdua. Syukur kepada Allah, akhirnya ayah setuju mengurangkan hantaran kahwin saya mengikut kemampuan Adi. “Saya menangis di hadapan ayah dan Adi. Mak tidak berkata apa-apa dan turut menangis. Saat itu, saya merasakan seluruh alam maya ini menjadi cerah, hati saya tenang dan gembira sangat.
“Saya bersyukur sangat kerana ayah faham dengan masalah Adi dan tidak memaksa kami untuk memenuhi impiannya. Akhirnya, saya dan Adi sempurna diijabkabulkan dalam suasana sederhana tetapi meriah pada tarikh dan tempoh setahun yang ditetapkan. “Menitis air mata saya mengenangkan hal ini. Kini telah lima  tahun berlalu, saya dan Adi hidup bahagia. Kami telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia empat  tahun. “Benarlah kata orang..., soal jodoh, pertemuan dan maut adalah ketentuan Allah, tidak boleh ditolak.Begitu juga dengan saya dan Adi. Jodoh kami sangat kuat dan akhirnya hajat kami untuk hidup bersama Allah makbul.
“Bayangkan, jika saya tidak bertindak tegas mengajak Adi bersemuka dengan ayah saya dahulu, kemungkinan saya tidak jadi kahwin dengan Adi atau pun kami kahwin tetapi menghadapi masalah kerana berhutang. “Alhamdulillah, Allah bagi kami ketenangan selepas kejadian itu. Walaupun saudara mara mengata dan bercerita tentang kami dahulu, hari ini perkara itu sudah tidak kedengaran lagi. “Sebaliknya, Adi menjadi pujian kaum keluarga kerana telah mampu membuka sebuah pasar raya mini, hasil usaha dan doa kami yang tidak pernah putus minta dimurahkan rezeki dan hidup bahagia. “Ayah? Dia paling gembira dengan kehidupan kami sekarang. Adi menjadi menantu kesayangan. Apa  sahaja ayah akan rujuk kepadanya untuk meminta pandangan dan pendapat.
“Sebagai anak dan isteri, saya sangat bersyukur dengan keadaan ini. Inilah yang saya harapkan dalam perkahwinan kami. Memang pahit di permulaan tetapi lama kelamaan Allah bagi jalan dan kita hanya perlu  berusaha menanganinya dan mencapai apa yang kita ingini. “Saya berdoa semoga Allah terus melimpahkan rahmat-Nya kepada kami sekeluarga dan murahkan rezeki kami. Kepada suami tersayang, Adi jika terbaca catatan ini terima kasih abang kerana sanggup berkorban apa sahaja untuk saya. “Pengorbanan dan kasih sayang abang akan saya hargai dan semoga Allah lindungi rumah tangga kita hingga ke jannah,’’ begitu Lili menamatkan ceritanya.
Alhamdulillah, syukur dengan kebahagiaan yang Allah kurniakan kepada Lili dan Adi sekarang. Saya kagum dengan keberanian  mereka untuk membina kebahagiaan  dengan cara mereka sendiri. Ibu bapa juga harus melihat kehidupan anak menantu selepas mereka bernikah. Jangan bebankan mereka dengan hantaran tinggi dan majlis perkahwinan mewah jika tidak mampu. Yang penting ijab kabul. Masih adakah pasangan yang ingin berkahwin memiliki keberanian seperti Lili dan Adi? Saya mendoakan generasi muda hari ini yang ingin berkahwin merancang perkahwinan mereka dengan teliti, sementara ibu bapa pula perlu bertimbang rasa dalam meletakkan hantaran buat bakal menantu anda.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi biarlah jangan sampai membebankan. Bertolak ansur adalah cara paling baik memenuhi impian anak-anak dalam perkahwinan. Menamatkan catatan, pesanan ikhlas saya, setiap pengorbanan walaupun kecil,   Allah telah sediakan ganjarannya, hanya masa jadi penentu.
Salam
Kredit : UtusanMalaysia
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/06/wang-hantaran-kahwin-tinggi-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Kasih Ibu Pemuda Ini Serah Wang Kwsp Rm10 000 S4yu Jawapan Ketika Ditanya Soal Jodoh Duit Kahwin

Demi Kasih Ibu Pemuda Ini Serah Wang Kwsp Rm10 000 S4yu Jawapan Ketika Ditanya Soal Jodoh Duit Kahwin

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 279 hits
Pembayaran one off bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga RM10 000 mulai Isnin nyata menggembirakan ramai lebih lebih lagi menjelang ketibaan 1 Syawal Segelintir pencarum sudah mengeluarkan wang tersebut untuk pelbaga...
Pembangunan Kg Sg Baru Pampasan Sepatutnya Lebih Tinggi

Pembangunan Kg Sg Baru Pampasan Sepatutnya Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 166 hits
Pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan pengusiran paksa di Kampung Sungai Baru Kampung Baru Kuala Lumpur sepatutnya lebih tinggi memandangkan mereka perlu membeli rumah di sekitar tempat berkerja sekarang Setiausaha Otai Reformasi 19...
Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air

Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 175 hits
Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air BADAN akan kehilangan banyak cecair sewaktu berpuasa lebih kurang 12 jam Oleh itu kita selalu berasa dahaga dan dehidrasi pada waktu siang Namun akiba...
No 1 Bagi Seluruh Saluran Again My Life Terus Raih Rating Tinggi

No 1 Bagi Seluruh Saluran Again My Life Terus Raih Rating Tinggi

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 162 hits
Sudah pun memasuki episod ketiga nampaknya Again My Life berjaya menarik perhatian ramai penonton ARTIKEL BERKAITAN Ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang menjalani kehidupan keduanya Menurut Nielsen Korea rating tayan...
Dikritik Cepat Sangat Move On Sebab Asyik Menangis Fizi Ali Hampir Ke Hospital Sakit Jiwa

Dikritik Cepat Sangat Move On Sebab Asyik Menangis Fizi Ali Hampir Ke Hospital Sakit Jiwa

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 133 hits
Dikritik Cepat Sangat Move On Sebab Asyik Menangis Fizi Ali Hampir Ke Hospital Sakit Jiwa DIKRITIK cepat move on selepas bercerai penyampai radio Suria FM Fizi Ali berkata dia tidak mahu hidup dalam kesedihan selama bertahun tahun Menurut F...
Epidemiolog Strategi Ppkm Perlu Digeser Karena Antibodi Sudah Tinggi

Epidemiolog Strategi Ppkm Perlu Digeser Karena Antibodi Sudah Tinggi

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 266 hits
Pandu mengatakan hasil serosurvei antibodi masyarakat di 21 kota kabupaten Pulau Jawa Bali dilaporkan mempunyai antibodi SARS CoV 2 sebesar 99 2 persen
Sering Jadi Perhatian Ini Pelakon Lelaki Korea Yang Punyai Tinggi Lebih 180cm

Sering Jadi Perhatian Ini Pelakon Lelaki Korea Yang Punyai Tinggi Lebih 180cm

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 718 hits
Kebanyakan pelakon lelaki di Korea Selatan memang semuanya tinggi lampai kan Dari 180CM hingga melebihi 190CM kesemua pelakon Korea ini sering mendapat perhatian dek ketinggian mereka yang menonjol lebih dari selebriti lain Kali ini Kimchi ...
May Day Jokowi Sampaikan Pesan Terima Kasih Dan Penghargaan Tinggi

May Day Jokowi Sampaikan Pesan Terima Kasih Dan Penghargaan Tinggi

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 328 hits
Jokowi menjelaskan mengenai peran buruh sehingga perekonomian di Indonesia terus tumbuh dan bergerak maju
Lepas Gaduh Akhirnya Nadia Mamat Berjumpa Memang Level Tinggi Dah

Lepas Gaduh Akhirnya Nadia Mamat Berjumpa Memang Level Tinggi Dah

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 192 hits
Menerusi aplikasi TikTok tidak hanya video video yang dikongsikan oleh selebriti sahaja yang dinanti nantikan oleh peminat malah beberapa personaliti TikTok yang disukai oleh pengguna dengan video video kreatif mereka Antaranya merupakan pe...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat