Demi Kasih Ibu Pemuda Ini Serah Wang Kwsp Rm10 000 S4yu Jawapan Ketika Ditanya Soal Jodoh Duit Kahwin


Pembayaran ‘one-off’ bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 mulai Isnin nyata menggembirakan ramai, lebih-lebih lagi menjelang ketibaan 1 Syawal.
Segelintir pencarum sudah mengeluarkan wang tersebut untuk pelbagai tujuan dan rancangan masing-masing seperti tabungan, pelaburan dan pembayaran untuk komitmen lain.

Namun perkongsian seorang pemuda mengenai bagaimana dia memanfaatkan wang pengeluaran khas tersebut dikagumi ramai.
Mana tidaknya, pemuda ini menyerahkan kesemua wang dikeluarkannya itu kepada ibu tercinta!
Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Amran Aminudin berkata, dia sememangnya sudah berniat sejak awal untuk menyerahkan wang tersebut kepada ibunya, Hajjah Nulia, 64, ketika kerajaan mengumumkan kebenaran pengeluaran khas tersebut.

Ibu Amran ‘melabur’ duit pemberiannya dengan membeli seutas rantai tangan emas.
“Masa dua inisiatif terawal yang kerajaan umumkan sebelum ini, saya keluarkan namun tak beri semua kepada ibu. Saya hanya beri untuk keperluan dapur, bil, dan ubah suai rumah serba sedikit.
“Jadi saya rasa tak puas apabila duit itu habis macam tu saja di tangan saya. Bila perdana menteri umum beri kebenaran pengeluaran khas KWSP kali ini, saya berniat nak beri kepada ibu,” ujar pemuda yang bekerja sebagai juru ukur di sebuah syarikat pembinaan di Tawau, Sabah.
Menurut pemuda berusia 32 tahun ini, sebaik permohonannya diluluskan dan berjaya mengeluarkan wang berkenaan, dia segera membuat kejutan kepada ibunya.
“Saya ajak ibu pergi ke bank dan dia menunggu di dalam kereta. Ibu tak tahu pun saya ke bank atas urusan apa. Apabila saya serahkan wang kepadanya, ibu speechless.

Amran memilih untuk tinggal dan bekerja di Tawau kerana mahu berbakti kepada kedua ibu bapanya.
“Ibu tanya dari mana dapat duit banyak macam ini dan saya akhirnya beritahu dia. Ibu tanya kenapa tak simpan saja untuk digunakan pada hari tua atau buat duit kahwin.
“Saya katakan padanya, duit kahwin itu saya dah sedia tabungan lain. Duit ini khas untuk ibu. Saya ada alasan sendiri. Ibu saya dah tua, saya masih muda tapi kita tak tahu ajal masing-masing.
“Saya bimbang tak dapat beri kesenangan kepadanya. Mungkin bagi orang lain RM10,000 itu tak seberapa, tapi ia besar bagi saya,” ujarnya.
Tambah Amran, sebagai anak lelaki, dia cuba menunaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa dengan menghargai pengorbanan mereka selama ini, lebih-lebih lagi dia sendiri masih belum berkeluarga.
“Ibu bukanlah seorang yang suka meminta-minta. Saya juga setiap bulan tidak pernah lupa untuk beri duit belanja kepada mereka. Sejak bekerja pada 2016, Alhamdulillah, saya boleh juga bantu mereka renovate rumah.
“Saya berjauhan dengan ibu bapa selama tujuh tahun lebih sebab melanjutkan pelajaran. Jadi bila bekerja, saya mohon kerja di Tawau tak kisah gaji kecil atau besar sebab nak dekat dengan mereka. Tambahan adik beradik lain pula sudah berkahwin.
“Saya tak puas lagi nak berbakti kepada mereka. Saya tak ralat, lagi pula rezeki tu sentiasa cukup malah bertambah. Kalau saya dah kahwin nanti, mak tak dapat merasa seperti sekarang.Jadi bab jodoh tu, kalau ada, ada lah nanti,” ujar anak bongsu daripada empad adik beradik ini lagi.

Amran bersama ibu bapa dan adik beradiknya.
Tidak menyangka perkongsiannya di Facebook menjadi tular, Amran berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk mencari publisiti atau meraih perhatian ramai, sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan kerana dapat memanfaatkan wang kepada ibu tercinta.
“Apa yang dibuat ini bukan untuk pujian. Sebelum ini juga saya biasa berkongsi mengenai apa yang saya lakukan untuk ibu bapa. Saya harap sedikit sebanyak dapat jadi sumber inspirasi kepada orang lain. Namun kesedaran datang dari diri sendiri.
“Saya sedar ada yang kata saya menunjuk, ada yang ingatkan bahaya bimbang kena rompak. Bagi saya itu sudut lain. Saya harap orang ramai terima secara positif dan lihat apa mesej utama yang nak disampaikan,” ujarnya lagi.
Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar


via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2022/04/demi-kasih-ibu-pemuda-ini-serah-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Tak Sempat Berbakti Pemuda Keluarkan Duit Kwsp Rm10 Ribu Beri Pada Ibu

Takut Tak Sempat Berbakti Pemuda Keluarkan Duit Kwsp Rm10 Ribu Beri Pada Ibu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 214 hits
Salute lah bro baru 32 tahun tapi tak kisah nak keluarkan KWSP untuk hargai ibu Amran memberikan wang itu sebagai tanda penghargaan kepada si ibu yang sudah bersusah payah membesarkannya Setiap yang bergelar anak itu pasti sahaja mahu memba...
Dapat Je Duit Rm10 000 Dari Kwsp Lelaki Ini Terus Serahkan Kepada Ibunya

Dapat Je Duit Rm10 000 Dari Kwsp Lelaki Ini Terus Serahkan Kepada Ibunya

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 364 hits
Dapat je duit RM10 000 dari KWSP lelaki ini terus serahkan kepada ibunya18 April 2022 pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mula dilakukan secara berperingkat setelah Menteri Kewangan meminta KWSP mempercepatkan pembaya...
Rani Kulup Bagi Amaran Desak Duit Kwsp Rm10 000 Masuk Cepat Sekali Tengku Zafrul Masuk Komen Memang Padu

Rani Kulup Bagi Amaran Desak Duit Kwsp Rm10 000 Masuk Cepat Sekali Tengku Zafrul Masuk Komen Memang Padu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 269 hits
April 21 2022 Sejak semalam media sosial dibanjiri dengan luahan pencarum yang rata ratanya berkongsi keterujaan mereka apabila pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP RM 10 000 akan dikreditkan bermula hari ini Pengumuman ters...
Jadual Waktu Pembayaran Pengeluaran Khas Kwsp Rm10 000 Setiap Bank

Jadual Waktu Pembayaran Pengeluaran Khas Kwsp Rm10 000 Setiap Bank

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 308 hits
April 21 2022Tarikh rasmi untuk pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ke akaun bank ahli bermula pada 18 April 2022 Berikut adalah jadual jangkaan masuk duti pengeluaran khas KWSP RM10k kini boleh dibuat melalui laman web rasmi pengeluaran khas ...
Kerap Diasak Wang Rm4 000 Oleh Ibu Mentua Punca Lelaki Tetak 4 Ahli Keluarganya Sendiri

Kerap Diasak Wang Rm4 000 Oleh Ibu Mentua Punca Lelaki Tetak 4 Ahli Keluarganya Sendiri

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 296 hits
The ReporterFoto Berita HarianMahkamah Sesyen Kota Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan terahdap pemandu lori yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencederakan empat ahli keluarganya dalam kejadian 14 April l...
Cara Semak Pembayaran Kwsp Rm10 000 Melalui I Akaun

Cara Semak Pembayaran Kwsp Rm10 000 Melalui I Akaun

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 500 hits
Memandangkan tarikh 20 April akan tiba tidak lama lagi pastinya ramai pencarum yang tidak sabar untuk menyemak status bayaran Pengeluaran Khas KWSP akaun masing masing Ramai yang tanya bagaimana cara untuk semak status pembayaran KWSP RM10 ...
Cara Mohon Pengeluaran Khas Kwsp Rm10 000 Tahun 2022

Cara Mohon Pengeluaran Khas Kwsp Rm10 000 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 334 hits
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa Peralihan Ke Endemik sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID 19 Siapakah...
Ini Syarat Cara Bayaran Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp Pemohon

Ini Syarat Cara Bayaran Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp Pemohon

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 373 hits
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa Peralihan Ke Endemik sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID 19 Berapaka...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party