Wanagyl Mimpi Ngeri Anthonyloke Dilihat Akan Berterusan Sekiranya Konsep Motorsikal Teksi Diteruskan Oleh Kerajaan



1. Hampir 2 bulan berlalu, YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Cuma tinggal satu bulan sahaja lagi sebelum melaksanakan penguatkuasaan penuh polisi perlesenan kenderaan e-hailing. Ini bermaksud, tidak ada lagi kompromi dari pihak Kementerian Pengangkutan ke atas mana-mana pemandu e-hailing yang gagal memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
2. Namun yang demikian, saya agak gusar akan prestasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam memenuhi keperluan pelesen terutamanya di dalam mengeluarkan kad PSV setelah pemandu-pemandu lulus ujian PSV yang ditetapkan. Sekiranya JPJ masih ditakuk lama, mungkin sudah sampai masanya JPJ pula dibubarkan senasib dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tubuh sahaja jabatan atau agensi baru bagi memenuhi keperluan perlesenan.


3. Masih banyak isu-isu yang saya lihat tidak dapat diselesaikan oleh Menteri Pengangkutan. Kini ditambah pula dengan bebanan baru hasil usaha daripada Menteri Belia dan Sukan yang ingin menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda terutamanya mat motor. Anthony Loke dalam satu kenyataan memohon supaya rakyat tidak keliru akan kelulusan yang diberikan oleh kabinet berkenaan hal ini. Ia merupakan kelulusan konsep model motorsikal-teksi dan bukan kepada mana-mana syarikat. 
4. Persoalannya, adakah mod pengangkutan baru iaitu motorsikal-teksi ini akan tetap diperkenalkan? Saya jangka, akan ada satu kajian dan seterusnya dibentangkan kepada kabinet sama ada ia akan diluluskan atau ditolak. Selagi mana kajian belum selesai, sepatutnya Perdana Menteri dan kabinet mangambil sikap yang matang, menunggu hasil kajian sebelum membuat keputusan. Apa yang rakyat dapat lihat hari ini adalah keputusan kabinet yang tergesa-gesa dan terus membuat tindakan tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada keputusan dasar yang dibuat. Lebih menakutkan, Dego dibenarkan beroperasi bagi percubaan walaupun ia masih lagi tidah sah di sisi undang-undang.
5. Ini adalah satu keadaan yang tidak dapat diterima sama sekali. Hanya kerana syarikat Gojek mendapat sokongan penuh Menteri Belia dan Sukan serta melalui  Menterinya, Syed Saddiq, Gojek terus dapat bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia sehingga agenda ini dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet. Kini, Anthony Loke pula  perlu menyediakan kajian kebolehlaksanaan mod pengangkutan motorsikal teksi. Lebih memeranjatkan, Anthony Loke dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan dilihat senyap dan sunyi daripada membuat sebarang kenyataan balas terhadap cadangan ini terutamanya yang menyentuh soal keselamatan.
6. Ada yang membanding-bandingkan negara kita dengan Singapura. Mengatakan bahawa Gojek sudahpun memasuki pasaran Singapura, tetapi, tahukah kita tiada perkhidmatan motorsikal teksi Gojek di Singapura. Mereka fokus e-hailing sahaja bagi memastikan keselamatan penumpang terjaga. Kajian yang akan atau sedang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan harus mengambilkira kedudukan negara sebagai sebuah negara membangun juga pandangan daripada semua pihak berkepentingan di dalam industri. Bukan sekadar memenuhi agenda populis Menteri Belia dan Sukan semata-mata. 
7. Pembangunan polisi juga bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia turut melibatkan proses-proses tertentu di dalam memastikan polisi yang dibuat bersifat dinamik dan memenuhi keperluan semua pihak terutamanya di dalam memastikan keselamatan kedua-dua penunggang dan pembonceng motorsikal terpelihara. Seharusnya Gojek di jemput untuk bersaing di dalam industri e-hailing memandangkan Grab sudah memonopoli pasaran untuk jangkamasa yang agak lama setelah Uber menyerah kalah di Asia Tenggara. Walaupun terdapat pemain-pemain industri yang lain di dalam industri e-hailing, pencapaian dan jenama mereka masih lagi belum setara dengan Grab dan mungkin Gojek mampu memberikan saingan seperti yang berlaku di Indonesia.
8. Sepatutnya Syed Saddiq tidak perlu membebankan lagi Anthony Loke malah fokus kepada menyediakan perkerjaan berkemahiran tinggi kepada anak muda. Berkaitan Gojek, sepatutnya mereka dijemput untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia. Kerajaan boleh menawarkan insentif-insentif yang menarik kepada Gojek sebagai salah satu usaha membawa masuk syarikat-syarikat teknologi di dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak muda tempatan. 
9. Syed Saddiq juga harus berhenti membuat kenyataan-kenyataan polisi yang bersifat populis kerana akhirnya ia akan memakan diri. Kenyataan beliau berkaitan Gojek sehinga mendapat persetujuan kabinet adalah satu contoh beliau bekerja sendiri tanpa menghiraukan rakan-rakan Menteri yang lain termasuklah pemain-pemain industri pengangkutan awam. Akhirnya ada yang melenting sehingga terlepas kata, mengutuk rakyat Indonesia seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati rakan-rakan kita di Indonesia. Rakan-rakan Indonesia merasa terhina sehingga mereka membuat demostrasi di hadapan kedutaan Malaysia dikala pemain-pemain bola sepak negara kita sedang sibuk mempersiapkan diri berhadapan pasukan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022 di negara mereka sendiri. 
10. Suatu permasalahan yang boleh dielakkan sekiranya Syed Saddiq benar-benar berfikir secara kritikal sebelum membuat sebarang keputusan dasar terutamanya yang melibatkan kementerian-kementerian lain. Jangan dek kerana mengejar popularity, akhirnya kita tidak sedar bahawa masih ada cara yang lebih baik di dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda terutamanya pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi. Bukannya memaksa anak muda membawa penumpang menggunakan motorsikal yang pastinya mempunya isu-isu keselamatan terutamanya kemalangan. Jangan sehingga ada darah di tangan Menteri Belia dan Sukan barulah hendak sedar kesilapan meraih populariti cara mudah dengan memperkenalkan motorsikal teksi. 
Wan Agyl Wan Hassan Mantan Ketua Bahagian Polisi dan Perancangan, Kumpulan Operasi, SPAD


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/09/wanagyl-mimpi-ngeri-anthonyloke-dilihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Rasmi Label Baharu Jenama Alif Oleh Syarikat Sime Darby Oils Melalui Konsep Ladang Ke Dapur

Pelancaran Rasmi Label Baharu Jenama Alif Oleh Syarikat Sime Darby Oils Melalui Konsep Ladang Ke Dapur

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 1659 hits
SAYANGI SAWITKU Seri Wangi berkesemparan hadir di majlis Pelancaran rasmi label terbaharu minyak masak jenama ALIF oleh Syarikat Sime Darby Oils pada 3 September 2019 di Grand Hayat Kuala Lumpur Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh ...
Klia Diurus Oleh Kerajaan Dunia Ketiga

Klia Diurus Oleh Kerajaan Dunia Ketiga

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 396 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Sudah dua hari sistem pengurusan dalam talian KLIA tidak berfungsi Semuanya perlu dilakukan secara manual KLIA tidak ubah macam pasar borong 2 Anehnya tidak nampak sebarang kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikannya ...
Perumahan Rakyat Bukan Untuk Keuntungan Kerajaan Rahman Dahlan

Perumahan Rakyat Bukan Untuk Keuntungan Kerajaan Rahman Dahlan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 249 hits
Cadangan kerajaan persekutuan untuk menghentikan Projek Perumahan Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah amatlah dikesali Sebagai mantan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar saya terkilan dan kecewa dengan keputu...
Kenyataan Individu Tidak Boleh Diambilkira Sebagai Kegagalan Kerajaan

Kenyataan Individu Tidak Boleh Diambilkira Sebagai Kegagalan Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 340 hits
Suara pembangkang di Parlimen adalah tanda aras gagal atau tidaknya sesebuah kerajaan Suara itu harus juga dari sebuah kajian yang diiktiraf Soal penjualan asset negara pertambahan hutang atau apa juga keputusan dan tindakan kerajaan perlu ...
Anwar Tempelek Pegawai Kerajaan Tidak Dapat Terima Kenyataan Alston

Anwar Tempelek Pegawai Kerajaan Tidak Dapat Terima Kenyataan Alston

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 292 hits
Gagal mengenal pasti masalah dengan betul dalam pembikinan dasar merupakan bencana dan kegagalan terbesar kepada kerajaan Hal berkenaan ditegaskan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulas kenyataan pelapor khas Pertubuhan Bangsa ...
Pemfitnah Berhadapan Laporan Polis Jabatan Kerajaan

Pemfitnah Berhadapan Laporan Polis Jabatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 333 hits
Pemfitnah berhadapan laporan polis jabatan kerajaanOleh September 10 2019Gerakan licin penyebar fitnah bagi menghangatkan isu perkauman akan berdepan dengan laporan polis daripada jabatan kerajaan Terbahru Jabatan Pendaftaran Negara membuat...
Muka Boyfriend Ruhainies Tersebar Oleh Pihak Yang Tak Bertanggungjawab Alamak

Muka Boyfriend Ruhainies Tersebar Oleh Pihak Yang Tak Bertanggungjawab Alamak

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 352 hits
Orang tu baru je nak sorok wajah boyfriend dia dah ada orang yang tak bertanggungjawab tolong sebarkan Kesian Cik Ruhainies dia punyalah berusaha nak sorok boyfriend dia siapa akhirnya tersebar juga Haaa bagi korang yang curious sangat siap...
Masalah Penghentian Penyaluran Solar Subsidi Oleh Akr Belum Temui Titik Terang

Masalah Penghentian Penyaluran Solar Subsidi Oleh Akr Belum Temui Titik Terang

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 168 hits
Retail Petroleum AKR Muliady Jahya mengatakan sejak 12 Mei 2019 hingga kini AKR masih menghentikan sementara penyaluran solar subsidinya sebab terkendala formula harga Bahan Bakar Minyak yang tidak sesuai perekonomian
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids