Wan Rosdy Tidak Timbul Isu Kenaikan Harga Produk Pertanian Dari Cameron Highlands


 

KUANTAN --  Tidak timbul isu kenaikan harga produk pertanian dari Cameron Highlands kerana nilai sewaan tanah RM4,500 setahun tidak memberikan kesan besar kepada keuntungan petani dan peraih, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata kadar sewaan berkenaan telah dikaji dan bersesuaian dengan keadaan semasa serta tidak membebankan petani di kawasan tumpuan pelancong itu.
"Nilai RM900 sewaan bagi seekar (0.4 hektar) tanah setahun ialah kadar TOL (lesen pendudukan sementara) dan tidak termasuk cukai dan pembayaran lain, manakala nilai RM4,500 bagi seekar tanah setahun ialah pembayaran keseluruhan yang terangkum.
"Bayaran RM4,500 setahun (RM375 sebulan) ini adalah lebih rendah berbanding dengan kadar sewaan tanah persendirian sebanyak RM12,000 hingga RM14,000 bagi seekar tanah dalam masa setahun," katanya dalam catatan laman Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa kemungkinan berlaku kenaikan harga sayur dari Cameron Highlands susulan kadar sewaan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri tersebut.
Menurut Wan Rosdy, bayaran itu juga boleh dibuat secara ansuran sebanyak empat kali dalam setahun kepada Pahang Corporation Sdn Bhd.

"Bayaran RM4,500 ini akan digunakan oleh kerajaan Pahang untuk pembangunan negeri, terutamanya dalam usaha memulihkan semula alam sekitar yang telahpun terkesan teruk oleh aktiviti pertanian yang dijalankan selama ini.
"Kaedah penyewaan 3 + 2 yang diperkenalkan ini turut juga diambil kira daripada rungutan pekebun yang mengadu bahawa kaedah penyewaan TOL sebelum ini sukar kerana mereka terpaksa memperbaharui lesen menduduki tanah tersebut setiap tahun," jelasnya.
Malah, Wan Rosdy berkata tidak timbul isu kesukaran untuk mendapat pembiayaan daripada pihak bank kerana kerajaan negeri dimaklumkan institusi perbankan seperti AgroBank dan Maybank bersetuju dengan syarat kaedah penyewaan terbaharu berkenaan.
Katanya kerajaan negeri terbuka kepada sebarang kritikan mana-mana pihak, namun sebarang pendapat dan kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan fakta.
Pada 19 Nov lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dilaporkan berkata Pahang Corporation Sdn Bhd menetapkan kadar sewaan tanah pertanian sebanyak RM4,500 seekar (0.4 hektar) setahun kepada pekebun di Cameron Highlands
Menurut Mohd Soffi, seorang pekebun hanya dibenarkan menyewa tidak melebihi tiga ekar (1.2 hektar) dengan tempoh pajakan selama 10 tahun dan proses pengurusan pemberian sewa, secara keseluruhannya akan melibatkan empat fasa. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/wan-rosdy-tidak-timbul-isu-kenaikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Bahan Makanan Asas Boleh Naik 20 Harga Sayur Cameron Highlands Boleh Naik

Harga Bahan Makanan Asas Boleh Naik 20 Harga Sayur Cameron Highlands Boleh Naik

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 472 hits
1 Krisis di pelabuhanThere is a crisis of sorts at the ports In this video below Dato Ameer Ali Mydin the Chairman of the Bumiputera Retailers Association and a group of other importers are complaining that there are delays in the berthing ...
Lebih 5 Ribu Aduan Kenaikan Harga Barang Diterima Sejak Pelaksanaan Pkp

Lebih 5 Ribu Aduan Kenaikan Harga Barang Diterima Sejak Pelaksanaan Pkp

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 277 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 70 689 aduan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas dengan 5 142 daripadanya adalah berkaitan kenaikan harga barang Menteri Perdagangan Dalam Nege...
Harga Emas Menunjukkan Pergerakan Perlahan Kenaikan Masih Tidak Dapat Diramal

Harga Emas Menunjukkan Pergerakan Perlahan Kenaikan Masih Tidak Dapat Diramal

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 291 hits
Harga logam berharga menunjukkan pertumbuhan yang lemah pada pagi Rabu Namun ini dianggap sebagai pertanda baik berikutan penurunan emas pada hari Selasa Nampaknya pedagang pasaran tidak mahu mengambil banyak risiko menjelang cuti Krismas y...
Jakim Perjelas Isu Merry Christmas Di Produk Logo Halal

Jakim Perjelas Isu Merry Christmas Di Produk Logo Halal

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 558 hits
Oleh AMREE AHMAD ABDUL AZIZ JUSOHPUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesahkan tiada peruntukan mengenai isu perayaan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020 Timbalan Ketua Pengarah Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ...
7 Rekomendasi Produk Lilin Aromaterapi Lokal Redakan Stres Selama Wfh Banyak Varian Harga Aman

7 Rekomendasi Produk Lilin Aromaterapi Lokal Redakan Stres Selama Wfh Banyak Varian Harga Aman

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 340 hits
Lilin aromaterapi bisa jadi andalan untuk rileksasi di rumah Cobain deh rekomendasi lilin aromaterapi lokal yang nggak kalah dari produk produk luar negeri
As Sekat Produk Sime Darby Kerana Bimbang Isu Buruh Paksa

As Sekat Produk Sime Darby Kerana Bimbang Isu Buruh Paksa

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 423 hits
Perlindungan Kastam dan Sempadan AS mengenakan sekatan terhadap produk dari syarikat pengeluar minyak sawit Sime Darby Plantation Bhd kerana bimbang mengenai isu buruh paksa Pengeluaran Withold Release Order terhadap minyak sawit Sime Darby...
Selepas Gagal Isu Harga Kit Siang Pertikaikan Jadual Penghantaran Vaksin

Selepas Gagal Isu Harga Kit Siang Pertikaikan Jadual Penghantaran Vaksin

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 348 hits
Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sekiranya benar dakwaan beliau bahawa Malaysia mendapatkan vaksin Pfizer lebih murah berbanding Belgium Veteran DAP itu bagaimanapun membangkitka...
Takdirrrrr Inilah Yang Kami Mahu Bmf Dah Brrjalan Dengan Kenaikan Harga Kini Kenaikan Tarif Letrik

Takdirrrrr Inilah Yang Kami Mahu Bmf Dah Brrjalan Dengan Kenaikan Harga Kini Kenaikan Tarif Letrik

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 219 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFInilah yang walaun idam idamkan sebenarnya Tak cukup harga bawang naik harga minyak masak naik nak buat pernaik pula harga elektrik Demi Melayu Isle Demi Arak Lembut Ibab pun ibablah Janji tiada DAP Jangan persoal tu...
Wan Rosdy Ppbm Tidak Perlu Bertanding Di Mana Mana Kerusi Dun Parlimen Di Pahang

Wan Rosdy Ppbm Tidak Perlu Bertanding Di Mana Mana Kerusi Dun Parlimen Di Pahang

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 315 hits
KUANTAN Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang merangkap Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan tiada keperluan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertanding di mana mana kerusi DUN dan Parlimen Pahang pada PRU15 ...
Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mtl Jbpm Kesan 763 Hotspot Berisiko Banjir Di Pahang

Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam

Jersi Ltdl 2025 Petronas Kbs Bubbles O2 Rakan Muda

Axthara Di Alunan Rindu Chord

House Tao By Hw Studio A Quiet Concrete Sanctuary In Puerto Vallarta

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines