Wan Rahim Afandi Direhatkan Dari Urus Kafa
Bernama
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus bernasib malang apabila presidennya, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya Afandi Hamzah “direhatkan” buat sementara waktu daripada menguruskan persatuan itu yang tenat dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan kewangan
Perkara itu diumumkan oleh Afandi sendiri selepas mesyuarat exco persatuan itu di Wisma KAFA di Kubang Kerian, Kelantan, hari ini.
Afandi berkata Naib Presiden KAFA, Shaari Mat Hussain dilantik sebagai pemangku tugas presiden persatuan itu berkuatkuasa hari ini.
"Keputusan kami berdua telah bersetuju oleh exco KAFA dan keputusan ini dilakukan bagi memberikan laluan kepada perubahan struktur persatuan buat sementara waktu.
"Jadi sekarang ini Datuk Shaari akan menguruskan KAFA sehingga tempoh yang bakal ditetapkan," katanya kepada pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.
Sebelum ini, persatuan itu tertekan dengan masalah tunggakan gaji bekas pemain pasukan Kelantan, bakal dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari melepaskan jawatan.
Afandi berkata pihaknya meletakan kepercayaan kepada Shaari untuk melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh persatuan itu.
"Kami tidak bersikap lepas tangan apabila persatuan berdepan pelbagai isu ketika ini, keputusan ini dilakukan untuk memberikan laluan kepada idea baharu kepimpinan KAFA," katanya.
Katanya. persatuan terus berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu hutang yang memburukan imej persatuan itu.
"Sekarang ini kami telah bayar hutang RM2.4 juta daripada RM6.9 juta merangkumi hutang dengan pemain, pegawai agensi kerajaan," katanya.
Sementara itu, Shaari berkata beliau akan memikul bebanan yang dihadapi oleh persatuan itu dengan pengalaman bersama KAFA sejak 2006 .
"Saya sudah masak dengan KAFA, sasaran saya untuk selesaikan masalah hutang...permainan semua makin meningkat namun beban hutang memburukan imej pasukan dan persatuan.-Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/wan-rahim-afandi-direhatkan-dari-urus.html