5 Makanan Punca Barah Rahim Wanita Wajib Tahu
Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh utama kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab barah rahim @ kanser serviks, lepas ini boleh di elakkan dengan menjauhi sebab musabab dan puncanya. Bukankah mencegah adalah lebih baik dari mengubati?
5 Makanan Punca Barah Rahim, Wanita Wajib Tahu!
Umumnya, kita masih tidak dapat menentukan punca sebenar kanser serviks atau turut dikenali sebagai kanser pangkal rahim dan barah rahim.Faktor penyebab kanser serviks ini dikatakan daripada jangkitan human papilloma virus (HPV) yang menyumbang kepada perkembangan sel barah di serviks.
Tetapi sebenarnya, tabiat pemakanan harian juga boleh dianggap sebagai faktor penyumbang masalah kanser pangkal rahim ini. Adakah ia benar?
Mengenali Punca Barah Rahim
Selain jangkitan HPV, ada yang mengatakan bahawa makanan dan minuman tertentu juga boleh menjadi faktor penyebab kanser serviks. Dalam situasi ini, makanan dan minuman yang termasuk dalam kumpulan yang tidak sihat dengan kandungan nutrien yang sedikit boleh mengakibatkan wujudnya kanser pangkal rahim.
Bagi wanita yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat kanser serviks, pengambilan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat ini akan lebih mendedahkan anda kepada risiko penyakit tersebut.Tetapi apakah jenis makanan dan minuman yang berpotensi meningkatkan risiko pengembangan barah rahim?
5 Makanan Punca Barah Rahim, Wanita Wajib Tahu!
Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang perlu anda kurangkan atau elakkan pengambilannya, seperti:
- 1 - Tinggi kandungan lemak jahat
Makanan yang berpotensi menyumbang kepada kanser pangkal rahim adalah lemak. Walau bagaimanapun, bukan semua lemak tidak bagus.Lemak yang dianggap tidak elok untuk kesihatan adalah jenis lemak trans dan lemak tepu.
Lemak trans adalah jenis lemak yang biasanya terkandung dalam makanan bergoreng seperti deep frying. Ini antara jenis makanan punca barah rahim.Manakala lemak tepu pula adalah jenis lemak yang terdapat pada daging lembu, ayam, kambing dan yang sewaktu dengannya.
Seperti lemak trans, makanan yang tinggi kandungan lemak tepu juga boleh mengakibatkan perkembangan sel-sel barah pada pangkal rahim. Sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggantikan pengambilan sumber makanan tinggi lemak tidak sihat ini dengan lemak yang lebih baik. Ia termasuklah asid lemak tak tepu seperti asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu.
Jenis lemak yang baik ini, tidak akan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada risiko peningkatan kanser serviks. Ia biasanya terkandung dalam makanan seperti: Minyak sawit Minyak zaitun Kacang tanah, gajus Avokado - 2 - Daging merah
Siapa yang tidak sukakan hidangan stik bersama lada hitam, tetapi hakikatnya makanan kegemaran ramai itu ada bahayanya. Daging merah, yang terdiri daripada daging lembu dan kambing turut boleh menjadi antara faktor penyebab kanser serviks.
Lebih memburukkan keadaan apabila makanan ini mempunyai jumlah lemak dan kolesterol yang lebih tinggi berbanding daging putih, seperti ikan dan ayam. Pengambilan daging merah dalam jumlah yang banyak dan kerap juga boleh meningkatkan risiko kenaikan berat badan dan obesiti. Jika berat anda semakin naik, ini turut mendedahkan anda kepada barah rahim.
- 3 - Makanan diproses dan segera
Kalau ingin tahu jenis makanan diproses dan segera ini, paling mudah, junk food dan fast food yang selalu anda makan. Ia sememangnya antara makanan yang sangat perlu dielakkan kerana menjadi penyumbang kepada kanser serviks.
Jika anda sukar untuk elakkan, mungkin boleh cuba kurangkan kekerapan pengambilannya dalam seminggu. Sama ada makanan yang diproses atau makanan segera, kedua-duanya mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi. Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertambahan berat badan yang akhirnya akan cenderung kepada barah rahim.
- 4 - Alkohol
Tabiat meminum alkohol sememangnya berpotensi menyumbang kepada beberapa jenis kanser. Walaupun minuman ini bukan faktor utama penyebab kanser serviks, tetapi pengambilan dalam jumlah yang berlebihan adalah tidak bagus untuk kesihatan.
Jika anda tidak dapat membuang tabiat minum alkohol, mungkin anda boleh sekurang-kurangnya mencuba untuk mengehadkan pengambilannya.
- 5 - Kurang pengambilan sayur dan buah-buahan
Pengambilan sayuran dan buah-buahan yang kurang juga menjadi faktor penyebab kanser serviks.Ini kerana sayuran dan buah-buahan adalah antara jenis makanan yang terkenal dengan pelbagai faedah untuk kesihatan.
Selain tinggi kandungan vitamin, mineral dan antioksidan, kebanyakan sayuran dan buah-buahan juga rendah kandungan kalori. Sudah tentu ia akan menyumbang kepada berat badan dan nilai BMI ideal.
Cegah Barah Rahim
Sememangnya, tidak terdapat bukti kukuh bahawa sesetengah makanan boleh menjadi faktor penyebab kanser serviks. Tetapi dengan mengawal diet pemakanan harian anda, pastinya ia akan dapat mengurangkan risiko terdedah kepada masalah kanser serviks.
Mukadimahnya seperti yang di huraikan seperti sebelumnya di atas, bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat... gitteww!
Nak lebih informasi di blog ini, klik SINI
p/s; Cegalah barah rahim sebelum terlambat, Jangan biarkan orang tersayang turut menderita bersama!
#kredit hellodoktor.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/5-makanan-punca-barah-rahim-wanita-wajib-tahu.html