Wan Fayhsal Jawab Pmx


 
Empat hari lamanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memendam rasa. Disindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat, Khamis lalu, Ahli Parlimen Machang mewakili Perikatan Nasional (PN) itu memilih kesempatannya untuk menjawab balik dengan caranya yang penuh beremosi.
“Rakyat Machang menunggu saya pertahankan Machang,” katanya di penghujung gilirannya membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat pada Isnin tetapi bukan tanpa menimbulkan kekecohan daripada pencelahan penyokong kerajaan yang berulang kali menegur keterlanjurannya.
“Tuan Yang Dipertua, Tambun (Anwar) menempelak, menghina Machang (Khamis lalu). Pembangunan tak maju, kata beliau. Tapi Tambun lupa apa yang menjadi punca kemunduran di Machang adalah kerana politik naungan yang berlaku saban tahun, politik naungan Umno (tidak memberi peruntukan) yang dibuat ke atas rakyat Kelantan dan Machang.
“Dan politik ini diteruskan oleh Tambun dalam kerajaan yang konon-konon reformasi. Eh malulah…kamu puluhan tahun lawan budaya politik ini, lepas tu tuduh kami konon tak membangun. (Jadi) rakyat Machang menunggu saya pertahankan Machang,” katanya yang menimbulkan keriuhan dalam Dewan.
Tidak diberi laluan ketika meminta penjelasan, Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari daripada Pakatan Harapan (PH) menyahut hujah Wan Fayhsal dengan mengingatkannya bahawa Kelantan antara negeri yang terbanyak dapat dana daripada kerajaan persekutuan – malah melebihi Selangor – sebagai menyanggah kononnya Kelantan dianaktirikan.
Sebagai rekod, Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada 15 Nov 2023 berkata Kelantan menerima peruntukan tertinggi di Semenanjung daripada aspek peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2024.
“Daripada jumlah keseluruhan RM9.511 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya, Kelantan merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi,” katanya.
Melanjutkan celahannya, Taufiq menempelak Wan Fayhsal dengan mengungkapkan: “Inilah wakil rakyat yang tidak berbahas atas fakta.”
Khamis lalu, Anwar ketika menjawab soalan kononnya keyakinan pelabur asing terhadap Bursa Malaysia sudah merudum ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), menempelak Wan Fayhsal dengan mengatakan Machang tidak maju kerana memiliki wakil rakyat yang tidak peka seperti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu.
“Ini dia tak dengar penjelasan saya. Semua petunjuk ekonomi kita meningkat. Diakui semua termasuk pendidikan dan saya telah sebut angka-angka ini. Tapi dia masih pertahankan bahawa 0.2% itu walaupun tinggi kejatuhannya di Thailand, Filipina dan Indonesia. Tapi 0.2% itu sahaja angka yang menyebabkan hilang sama sekali keyakinan (pelabur). Tak apalah, itu pandangan Machang. Sebab itulah Machang tidak maju (disambut hilai ketawa penyokong kerajaan).”
Menyambung sindirannya, perdana menteri malah berkata beliau akan mengkaji apa keperluan peruntukan untuk Machang di sebalik tiada peruntukan pembangunan kawasan untuk Ahli Parlimen PN disebabkan keputusan sebulat suara mereka pada 15 Sept lalu menolak memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan peruntukan buat mereka.
Ini disusuli kenyataan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada 20 Sept bahawa pihaknya enggan berunding lagi dengan kerajaan yang dikatakannya patut memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengenakan sebarang syarat seperti dijanjikan PH dalam manifestonya.
Sebagai rekod, pembangkang ketika Anwar menjadi ketuanya tidak pernah mendapat peruntukan sepanjang PN menjadi kerajaan sehinggalah pembangkang menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik sewaktu Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri pada 13 Sept 2021.
“Saya akan kaji apa keperluan peruntukan Machang supaya Machang boleh membangun sedikit lagi,” kata Anwar lagi tanpa membeza-bezakan di antara beliau bersungguh-sungguh atau berseloroh.
Barangkali itu yang membuat Wan Fayhsal memendam rasa berhari-hari lamanya terhadap apa yang dirasakannya satu ‘penghinaan’ sambil menantikan peluangnya untuk menghamburkan segala-galanya – tanpa mengira tindakannya itu berparlimen atau sebaliknya – dengan serangan bertalu-talunya terhadap Anwar dan kerajaan Madani apabila tiba gilirannya membahaskan titah diraja pada Isnin.
Memulakan perbahasannya dengan satu persoalan besar – adakah rakyat benar-benar menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi yang didakwa oleh kerajaan Madani – Wan Fayhsal mendakwa Anwar gagal menarik pelaburan dan mencipta pekerjaan berkualiti walaupun melantik kroni dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Di bawah Tambun (Anwar), Malaysia gagal mencipta pekerjaan berkualiti. Yang kaya hanya kroni dan kapitalis besar,” katanya.
Selain mengulangi dakwaannya bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada hubungan dengan BlackRock, beliau turut menyentuh isu titah adendum bekas perdana menteri Najib Razak bagi menghabiskan baki hukuman penjara bawah tahanan rumah yang bagaimanapun beberapa kali dihalang oleh Timbalan Speaker Syahredzan Johan.
Sambil dakwaannya kerajaan tidak jujur dengan rakyat apabila menyorok titah berkenaan ditegur beberapa Ahli Parlimen kerajaan, Wan Fayhsal pada satu ketika membentak, “Siapa kata tak boleh bahas?” Ditegur dan diingatkan Syahredzan bahawa Speaker Johari Abdul sudah membuat larangan itu pada 4 Feb lalu, beliau bagaimanapun akur.
Namun, tidak berhenti setakat itu, suasana bertambah panas apabila Wan Fayhsal menggesa supaya bekas peguam negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh direhatkan tugasnya sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sehingga isu titah adendum itu diselesaikan.
Sekali lagi beberapa penyokong kerajaan bangkit mempertikaikan tindakannya itu kerana kaitannya dengan titah adendum, disudahi oleh timbalan speaker yang memberinya amaran supaya berhenti berbahas isu terbabit.
Dalam satu hantaran media sosialnya pada Selasa, Wan Fayhsal menyatakan rasa hairan kenapa ramai penyokong tegar Anwar tiba-tiba meroyan sakan, mengamuk tak tentu hala dan koyak rabak di media sosial selepas perbahasan titah diraja yang dibuatnya pada Isnin.
“Rakyat Malaysia tidak menikmati apa yang digebang oleh Anwar Ibrahim. Apa guna ekonomi berkembang kalau rakyat semakin susah? Atau dalam bahasa mudah, kerajaan kaya, rakyat merana. Kalau kamu tak suka fakta ini, silakan marah Bank Dunia, bukan saya. Pergi berhujah dengan ahli ekonomi yang buat kajian itu, bukan sibuk menyerang saya dengan fitnah, cacian, dan cercaan.
“Pembangkang bercakap berasaskan fakta tetapi mereka tetap cuba menegakkan benang basah. Mengkritik dengan data dianggap dosa besar tetapi menipu rakyat dengan angka-angka mengelirukan dianggap sebagai ‘kejayaan ekonomi’? Terpulang kepada anda nak terima atau tidak, tapi realiti tetap realiti,” katanya.
Seperti peraturan mesyuarat di Dewan Rakyat, ini ‘floor’ Wan Fayhsal, jadi biarkanlah selepas empat hari beliau memendam rasa. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/wan-fayhsal-jawab-pmx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Fayhsal Snubbed For Revealing Erdogan As 1 Of 3 Foreign Leaders Blocked From Meeting Tun M

Wan Fayhsal Snubbed For Revealing Erdogan As 1 Of 3 Foreign Leaders Blocked From Meeting Tun M

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 49 hits
MADANI government supporters have trolled Bersatu supreme council member Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal for self appointing himself as spokesman to back up twice former premier Tun Dr Mahathir Mohamad This came about after the Machang MP...
Pelaburan Banyak Dari Turki Hadiah Kereta Buat Pmx

Pelaburan Banyak Dari Turki Hadiah Kereta Buat Pmx

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 76 hits
PM Anwar memandu Presiden Erdo an tanpa security tanpa bodyguard
Apa Kata Erdogan Kepada Pmx Dan Tok Mat Sebar Video Ini Elak Walaun Memfitnah

Apa Kata Erdogan Kepada Pmx Dan Tok Mat Sebar Video Ini Elak Walaun Memfitnah

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 70 hits
HarapandailyFebruary 11 2025Tular ungkapan mesra yang diucap Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam lawatan rasmi Presiden T rkiye itu ke Malaysia Kamu jangan ber...
Pmx Dan Sheikh Qatar Isu Gaza

Pmx Dan Sheikh Qatar Isu Gaza

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 69 hits
Lewat malam tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat yang juga merupakan Menteri Luar Qatar Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani Menerusi perbualan telefon ini kami berbincang mengenai situasi...
Pmx Dah Arwah Rindu Pmx Ostat Fawwas Kecewa Pmx Tak Bantu Parlimen Per

Pmx Dah Arwah Rindu Pmx Ostat Fawwas Kecewa Pmx Tak Bantu Parlimen Per

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 109 hits
Fawwas Mad Jan Menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan membaca komen dia social media Kononya Anwar Ibrahim sudah Meninggal Dunia dengan Memanggil arwah kepada ds anwar Ibrahim Politik sempit beginilah yang memundurkan negara dan fik...
Parti Dia Perintah Seduit Tak Naik Rega Padi Zaman Pmx Bagi Ucap Terima Kasih Pun Tidak

Parti Dia Perintah Seduit Tak Naik Rega Padi Zaman Pmx Bagi Ucap Terima Kasih Pun Tidak

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 108 hits
Man TobaKalau PN memerintah dulu diam masuk acc parti Zaman PHBN terang masuk acc petani pon hari golongan tak bersyukur maki hamun Begitulah kelakuan walaun tuan tuan
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia