Wall Street Vs Reddit Secara Mudahnya Apa Sebenarnya Yang Berlaku


Sudah kecoh dalam seminggu ini tentang pasaran saham Wall Street yang telah ‘diserang’ oleh orang awam dan memaksa beberapa syarikat pelaburan Wall Street menuju bankrap. Semuanya bermula dengan sebuah subReddit dan juga ciapan daripada Twitter Elon Musk. Apa yang berlaku seterusnya adalah kesan domino dan pasaran saham khususnya pasaran saham GameStop mengalami perubahan yang sangat pelik dan di luar kebiasaan. Ia sudah jadi sebuah peperangan di antara orang awam dan juga kapitalis pasaran saham di Wall Street.
Sebelum itu, kita fahami dahulu beberapa terma penting dalam peristiwa bersejarah ini.
Hedge Funds Hedge funds adalah sebuah kerjasama yang dibina daripada sekumpulan pemain saham. Mereka bekerja secara sepenuh masa dalam menguruskan, membuat persepsi, menjual-beli saham dan kerja-kerja belakang tabir di pasaran saham. Keuntungan daripada proses jual beli saham mereka ini kemudiannya disalurkan ke dalam satu tabung dana yang akan dugunakan untuk menyuntik modal dan urusan jual beli saham di bursa saham. Akaun dan pengurusan dana ini dinamakan sebagai Hedge Funds.
Short Sale Short Sale adalah proses jual beli unit saham di mana individu atau hedge funds meminjam unit saham daripada pemegang saham untuk dijual. Mereka kemudiannya menunggu harga saham tersebut turun daripada harga asal dan kemudiannya membeli unit yang telah dijual tersebut pada harga yang lebih rendah. Keuntungan yang diperoleh adalah jumlah perbezaan jual dan beli saham tersebut.
Sebagai contoh, saya telah meminjam 1000 unit saham daripada Pelaburan A dan telah menjual unit saham tersebut di pasaran pada harga RM2 seunit. Jumlah jualan saya adalah RM2000 untuk 1000 unit.
Setelah beberapa ketika, unit saham tersebut telah turun kepada harga RM1 seunit. Jadi saya telah membeli semula 1000 unit saham yang telah dijual tadi dengan harga RM1000 sahaja untuk 1000 unit.
Saya kemudiannya memulangkan semula 1000 unit saham yang telah dipinjam dari Pelaburan A tadi dan telah mengaut keuntungan bersih sebanyak RM1000. Pengiraannya :
Pinjam 1000 unit daripada Pelaburan A. Jual 1000 unit dengan harga RM2000 keseluruhan. Beli semula 1000 unit dengan harga RM1000 keseluruhan. Pulangkan semula 1000 unit saham yang dipinjam daripada Pelaburan A. Untung bersih RM2000 (jual) – RM1000 (beli semula) = RM1000 (untung bersih). Tapi dalam skala Hedge Funds, sudah tentulah ia melibatkan unit dan harga saham keseluruhan yang lebih besar dan mencecah jutaan malah berbilion ringgit.
Sampai masuk surat khabar Kejadian GameStop GameStop adalah sebuah syarikat brick-and-mortar permainan video di Amerika Syarikat yang telah bertapak sejak dari tahun 1984 dan menggunakan nama GameStop secara rasmi sejak tahun 1999. GameStop yang telah mengalami kemerosotan telah banyak menutup cawangannya dan keadaan bertambah buruk dengan penurunan nilai saham mereka. GameStop dijangka akan bankrap dan ini telah menarik ramai kapitalis daripada pelbagai hedge funds untuk mendapat untung mudah melalui short sale dan dalam masa yang sama menurunkan lagi nilai saham GameStop untuk mendapat julat untung yang lebih tinggi.
Proses ini sudah tentunya akan membawa kerosakan dan kerugian besar kepada GameStop yang sudah sedia ada dalam keadaan yang buruk. Kejadian ini juga bukan pertama kali berlaku. Syarikat alat permainan brick-and-mortar, Toys ‘R’ Us juga menerima nasib yang hampir sama apabila saham mereka jatuh merudum dan mereka terpaksa menutup perniagaan kerana menanggung hutang dan rugi yang besar.
Dalam usaha licik Melvin Capital, sebuah hedge fund di Wall Street untuk melakukan short sale terhadap GameStop, maklumat tersebut telah tersebar di Reddit dan para pengguna Reddit di subReddit r/wallstreetbets mula berpakat untuk menggagalkan usaha Melvin Capital untuk mendapat keuntungan dengan menindas GameStop.
Para pengguna Reddit di r/wallstreetbets mula membeli saham GameStop yang dijual oleh Melvin Capital melalui aplikasi pelaburan dalam talian;- RobinHood. Sebaik sahaja Melvin Capital menjualnya, individu-individu mula membelinya. Sangat ironi, sebagaimana kisah Robin Hood mencuri daripada mereka yang kaya, aplikasi yang bernama RobinHood juga telah berjaya ‘mencuri’ daripada kapitalis dalam sebuah ‘rompakan’ bersejarah yang terhebat di Wall Street. Belian saham dalam jumlah yang banyak oleh pelbagai individu akhirnya telah membuatkan nilai saham GameStop melonjak naik. Malahan, tertinggi dalam sejarah sejak daripada penubuhannya! Lebih tinggi daripada zaman kegemilangannya sendiri!
Nilai saham GameStop telah melonjak naik daripada nilai terendah mereka dalam sejarah pada nilai $2.57 seunit kepada nilai tertinggi mereka dalam sejarah iaitu $500 seunit pada 28 Januari 2021. Kenaikan sebanyak 190 kali ganda daripada nilai asal!
Kekalahan Total Melvin Capital Berbeza daripada rancangan asal mereka untuk membeli semula saham GameStop yang dijual, Melvin Capital sebaliknya terpaksa mengeluarkan wang untuk mengimbangi saham yang ‘dipinjam’ tadi. Melvin Capital dilaporkan telah kehilangan sejumlah 30% dana mereka dalam kekalahan ini.
Dalam kekalahan ini, beberapa hedge fund lain telah melakukan suntikan modal kepada Melvin Capital bagi mengelakkan Melvin Capital gulung tikar. Antara penyumbang adalah Citadel LLC dan juga Point72 Asset Management dengan sumbangan keseluruhan mencecah hampir 3 billion USD.
Namun begitu, suntikan tambahan 3 billion USD ini juga dikatakan gagal menyelamatkan Melvin Capital kerana nilai saham GameStop telah naik tanpa henti. Melvin Capital dikatakan telah kehilangan semua wang mereka dan juga wang tambahan daripada rakan-rakan mereka di Wall Street.
Kejadian ini dinamakan sebagai ‘short squeeze‘. Dan ini adalah sejarah short squeeze yang terbesar dan terhebat sepanjang zaman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/wall-street-vs-reddit-secara-mudahnya-apa-sebenarnya-yang-berlaku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sebenarnya Kita Buat Pkp Ini Untuk Apa

Najib Sebenarnya Kita Buat Pkp Ini Untuk Apa

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 225 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan Malaysia melalui 17 hari perintah kawalan pergerakan yang membazir kerana tempoh itu masih gagal mengawal penularan wabak Covid 19 Katanya PKP yang longgar bukan saja mengakibatkan ...
Pendedahan Siapa Sebenarnya Ibu Adik Amir Yang Mati Di Dera Di Di Rungkaikan Jangan Terkejut

Pendedahan Siapa Sebenarnya Ibu Adik Amir Yang Mati Di Dera Di Di Rungkaikan Jangan Terkejut

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 2940 hits
Pendedahan Siapa Sebenarnya Ibu Adik Amir Yang Mati Di Dera Di Di Rungkaikan Jangan Terkejut Saya rasa menyesal kerana tidak pertahankan dia kalau tahu ini pengakhirannya saya tidak akan serahkan kepada ibu kandung itu demikian ibu angkat k...
Selepas Tular Identiti Ibu Arwh Amir Ada Yang Kata Dia Sebenarnya Pemegang Kad S4kit M3ntal Dan Puncanya Kenapa

Selepas Tular Identiti Ibu Arwh Amir Ada Yang Kata Dia Sebenarnya Pemegang Kad S4kit M3ntal Dan Puncanya Kenapa

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 405 hits
Saya rasa menyesal kerana tidak pertahankan dia kalau tahu ini pengakhirannya saya tidak akan serahkan kepada ibu kandung itu demikian ibu angkat kepada kanak kanak yang mav t selepas ditemui lem4s dalam tong dan dipercayai dider 4 dalam ke...
Video Penat Sebenarnya Jadi Doktor Ni Dr Say Dedah Kenal Doktor Tular Menc Rut

Video Penat Sebenarnya Jadi Doktor Ni Dr Say Dedah Kenal Doktor Tular Menc Rut

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 337 hits
Pengacara Tanya Doktor Dr Say akui mengenali wanita yang bergelar doktor yang menjadi tular semalam kerana mengeluarkan kata kata kessat apabila ditegur melakukan kesalahan jalan raya oleh orang awam
Sebenarnya Darurat Telah Diisytihar Oleh 79 Negara

Sebenarnya Darurat Telah Diisytihar Oleh 79 Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 278 hits
Bagaimana Hannah Yeoh boleh mendakwa Negara lain tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan Covid dalam satu wawancara Batal Darurat Ok Atau Tak semalam sedangkan darurat telah diistiharkan oleh sekurang kurangnya di 79 buah negara...
Neelofa Pu Riz Sebenarnya Jadi Nak Kahwin Cuma Tarikh Belum Dipastikan Neelofa Di Pelancaran Aplikasi The Noor

Neelofa Pu Riz Sebenarnya Jadi Nak Kahwin Cuma Tarikh Belum Dipastikan Neelofa Di Pelancaran Aplikasi The Noor

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 285 hits
Seperti sudah terang lagi bersuluh namun tarikhnya sahaja yang belum dapat dipastikan Itu bayangan kepada segala persoalan umum berhubung status hubungan Neelofa dengan kekasihnya PU Riz apabila mengakui dream wedding atau impian perkahwina...
Kawan Gelar Zombie Dia Cuma Gelak Tapi Sebenarnya Sedih Luluh Hati Ibu Ini Bercerita

Kawan Gelar Zombie Dia Cuma Gelak Tapi Sebenarnya Sedih Luluh Hati Ibu Ini Bercerita

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 505 hits
Tak siapa pun yang meminta untuk dilahirkan tidak sempurna Setiap manusia yang diciptakan pasti mengimpikan kesempurnaan dan kecantikan Begitulah sifat sifat dalam hati manusia Namun perancangan Allah itu lebih sempurna Artikel Menarik Sama...
Bila Sebenarnya Rakyat Malaysia Akan Divaksin Untuk Covid 19

Bila Sebenarnya Rakyat Malaysia Akan Divaksin Untuk Covid 19

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 240 hits
Hantaran pertama vaksin Covid 19 akan tiba lewat Februari tetapi bilakah anda akan dapat divaksin Sebelum meneliti pelan pelaksanaan imunisasi Covid 19 anda perlu maklum penghantaran pertama vaksin datang daripada yang menunjukkan keberkesa...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations