Walaupun Low Profile Tapi Berpengaruh Dalam Industri Muzik Malaysia
Admin memang minat muzik. Muzik memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup admin (selain daripada pendidikan agamalah, hahaha) dan muzik merupakan salah satu perkara yang tidak lekang diikuti admin sejak dulu lagi. Dan admin berjaya membuatkan lirik untuk band sahabat admin sendiri iaitu THE ALIFF.
Yang bertajuk SATU NYAWA. Lagu yang rentak ala-ala jiwang sikit tetapi diselitkan dengan rentak indie. Walaupun tak seberapa top seperti lagu artis lain, bagi admin amat berpuas hati kerana dengan karya dan idea ikhlas dari hati admin sendiri.
Industri muzik indie atau independent di Malaysia memang agak jarang mendapat liputan meluas, kecuali kugiran-kugiran bawah tanah yang memberanikan diri melonjak keluar. Nama-nama besar seperti Butterfingers, Hujan, OAG , The Aliff dan banyak lagi kerap kali disebut sebagai 'rujukan' band-band lain di negara kita
Namun demikian, masih banyak kumpulan yang kurang mendapat liputanyang sebenarnya telah mencorak kehidupan ramai anak muda yang kini berkemungkinan besar sudah pun bergelar bapa. Lagu-lagu mereka pula disahkan sebagai lagu lejen di kalangan peminat muzik; masih dimainkan walaupun mungkin sudah berusia berpuluh tahun lamanya
Berikut adalah lima lagu lejen yang masih segar dinyanyikan sehingga kini serta paling memberikan impak kepada generasi peminat muzik bebas satu masa dulu
Muck - "Orange School"
Pertama kali penulis mendengar lagu ini, lagu ini terus tangkap di kepala. Dengan melodi gitar yang sangat catchy serta lirik yang bersahaja, pengalaman menyaksikan kumpulan Muck beraksi memainkan lagu ini secara live perlu dilalui mana-mana peminat muzik
Muck adalah sebuah kugiran dari Ipoh, Perak yang dikatakan mendapat inspirasi daripada Dinosaur Jr. "Orange School" pada penulis, merupakan karya anak tempatan yang boleh dikatakan berada pada tahap antarabangsa yang sepatutnya diangkat menjadi nyanyian pagi-pagi budak sekolah rendah
Shizuka - "Redline 95"
Sebelum internet merebak penggunaannya, lagu ini entah apa rahsianya telah pun disebarkan secara meluas di kalangan anak-anak muda penggemar muzik. Penulis tidak tahu ilmu apa yang mereka gunakan waktu itu. Selain itu sesi-sesi di studio jamming juga seakan tidak sah tanpa kita dapat mendengar lagu tersebut dimainkan
Salah sebuah lagu paling dikenali ramai tanpa sesiapa pun mengetahui wajah sebenar penyanyi atau kumpulan yang memainkannya, misteri berkenaan tajuk 'Shizuka 95' yang dipilih juga baru saja terungkai beberapa tahun lepas selepas anak-anak muda Malaysia melalak menyanyikan lagu ini dalam bilik air bertahun-tahun lamanya
Carburetor Dung - "Boo Hoo Clapping Song"
Lagu rasmi mereka yang nak tune gitar satu masa dulu, riff yang digunakan dalam lagu ini sangat mudah untuk diingati serta mampu melekat dalam kepala anda. Mempunyai melodi yang agak santai serta nyanyian yang selamba, lagu ini menjadi salah satu lagu paling lejen dalam industri muzik kita serta masih popular sehingga kini
Carburetor Dung merupakan sebuah kumpulan punk yang membuat kemunculan pertama melalui kaset mereka yang terbit pada tahun 1993. Mereka mendapat liputan lebih meluas berikutan pengaruh salah seorang anggotanya bernama Joe Kidd yang mempunyai kolum tulisannya sendiri bertajuk Blasting Concept dalam akhbar The Star. Blasting Concept pada zaman kemuncaknya menjadi sumber berita utama peminat muzik bawah tanah seluruh negara
Nice Stupid Playground - "Bedroom Window"
Kami sengaja memilih lagu ini untuk diletakkan dalam senarai kerana impak lagu ini kepada mat-mat jiwang dan mat-mat bunga di luar sana sangatlah besar. Sangat mudah untuk dimainkan sendiri oleh sesiapa saja yang baru cuba belajar main gitar, lagu kugiran dari Sarawak ini menjadi lagu tema mereka yang merasa kesepian satu masa dulu
Mendapat liputan besar selepas tersenarai dalam album kompilasi "1+1=3" yang diterbitkan syarikat Positive Tone, kumpulan Nice Stupid Playground berjaya mengekalkan momentum populariti mereka dengan beberapa buah lagu popular lagi, sebelum senyap. Sekiranya anda minat dengan lagu yang santai, untuk didengarkan masa hujan sambil terkenang cinta lama - cari lagu mereka
Laila's Lounge - "Mawar Khayalan"
Memandangkan kesemua lagu dalam senarai ini adalah lagu berbahasa Inggeris, kami selitkan sebuah lagu berbahasa Melayu yang kami rasakan sedikit sebanyak berjaya memberikan impak kepada citarasa anak muda satu masa dulu. Laila's Lounge tidak berjaya mengecapi tahap populariti yang dapat digapai rakan-rakan sezaman mereka, tetapi 'Mawar Khayalan' tetap merupakan buah tangan terbaik mereka yang kini layak dikatakan klasik
Menjadi lagu tema dalam filem "KAMI" (bukan filem Kami lakonan allahyarham Sudirman Haji Arshad tau) memberikan pendedahan lebih besar untuk kugiran tersebut serta lagu mereka, namun bakat besar mereka seakan-akan terus terpendam tidak mendapat penghargaan yang lebih besar masyarakat kita
Sebuah lagu feel good yang mampu membuatkan pendengarnya terbang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/09/walaupun-low-profile-tapi-berpengaruh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29