Walaupun Bersaiz Besar Tetap Begaya Di Hari Raya Dengan Koleksi Butik Bob Rock


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni Maha dah tak perlu bimbang lagi untuk cari pakaian walaupun baju untuk Hari Raya yang tak lama lagi tiba. Ini kerana sekarang Maha hanya pergi sahaja kat Plaza Masalam atau setengah orang kenali sebagai Plaza Shah Alam, kerana dalam tu ada satu butik khas untuk orang yang bersaiz comel macam Maha ni

Butik yang Maha maksudkan adalah Bob Rock yang terletak di tingkat 1 plaza tersebut. Sebab hari cuti yang lepas Maha dah pergi sendiri ke butik ini untuk cari pakaian dan tak sangka di sini ada juga baju raya. Jadi senang lah nak beli semua jenis pakaian daripada yang casual, shirt dan juga istimewa untuk musim perayaan. Hanya satu kedai sahaja Maha pergi dah boleh dapat banyak pakaian





Suasana dalam butik ni juga sangat selesa dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian untuk wanita dan juga untuk lelaki. Susun atur dalam butik juga memudahkan untuk kita mencari pakaian dan juga mendapatkan saiz yang kita kehendaki. Ditambahlah layanan mesra dan pekerja yang sangat membantu untuk kita dapatkan pakaian kesukaan membuatkan Maha rasa seronok nak membeli di sini

Koleksi Istimewa Syawal Lelaki Melayu Terakhir
Kurang dari seminggu lagi kita nak sambut raya, kat butik ni pun ada koleksi baru sempena lebaran iaitu baju raya untuk lelaki dan wanita. Kalau jejaka bujang macam Maha ni ada pilihan Baju Melayu BobRock dan juga Kurta Adam Long Sleeve. Baju ini semua bermula dari saiz XL hingga paling besar 6XL. So memang Maha boleh pakai




Baju Melayu tu ada pilihan warna yang korang nak beserta dengan seluar. Maha boleh pakai baju tu dan muat dengan seluar tak ketat dan tak longgar sangat. Ini kerana menurut kata pemilik butik tersebut baju yang dihasilkan oleh tukang jahit yang sudah pakat dengan saiz yang mengikut ukuran khas rakyat Malaysia




Korang boleh tengok sendiri Baju Melayu dan Kurta yang Maha kenakan sangat lekat di bahu dan tidak jatuh serta bahagian bawah baju pula tidak begitu labuh dan juga nampak gelebeh. Harga pun tak adalah mahal sangat dan masih berpatutan dimana Baju Melayu BobRock sepasang RM169.00 manakala Kurta Adam RM120.00 sahaja

Kemeja Casual Dan Santai
Selain baju untuk perayaan ada juga beberapa pakaian khas untuk majlis casual dan juga boleh pakai untuk bersantai. Koleksi baju kemeja juga mempunyai lebih kurang 13 design dan juga warna. Macam Kemeja Fish Bone ni sangat santai dan boleh pakai bawa pergi majlis kenduri atau juga pergi jalan-jalan. 


Kemeja Fish Bone ini harga hanya RM99.00, manakala kemeja lain dalam range harga RM89.00 hingga RM99.00 sahaja. Jadi sangat berpatutan untuk dibeli dan buat koleksi dalam almari. Sebab orang lelaki sekarang ni pun perlu bergaya dan tampil menarik bersama isteri. Bukan orang perempuan jer yang banyak pakaian hehehe


Baju kemeja ni boleh dipadankan dengan seluar yang juga bersaiz besar. Kat butik ni ada seluar jenis Jeans bewarna Hitam, Navy Blue dan juga Khakis. Seluar kat sini terdapat saiz 40 hingga kepada saiz paling besar 60. Seluar ini menggunakan kain jeans yang selesa dan juga tidak terlalu ketat dan boleh digayakan dengan semua situasi. Harga untuk seluar ini hanya RM150.00 sahaja

Aksesori Lelaki Bergaya
Di butik Bob Rock ini bukan sahaja ada baju dan seluar tapi juga ada eksesori khas untuk orang lelaki. Kalau Baju Melayu mesti kena ada butang baju melayukan kat sini juga ada pilihan butang dari harga RM19.00 hingga RM29.00. Kalau korang rasa nak tampil hebat dan lain daripada orang lain di pagi raya apa kata perkenakan Tanjak. Mereka juga mengghasilkan Tanjak Half Songket dengan harga RM80.00 manakala Tanjak Full Songket harga RM90.00. Ini memang sangat rare lah kalau korang berani pakai Tanjak di Hari Raya hehehe




Selain itu juga, eksesori lain yang ada di butik ini seperti Tali Pinggang bersaiz panjang dengan harga RM49.00 dan juga ada Suspender dengan harga RM19.00.  So anak mudah juga boleh beli kat sini walaupun saiz kita besar. Jangan malu untuk bergaya kerana setiap insan ada keistimewaannya. Cuma kena berani tampil dengan yang lebih kemas dan exclusive.


Pakaian Wanita Menawan 
Kat Butik Bob Rock bukan sahaja ada pakaian untuk lelaki tau. Macam Maha bagi tahu sebelum ini kat butik ini juga ada pakaian dan aksesrori khas untuk kaum wanita yang bersaiz plus. Tapi walaupun besar tetap masih tampil dengan bergaya dan style. Koleksi untuk wanita ia dibawah jenama Lovelily sebab tu kat butik ni ada tulis BobRock x Lovelily.





Orang perempuan ada koleksi istimewa untuk lebaran iaitu Baju Kurung dan juga Baju Kebaya. Serta pelbagai aksesori yang menarik seperti Bag Tangan, Clutch, Kerongsang, Gelang, Selendang dan macam-macam lagi lah. Banyak juga untuk orang perempuan jadi kalau korang datang beli-belah boleh beli untuk pasangan juga memang sangat sesuai. Tak perlu nak pergi cari kat kedai lain buang masa dan memenatkan.





Silap-silap si abang pergi dengan si isteri habis pokai semua dia nak beli hehehe. Tapi tak apa untuk orang kita sayang juga nak bergaya untuk suami sendiri. Kalau masuk sini tak balik dengan beg yang penuh tak sah rasa semua nak beli hehehe. Puas hati lah kat sini lepas raya boleh datang lagi kerana ada banyak jenis pakaian.

Sekarang ni pula mereka tengah buat promosi kalau korang buat pembelian atas talian di laman web mereka dengan menggunakan kod 'RAYA19' akan dapat potongan RM10.00 untuk jumlah keseluruhan belian. Sebab sudah menjadi trend orang sekarang suka membeli secara atas talian lebih jimat masa dan tidak penat. Jadi gunakan peluang yang ada untuk borong semua. Tiada lagi alasan untuk orang bersaiz besar tidak bergaya bila-bila masa dan dimana jua. Jom kita shopping.  
Pembelian secara atas talian boleh dilakukan dilaman web:
https://www.bobrocklovelily.com.my

Sosial Media Bob Rock Apparel:
https://www.facebook.com/bobrockapparel
https://www.instagram.com/bobrocklovelily

Alamat :
Butik Bob Rock 
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03 - 5513 3588 (Shop)
        011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/05/walaupun-bersaiz-besar-tetap-boleh-bergaya-di-butik-bob-rock.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Ucapan Sms Pantun Hari Raya Aidilfitri Full

Koleksi Ucapan Sms Pantun Hari Raya Aidilfitri Full

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1268 hits
Koleksi Ucapan SMS PantunHari Raya Aidilfitri FullDalam kerendahan hati ada ketinggian budi Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kataDalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa MOHON AMP...
Tampil Bergaya Dengan Koleksi Hari Raya Dari Alfio Raldo

Tampil Bergaya Dengan Koleksi Hari Raya Dari Alfio Raldo

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 599 hits
Sempena nak menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi maka ramailah yang akan membeli persiapan Raya seperti kasut beg tangan kemeja dan lain lain lagi yang boleh dipakai semasa berkunjung ke rumah sanak saudara atau raka...
Diskaun Tol Pada Hari Raya Pertama Saja Balik Raya Pertama Jela Bersama Pemimpin Ph

Diskaun Tol Pada Hari Raya Pertama Saja Balik Raya Pertama Jela Bersama Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 424 hits
Apa nak jadi dengan kerajaan PH ni Nak jadi kerajaan sepenggal atau kerajaan berpenggal penggal Sudahlah janji mahu menghapuskan tol tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini diskaun tol sempena sambutan Hari Raya tahun ini pula terlihat b...
Soalan Sensitif Di Hari Raya Apa Ada Hal Jawab Je

Soalan Sensitif Di Hari Raya Apa Ada Hal Jawab Je

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1701 hits
Amboi lama tak update kat blog busy benor aih k fiezz tak busy tapi lebih pada letih sedar tak sedar minggu depan raya uolls persiapan raya siap dah langsir raya baju raya kasut raya kuih raya semua yang berkaitan dengan raya la k fiezz mr ...
Minister Dbkl Wants All Community Halls To Be Under It After Hari Raya

Minister Dbkl Wants All Community Halls To Be Under It After Hari Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 325 hits
Kuala Lumpur City Hall will formally take over the management of 331 multi purpose halls around the city centre which are currently being by various community organisations Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad said the DBKL was f...
40 Pickupline Hari Raya Aidilfitri Bakal Buat Dia Cair Sempena Lebaran

40 Pickupline Hari Raya Aidilfitri Bakal Buat Dia Cair Sempena Lebaran

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 1197 hits
Pikapline sempena hari raya pun dah ada ni Serius on point kan netizen diluar sana Musim cuti Raya yang panjang dihabiskan bersama sanak saudara dan kaum keluarga di kampung Pasti bermacam macam memori indah untuk dikenangkan Selain visit m...
Lagu Raya 2019 Seru Hari Lebaran Duet Syamel Ernie

Lagu Raya 2019 Seru Hari Lebaran Duet Syamel Ernie

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 494 hits
Lagu Raya 2019 Seru Hari Lebaran Duet Syamel Ernie Assalamualaikum Korang dah dengar lagu Raya 2019 Ala lagu duet Syamel Ernie tu First time dengar hari tu terus terpikat sebab dia ala ala etnik kreatif gitu Lembut je Ernie ni menyanyi Dah ...
Peluk Islam Selepas Rakam Lagu Menjelang Hari Raya

Peluk Islam Selepas Rakam Lagu Menjelang Hari Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 426 hits
Penyanyi Datuk DJ Dave mengakui lagu Menjelang Hari Raya yang mendapat sentuhan komposer S Atan menyimpan nostalgia yang tersendiri Beberapa bulan selepas merakamkan lagu itu 41 tahun lalu dia tertarik untuk memeluk Islam kerana terpesona d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash