Walau Dikecam Warganet Wanita Pertahan Dakwaan Mb Kedah Sertai Pandu Uji Kereta


Tangkap layar pengguna Facebook berkongsi catatan Nini Siron, suami dan anaknya, termasuk catatan lama wanita itu cuba menjual Perodua Kelisanya tahun lalu. (Gambar Facebook)
GEORGE TOWN: Seorang wanita yang merakam gambar dan video individu didakwa Menteri Besar Kedah dan dua pembantunya menaiki kereta untuk dipandu uji di Juru Auto City, Sabtu lalu, menjadi sasaran pembuli siber dengan fotonya bersama keluarga, termasuk anak berusia lapan tahun, disebarkan secara meluas di media sosial.

Tetapi, Nini Siron, 36, tetap yakin dan berpegang kepada dakwaan beliau serta suami melihat Muhammad Sanusi Md Noor bersama beberapa individu membawa kereta untuk dipandu uji.

Bagaimanapun, Nini kesal kerana selain dituduh memfitnah Sanusi, warganet sanggup menyebarkan gambarnya, suami, anak dan kakaknya secara meluas di media sosial supaya mereka sekeluarga dikecam kerana catatan Facebooknya itu.

Dakwaan Nini terhadap Sanusi kini disiasat polis untuk memastikan sama ada Menteri Besar itu melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Sanusi memberitahu FMT, beliau menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan, tetapi setiausaha politiknya mendakwa Menteri Besar itu menjadi mangsa fitnah.

Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, Sanusi hanya “pi jengok kereta itu. Bukan pi nak beli”, dan tidak ada sebarang pandu uji kenderaan melibatkan Menteri Besar itu.

Nini bagaimanapun tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa Sanusi memang terlibat dalam pandu uji itu dan video diambilnya adalah bukti.

Wanita itu berkata, beliau bukan ahli politik dan kesal apa yang disaksikannya itu dinafikan pihak tertentu sehingga memfitnahnya sekeluarga dengan pelbagai tohmahan dan ugutan di media sosial.

“Saya jarang ‘post’ apa-apa di Facebook. Saya bukan ahli politik, hanya rakyat biasa yang sudah muak dengan ‘lockdown’ berulang kali.

“Saya hanya meluahkan rasa marah kerana melihat orang tertentu jelas melanggar SOP ketika pandemik (Covid-19) mengganas. Ketika semua orang menanti untuk ‘lockdown’ 14 hari berakhir, ada pihak lain bertindak ikut suka hati.

“Itulah sebabnya saya catatkan apa yang saya lihat (di Juru Auto City), (saya hanya) ikut nasihat MKN untuk menjadi mata dan telinga mereka terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang,” katanya kepada FMT.

Nini menafikan tuduhan di media sosial beliau memadamkan catatan dan gambar mengenai “pandu uji” berkenaan daripada Facebooknya.

Sebaliknya, beliau hanya mengehadkan akses catatan dan gambar itu kepada kenalannya, bagi mengekang kecaman bertali arus warganet yang tidak dikenali.

Suami Nini yang bekerja sebagai jurujual kereta, juga terpaksa menyahaktifkan “Facebook Page” yang mempunyai lebih 400 pengikut, selepas nombor telefon bimbit dan gambar pelanggannya tersebar. Telefonnya juga dibanjiri ratusan panggilan kebencian dan “spam” sejak semalam

Telefon Nini Siron dihujani panggilan dan mesej daripada orang tidak dikenali susulan catatan di Facebooknya.
Nini sekali lagi menegaskan, beliau dan suami terserempak individu mirip Sanusi dan dua individu lain, termasuk jurujual kereta memasuki sebuah kenderaan yang dibawa untuk pandu uji.

Katanya, kenderaan itu kembali ke premis syarikat berkenaan kira-kira 14 minit kemudian.

Nini yakin orang yang dilihatnya adalah Sanusi, kerana beliau menanggalkan pelitup muka kira-kira dua minit sebelum memakainya semula.

“Apabila mereka kembali, saya keluar dari kereta dan bertanya jurujual itu sama ada beliau menyedari atau tidak menjadi kesalahan menawarkan kenderaan untuk dipandu uji ketika PKP berkuatkuasa. Dia menjawab ‘habis bagaimana saya mahu cari makan’?”

Katanya, beliau turut melihat Sanusi dan pembantunya memasuki kereta bernombor pendaftaran KEP 5000 yang tertera perkataan “Menteri Besar Kedah”.

Nini membuat laporan polis mengenai insiden itu pada hari sama dan mengemukakan video yang dirakam dengan telefon bimbitnya sebagai bukti.

“Saya mengambil keputusan tampil secara terbuka mempertahankan (dakwaan) saya ini kerana ramai menuduh saya melakukan fitnah. Saya tak boleh terima tuduhan (sebegitu). Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa ia betul-betul berlaku.

“Saya amat kecewa kerana kami sekeluarga menjadi mangsa pembuli siber yang bertindak sewenang-wenangnya. Telefon saya berbunyi tak henti-henti dengan panggilan dan pesanan daripada orang tidak dikenali.

“Saya hanya rakyat biasa. Saya tidak meminta pingat kerana membuat pendedahan itu. Saya cuma memainkan peranan dalam mengekang Covid-19,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad, berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk Menteri Besar,” katanya
freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar
-June 7, 2021 10:15 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/walau-dikecam-warganet-wanita-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Sanusi Didakwa Pandu Uji Kereta Kertas Siasatan Ke Bukit Aman

Kes Sanusi Didakwa Pandu Uji Kereta Kertas Siasatan Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 213 hits
Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di Bukit Mertajam baru baru ini dirujuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman un...
Saya Tak Pandu Hanya Duduk Saja Sanusi Nafi Dakwaan Pandu Uji

Saya Tak Pandu Hanya Duduk Saja Sanusi Nafi Dakwaan Pandu Uji

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 376 hits
PETALING JAYA Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak memandu uji kereta di Juru Auto City Bukit Mertajam Sabtu lalu dan bersedia memaafkan wanita yang membuat dakwaan berhubung isu itu Saya tidak memandu kereta itu han...
Polis Siasat Dakwaan Mb Kedah Test Drive Kereta Ketika Pkp Penuh

Polis Siasat Dakwaan Mb Kedah Test Drive Kereta Ketika Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 473 hits
JURU Polis membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan pandu uji kereta baharu di Juru Autocity di sini semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berk...
Perkongsian Profesor Muhaya Tentang Tips Jodoh Untuk Wanita Ini Bikin Warganet Naik Angin

Perkongsian Profesor Muhaya Tentang Tips Jodoh Untuk Wanita Ini Bikin Warganet Naik Angin

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 371 hits
Pakar bedah mata Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas mengupas topik tentang wanita yang lambat bertemu jodoh Menerusi video tular itu Prof Muhaya menjelaskan bahawa seseorang wanita tidak seh...
Pertahan Bodoh Bodoh Sikit Prof Dr Muhaya Ada Warganet Didakwa Salah Tafsir Maksud Kiasan

Pertahan Bodoh Bodoh Sikit Prof Dr Muhaya Ada Warganet Didakwa Salah Tafsir Maksud Kiasan

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 236 hits
PAKAR motivasi terkenal Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad menjadi perbualan hangat dan mendapat kecaman hebat daripada warganet apabila memuat naik sebuah video di laman media sosialnya berkaitan jodoh namun ada juga netizen yang mempertahankan ...
Lelaki Didenda Dilarang Memandu Kerana Langgar Wanita Di Tempat Letak Kereta Hdb

Lelaki Didenda Dilarang Memandu Kerana Langgar Wanita Di Tempat Letak Kereta Hdb

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 304 hits
SINGAPURA Seorang pemandu gagal mengawasi keadaan di sebuah tempat meletak kereta HDB dan tergesel seorang wanita sehingga menyebabkannya jatuh Wanita itu mengalami kecederaan tulang belakang dan lututnya terseliuh Iklaan Baskar Sambantham ...
Jawab Dakwaan Naik Kereta Lebih 3 Orang Peminat Simpati Neelofa Asyik Dikritik

Jawab Dakwaan Naik Kereta Lebih 3 Orang Peminat Simpati Neelofa Asyik Dikritik

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 423 hits
Satu demi satu kontroversi terpalit selebriti popular Neelofa Belum reda isu Nilai 3 Neelofa didakwa menaiki satu kenderaan melebihi 3 orang sekaligus melanggar Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Tampil menjelaskan dak
Angkara Baki Rm3 Gadis Ini Dikecam Berjemaah Oleh Warganet

Angkara Baki Rm3 Gadis Ini Dikecam Berjemaah Oleh Warganet

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh Tangkap layar status yang dimuat naik seorang gadis yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet BUKAN semua perkara yang kita luahkan dalam media sosial itu akan menerima sambutan seperti kita harapkan dan kadang kala...
Wanita Yang Dedah Mb Dan Dikecam Boleh Ambil Tindakan Undang Undang Diatas Pendedhan Keluarganya

Wanita Yang Dedah Mb Dan Dikecam Boleh Ambil Tindakan Undang Undang Diatas Pendedhan Keluarganya

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 242 hits
Walau dikecam warganet wanita pertahan dakwaan MB Kedah sertai pandu uji kereta June 7 2021 Tangkap layar pengguna Facebook berkongsi catatan Nini Siron suami dan anaknya termasuk catatan lama wanita itu cuba menjual Perodua Kelisanya tahun...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Kemenangan Nurul Izzah Dan Implikasi Politik Dalaman Pkr

Siapa Hidup Dengan Suami Npd Dia Akan Tahu Siti Jamumall Tekad Mulakan Hidup Baru

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia

Rafizi S Star Wanes But At Least He Won The Hearts Of Netizens

Program Cuti Sekolah 2025 Esq For Kids

Percubaan Menanam Pokok Bunga Rain Lily

Petua Awet Muda Versi Aku