Saya Tak Pandu Hanya Duduk Saja Sanusi Nafi Dakwaan Pandu Uji


 

PETALING JAYA: Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak memandu uji kereta di Juru Auto City, Bukit Mertajam, Sabtu lalu dan bersedia memaafkan wanita yang membuat dakwaan berhubung isu itu.
“Saya tidak memandu kereta itu (tetapi) hanya duduk di dalam kereta di sebelah jurujual manakala pengawal peribadi saya duduk di belakang.
“Bagaimanapun, saya serahkan kepada polis untuk membuat siasatan sama ada kejadian petang itu ada kaitan dengan pelanggaran SOP PKP 3.0.
“Saya tak kata saya tak salah, tetapi seandainya ia satu pelanggaran SOP, saya minta maaf kerana ia berlaku secara kebetulan,” portal Harakahdaily milik PAS memetik Sanusi sebagai berkata.
Sanusi juga berkata beliau memaafkan “makcik” yang mendakwa beliau melanggar SOP dengan memandu uji kenderaan di Juru Auto City pada Sabtu lalu, tanpa mengira niat wanita itu.
“Saya sedia memaafkan makcik itu. Kalau niat dia buruk pun saya maafkan. Kalau dia berniat baik saya puji sikapnya.
“Malah saya juga memaafkan semua yang pernah memaki hamun saya tidak kiralah kes apa-apa pun,” tambah beliau.
Sanusi berkata pihak yang mengambil gambarnya berhubung kejadian itu sepatutnya memastikan fakta sebelum membuat dakwaan.
“Orang yang ambil gambar itu pun mungkin niat baik nak tunjuk pemimpin langgar SOP. Cuma dia tak pun tanya saya dulu ‘mai’ (pergi) situ buat apa. Mungkin dia fikir saya rentas negeri kerana nak beli kereta,” jelasnya.
Menurutnya, sekiranya perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan, beliau sedia membayar kompaun semua yang terlibat termasuk juru jual kenderaan berkenaan.
Sanusi berharap warganet tidak menyalahkan jurujual kereta terbabit kerana melayannya dengan baik ketika singgah di ruang pameran kenderaan tersebut.
Sabtu lalu, suri rumah Nini Siron, 36, memuat naik gambar seorang lelaki menyerupai Sanusi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk di pandu uji bersama tiga orang lain, termasuk juru jual kereta.
Sebarang pandu uji kenderan dilarang bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang berkuat kuasa sekarang.
Nini kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu pada hari sama.
Menurut laporan, polis telah mengambil keterangan beberapa individu dan dijadualkan mengambil kenyataan Sanusi petang tadi.
Susulan membuat laporan polis itu, Nini diserang dalam talian, dengan gambar keluarga dan anaknya disebarkan secara meluas di media sosial yang mengecam tindakannya itu.
Sanusi turut menasihatkan Nini menggunakan gajet yang dimilikinya bagi kerja-kerja kebaikan.
“Kalau dia perlu gajet yang baik untuk dapatkan gambar lebih jelas, saya bersedia hadiahkan untuknya gajet baharu.
“Tetapi ambil gambar yang baik-baik dan sebar untuk tujuan kebaikan,” tambahnya yang juga Adun Jeneri.
Beliau turut menasihatkan warganet menghentikan budaya memburukkan orang lain di media sosial. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/saya-tak-pandu-hanya-duduk-saja-sanusi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Dikecam Warganet Wanita Pertahan Dakwaan Mb Kedah Sertai Pandu Uji Kereta

Walau Dikecam Warganet Wanita Pertahan Dakwaan Mb Kedah Sertai Pandu Uji Kereta

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 406 hits
Tangkap layar pengguna Facebook berkongsi catatan Nini Siron suami dan anaknya termasuk catatan lama wanita itu cuba menjual Perodua Kelisanya tahun lalu GEORGE TOWN Seorang wanita yang merakam gambar dan video individu didakwa Menteri Besa...
Kes Sanusi Didakwa Pandu Uji Kereta Kertas Siasatan Ke Bukit Aman

Kes Sanusi Didakwa Pandu Uji Kereta Kertas Siasatan Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 233 hits
Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di Bukit Mertajam baru baru ini dirujuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman un...
Pemilik Pusat Peranginan Nafi Dakwaan Ngo Bina Premisnya Tanpa Kebenaran Yang Sah

Pemilik Pusat Peranginan Nafi Dakwaan Ngo Bina Premisnya Tanpa Kebenaran Yang Sah

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 174 hits
KUANTAN Pemilik pusat peranginan di sebuah daerah di negeri ini yang didakwa dibina atas tanah kerajaan tanpa kebenaran sah menafikan dakwaan itu Pengarah urusannya Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata operasi pusat peranginan di dae...
T21e27 Upm Nafi Dakwaan Tular Kucing Pembawa Virus Covid 19

T21e27 Upm Nafi Dakwaan Tular Kucing Pembawa Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM Penyelidik Universiti Putra Malaysia menafikan dakwaan tular bahawa kucing membawa kepada penularan Covid 19 terhadap manusia Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM Profesor Dr Abdul Rahman Omar berkata mesej yang tular mengatakan ...
Bukan Pm Saja Kelam Kabut Mamat Kj Ni Juga Celaru

Bukan Pm Saja Kelam Kabut Mamat Kj Ni Juga Celaru

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 153 hits
AstraZeneca tidak lagi ditawar secara sukarela akan kembali ke PICKAstro AwaniMei 27 2021 02 30 MYTKHAIRY Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan bulan yang akan datang tidak lagi akan di...
Sanusi Perli Din Ker Ni Hahahahaha

Sanusi Perli Din Ker Ni Hahahahaha

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 221 hits
Geng sendiri pun dia bantai dari jauh Dalam sungguh kecaman mu https twitter com 501Awani status 1401838719007481856 s 19
Jangan Percaya Pak Lebai Teori Saja Lebih Tapi Hampas

Jangan Percaya Pak Lebai Teori Saja Lebih Tapi Hampas

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 806 hits
Pemuda ini persoal mana teori Tuan Ibrahim minoriti kawal majoriti untuk Islam May 28 2021 Ust Tuan Ibrahim kata dulu2 Pas akan guna teori minoriti kawal majoriti untuk Islam Kalau tak laksana Islam kami tarik sokongan mafhumnya Tu dulu2 Za...
Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Drama Rumah Tanpa Luka

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States