Walau Bukan Mp Khaled Nordin Juga Perlu Melepaskan Jawatan Dalam Glc




 Bersama tegangnya hubungan dengan Bersatu ketika ini, tuntutan paling banyak kedengaran ialah agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO segera melepaskan semua jawatan masing-masing dalam kerajaan.
Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC diminta tidak berlengah lagi melepaskan jawatan masing-masing, sesuai dengan usul majoriti UMNO bahagian-bahagian yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu serta menolak kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.
Setakat meluluskan usul tapi tidak disusuli dengan menarik sokongan serta melepaskan semua jawatan dalam kerajaan yang dilantik oleh Muhyiddin, semuanya tidak bermakna apa-apa.
Malah, ia hanya memperlihatkan mereka sebagai pemimpin yang lebih sayangkan jawatan daripada perjuangan.
Dalam hubungan ini, ada laporan menyebut bahawa dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian pagi tadi, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memang ada membangkitkan soal keperluan berundur daripada kerajaan itu.
Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan sambil enggan mengesahkan laporan tersebut berkata, sebarang keputusan dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Bahagian hari ini akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat MT UMNO esok.


“Itu hanya laporan, apa-apa yang kita bincang tadi kita akan bawa ke MT.
“Jadi, keputusan muktamad, apa juga yang dibincangkan adalah pada mesyuarat MT esok malam,” katanya lagi yang baru diumumkan sebagai Setiausaha Agung BN menggantikan Annuar Musa.
Makna kata, jika MT UMNO esok memutuskan semua Ahli Parlimen perlu meletak jawatan kerajaan masing-masing, mereka tiada pilihan selain harus berbuat demikian.
Itu adalah dalam konteks untuk UMNO menjatuhkan kerajaan PN dan memungkinkan PRU diadakan dengan segera, selari dengan usul-usul yang telah diluluskan.
Tetapi, atas nama UMNO itu sendiri yang enggan bekerjasama dengan Bersatu dan menolak PN, sewajarnya semua pemimpin, tak kira kecil atau besar, menjadi Ahli Parlimen atau tidak, mereka juga wajib melepaskan jawatan masing-masing dalam kerajaan sekarang.
Apa saja jawatan yang diterima melalui kerjasama politik UMNO dalam kerajaan PN mesti dipulangkan semula
Contoh pemimpin UMNO yang bukan Ahli Parlimen tetapi diberikan jawatan dalam GLC ialah Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin.
Atas kapasitinya sebagai Naib Presiden UMNO, setelah PN menjadi kerajaan, bekas Menteri Besar Johor itu telah dilantik sebagai Pengerusi Boustead Holding Bhd, sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau LTAT.
Oleh kerana Khaled sendiri agak lantang mengkritik kerajaan PN dan keras dengan pendirian menolak kerjasama UMNO dengan Bersatu, sebagai tanda sehati sejiwanya dengan keputusan parti, beliau tidak ada sebab lagi untuk terus memegang jawatan tersebut.
Adalah amat janggal sebenarnya, sebagai pemimpin dalam hireaki nombor tiga UMNO, sementara lantang mengkritik Bersatu dan PN, beliau didapati masih tidak segan-segan memegang jawatan bergaji lumayan dalam syarikat senaraian awam itu.
Sebaik-baiknya, malah beliau pasti akan lebih dihormati oleh akar umbi UMNO yang tidak mendapat apa-apa nikmat kebendaan sejak kerajaan PN terbentuk, kiranya sebelum mesyuarat MT malam esok, surat perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead itu sudah pun siap ditandatanganinya. 
(Shahbudindotcom 05/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/walau-bukan-mp-khaled-nordin-juga-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Sedia Melepaskan Jawatan Menteri Jika Di Arahkan Oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno

Khairy Sedia Melepaskan Jawatan Menteri Jika Di Arahkan Oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 302 hits
PUTRAJAYA Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatannya dalam Kabinet jika diarahkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Katanya beliau terikat kepada sebarang keputusan MKT UMNO yang akan bermesyuarat esok untuk...
Umno Pas Cooperation Bad For Umno S Image Says Khaled Nordin

Umno Pas Cooperation Bad For Umno S Image Says Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 331 hits
Umno perceived as ultra Malay and Islamic party after pact with PAS says Khaled Cooperating with PAS may have led to the fall of Pakatan Harapan and brought Umno back to power But this has also resulted in the growing perception that it is ...
Jazlan Undur Dari Jawatan K Jaan Jika Parlimen Tak Bubar Bulan Ini

Jazlan Undur Dari Jawatan K Jaan Jika Parlimen Tak Bubar Bulan Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 251 hits
Malaysiakini Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob memberi kata dua kepada kerajaan PN agar segera membubarkan parlimen atau dia akan melepaskan jawatan dalam kerajaan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia itu menegaskan suara akar ...
Jazlan Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia

Jazlan Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 376 hits
Malaysiakini Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Pengumuman itu sehari selepas dia memberi kata dua kepada kerajaan PN agar segera membubarkan Parlimen...
Presiden Umno Arah Mp Letak Semua Jawatan Dalam Kerajaan

Presiden Umno Arah Mp Letak Semua Jawatan Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 320 hits
Hamdan TahaPresiden umno dah minta mp mereka letak jawatan dlm jawatan kerajaanIni membuka ruang baru pemilihan perdana menteri baru Kita tunggu
Gempar Khairy Akan Letak Jawatan Menteri Kerajaan Pn

Gempar Khairy Akan Letak Jawatan Menteri Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 293 hits
Bob KelanangMenteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatannya dalam Kabinet jika diarahkan UMNO Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata sebagai ahli organisasi terbabit beliau terik...
Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 272 hits
January 5 2021 PENGANALISIS meramalkan PAS akan meneruskan hubungannya dengan Bersatu dan meninggalkan Umno kerana dapat mengelak konflik besar rundingan kerusi dalam Perikatan Nasional berbanding rundingan dengan Umno Tidak seperti Umno PA...
Panas Ketua Umno Kelantan Letak Jawatan Pengerusi Mpob

Panas Ketua Umno Kelantan Letak Jawatan Pengerusi Mpob

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 315 hits
January 4 2021 Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Pengumuman itu sehari selepas dia kepada kerajaan PN agar segera membubarkan Parlimen atau dia akan ...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Buggy Kenderaan Elektrik

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Naik Taraf Dataran Kejat Mukim Lata Rek

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 158

Perfume Kereta Gel Blank X Syahmisazli Original Pewangi Kereta Viral 100 Original

Sebarkan Mengenai Lane Hogger

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Beli Monitor Refurbished Untuk Pc