Walau Ada Kenyataan Menyinggung Tapi Ph Tetap Kukuh Anwar



Pakatan Harapan masih kukuh walaupun ada perselisihan mengenai calon perdana menteri gabungan itu, kata Pengerusinya Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar yang juga presiden PKR mengakui ada perasaan yang tersinggung dan terluka akibat perselisihan pendapat itu.

"Sekarang dalam media sosial serang menyerang. Tidak adil ya.

"Ini mungkin kerana kenyataan (Anthony) Loke dan Khalid (Abdul Samad) sedikit sebanyak keras dan menyinggung dan melukakan.

"Tapi tak apa lah. Itu perkara kecil," kata Anwar pada siaran langsung video di Facebook malam ini.

Pada Jumaat, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Anwar gagal mendapatkan sokongan daripada GPS untuk merebut kembali Putrajaya.
Mereka juga tertanya-tanya dengan penolakan PKR untuk menyokong Mahathir sebagai calon perdana menteri, dengan mendakwa parti itu telah menyetujuinya ketika mesyuarat PH pada 30 Mei.

Anwar pada malam ini berkata sokongan DAP dan Amanah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, cuma satu jalan yang lebih panjang dalam usaha untuk menyokong presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

Menurut Anwar lagi, Amanah dan DAP tidak pernah terpesong daripada matlamat tersebut.

"PH itu masih kukuh. PKR, DAP, Amanah, tidak ada sedikit pun suara yang mahu melemahkan PH.

"Kita telah harungi, bukan baru dari zaman PR, sekarang PH, dan oleh demikian agenda kita jelas," katanya.

Bukan semata-mata nak rebut PM, jatuh PN

Menurut Anwar, PH bukanlah sebuah pakatan yang dibentuk hanya untuk memenuhi keperluan semasa seperti berebut untuk jawatan perdana menteri, atau semata-mata untuk menjatuhkan PN.

Sebaliknya, jelas beliau, PH adalah gabungan politik yang berdasarkan agenda reformasi dan untuk memperbaiki ekonomi rakyat.

"Ini bukan pakatan yang digabung hanya untuk memenuhi keperluan semasa.

"Hendak rebut jawatan perdana menteri sekarang atau hendak jatuhkan PN. Tidak," katanya lagi.

Anwar berkata sekarang sudah tidak ada lagi pengkhianat di dalam PH dan perselisihan pendapat antara PKR dengan DAP dan Amanah tidak bermaksud yang kedua parti itu telah melupakan jalinan persahabatan mereka.

"Ini bukannya bermakna mereka sudah lupa jasa dan khidmat (PKR). Tidak benar," jelas beliau lagi.
Terdahulu, Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mempersoalkan kesetiaan Amanah dan DAP terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Ini apabila dua parti gabungan PH itu menyokong Mahathir sebagai calon perdana menteri bagi kali ketiga selama enam bulan, dengan Anwar sebagai timbalannya.

"DAP dan Amanah patut menyatakan pendirian mereka di belakang individu yang membawa mereka bersama.

"Inikah cara kamu membalas budi Anwar atas persahabtan yang terbina lebih 20 tahun lalu," soal Farhash.

Bagaimanapun, DAP dan Amanah menyokong Mahathir menjadi perdana menteri bagi kali ketiga selama enam bulan, dengan Anwar sebagai timbalannya.

Sekutu Mahathir berpendapat beliau lebih disenangi oleh blok ahli parlimen dari Malaysia Timur, yang berperanan dalam pembentukan majoriti gabungan politik mana pun.

Bagaimanapun, PKR enggan menerima unjuran ini.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/walau-ada-kenyataan-menyinggung-tapi-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejayaan Ph Sekarang Bergantung Kepada Persepakatan Kukuh Tun M Dan Anwar

Kejayaan Ph Sekarang Bergantung Kepada Persepakatan Kukuh Tun M Dan Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 353 hits
Sudah tiba masanya untuk saya terbitkan tulisan ini Saya yakin semua orang tahu dan sedar tentang pergelutan dalaman Pakatan Harapan berkaitan janji peralihan kuasa Ia telah menjadi bualan terbuka dan sekali gus ia telah merosakkan imej PH ...
Kenyataan Najib Wayang Anwar Anak Kroni Mahathir

Kenyataan Najib Wayang Anwar Anak Kroni Mahathir

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 393 hits
Dalam era internet ini kita musykhil apabila Dr Mahathir masih mahu menafikan kroni kroni dan anak anak beliau mendapat sebarang kontrak kerajaan semasa beliau menjadi PM Hanya dengan google search saja kita boleh baca berita kompilasi dan ...
Kami Konsisten Sokong Anwar Tapi Perlu Peralihan Kuasa 6 Bulan

Kami Konsisten Sokong Anwar Tapi Perlu Peralihan Kuasa 6 Bulan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 282 hits
DAP dan Amanah berkata pihak mereka konsisten menyokong Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Bagaimanapun kedua dua parti tersebut turut mengulangi bahawa mereka percaya dengan senario politik semasa satu satunya ...
Akhirnya Anwar Terpaksa Berkorban Lagi Demi Pakatan Harapan

Akhirnya Anwar Terpaksa Berkorban Lagi Demi Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 400 hits
Sebelum ini Anwar telah selamatkan PH dari berpecah dengan memberikan persetujuan kepada Tun M untuk menjadi PM selepas APEC tanpa tarikh terpulang kepada Tun M sampai bila dia mahu duduk mereput di Kerusi PM Adakah kali ini sekali lagi Anw...
Apa Bezanya Serah Jawatan Enam Bulan Akan Datang Dengan Menyokong Anwar Jadi Pm Sekarang

Apa Bezanya Serah Jawatan Enam Bulan Akan Datang Dengan Menyokong Anwar Jadi Pm Sekarang

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 319 hits
Bagi pendokong dan pentaksub Tun Mahathir Mohamad termasuk yang berada dalam PH hakikat mereka tetap mahukan Pengerusi Bersatu yang telah terpecat itu dijadikan Perdana Menteri sekali lagi nyata bukan suatu ilusi semata mata Kenyataan Setia...
Anwar Pm Ke 9 Tahniah Mb Negeri Sembilan Mb Pertama Nyatakan Sokongan

Anwar Pm Ke 9 Tahniah Mb Negeri Sembilan Mb Pertama Nyatakan Sokongan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 424 hits
Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada MB Negeri Sembilan YAB Dato Seri Haji Aminuddin bin Harun atau lebih dikenali di kalangan penduduk Negeri Sembilan sebagai Tok Min kerana menjad MB perama yang menyatakan sokongan padu kepada Dato Seri...
Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day