Waktu Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa
  
Pada dasarnya semua masa adalah baik untuk 
melakukan ibadat kerana dalam Islam tidak ada waktu yang buruk atau 
waktu sial bagi mengerjakan atau memulakan sesuatu pekerjaan, yang ada 
dalam Islam ialah masa yang lebih baik untuk beribadat. Demikian juga 
ada masa-masa yang lebih baik dari masa-masa yang lain untuk berdoa di 
antara masa tersebut ialah : 
a. Waktu Malam
Waktu
 malam adalah waktu yang paling baik untuk beribadat kerana waktu 
tersebut sunyi sama sekali. Semua makhluk tidur setelah penat bekerja 
keras di siang hari. Bagi mereka yang insaf dan sedar, mereka tidak 
melepaskan peluang di waktu malam dengan beribadat dan berdoa. 
Allah
 s.w.t memperkenankan doa hambanya pada waktu malam dan para malaikat 
turun ke dunia untuk menyampaikan rahmat Allah s.w.t kepada semua 
makhluk pada waktu malam. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w kita di Israk dan
 Mikraj pada waktu malam, oleh itu memang selayaknya kita gunakan waktu 
malam untuk berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya
 di waktu malam ada satu masa yang apabila seorang muslim meminta 
kebaikan kepada Allah tepat pada waktu itu, nescaya Allah memberinya". ( tafsir Yasin, Hammamy) 
Waktu-waktu yang paling baik untuk berdoa pada malam hari ada empat waktu iaitu :
1.Waktu tengah malam, iaitu apabila sudah lebih separuh malam (mulai pukul 1.00 malam).
2.Waktu bahagian kedua daripada sepertiga akhir malam.
3.Waktu sepertiga daripada sepertiga akhir malam.
4.Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.Jelas
 di sini waktu separuh malam sehingga terbit fajar adalah merupakan 
waktu yang berkat, waktu yang baik untuk memajukan permohonan. 
 
b. Waktu pagi - dikala matahari sedang naik (waktu dhuha)
c. Waktu petang - selepas sembahyang Asar
d. Pada hari Jumaat
Hari
 yang paling baik diantara hari-hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. 
Ia merupakan saat-saat dikabulkan doa. Abu Huraurah meriwayatkan apabila
 Rasulullah s.a.w menceritakan tentang keutamaan hari Jumaat beliau 
bersabda : " Pada hari itu ada suatu 
saat, tiada seorang muslim yang sedang sembahyang bertepatan dengan saat
 itu, kemudian memohon kepada Allah melainkan dapat dipastikan Allah 
dapat memberinya". 
Imam
 Muslim meriwayatkan dari hadith Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari bahawa 
saat yang paling mustajab pada hari Jumaat ialah saat diantara duduknya 
imam di atas mimbar hingga selesai sembahyang Jumaat". 
e. Bulan Ramadhan 
Bulan
 Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan dari awal 
Ramadhan hingga ke akhirnya. Sabda Allah s.w.t yang bemaksud, " Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu langit". ( riwayat, Mutafaq Alaih) 
Pintu
 langit terbuka maksudnya Allah s.w.t mencurah-curahkan rahmat kepada 
hamba-hambanya yang memohon, berdoa dan beribadat kepadanya. 
Diantara
 kemustajaban bulan Ramadhan terdapat satu saat yang paling mustajab 
iaitu di saat turunya Al-Qadr. Allah akan memakbulkan setiap permohonan 
hambanya di saat tersebut dan barang siapa beribadat pada malam Lailatul
 Qadar sama seperti beribadat seribu bulan.
f. Malam Nisfu Sya'aban
Iaitu
 pada malam 15 hari bulan Syaaban di mana pada malam tersebut Allah 
s.w.t menukar buku catatan amalan setiap hari dari yang lama kepada yang
 baru, sudah selayaknyalah digunakan malam tersebut untuk berdoa dan 
memohon ampun dari Allah s.w.t. 
g. Malam Dua Hari Raya 
Iaitu malam hari raya Aidil Fitri dan raya Aidil Adha. 
Pada malam tersebut selain memperbanyakkan takbir digalakkan juga berdoa. 
h. Bulan Rejab 
Iaitu malam pertama bulan Rejab di mana malam tersebut sangat mustajab untuk berdoa. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Ada
 lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu : malam pertama 
daripada bulan Rejab, malam Nisfu Sya'aban, malam Jumaat dan dua hari 
raya". 
i. Ketika Sembahyang dan Selepasnya
Dalam
 sembahyang banyak lafaz doa, oleh itu perelokkan sembahyang, 
mudah-mudahan Allah memakbulkan permintaan dan permohonan ketika dalam 
sembahyang. 
j. Selepas Membaca Al-Quran terutama selepas khatam Al-Quran
k. Majlis Zikir atau Tahlil, selepas berzikir digalakkan berdoa kerana masa tersebut penuh dengan rahmat Allah
l. Selepas mengangkat air sembahyang
m. Selepas azan sembahyang
n. Selepas Iqamah
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud " Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamah". para sahabat bertanya " Apakah yang harus kami baca ya Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w menjawab " Mintalah kepada Allah s.w.t kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat".  
Aamiin!
Sumber di SINI 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://adanzzhanzz.blogspot.com/2013/03/waktu-waktu-yang-mustajab-untuk-berdoa.html