Waktu Pdp Pendidikan Islam Tidak Cukup Kenapa Perlu Dikurangkan Lagi


Imej via http://skkubangkerian1.blogspot.comKUALA LUMPUR 24 Dis. - Dengan hanya mengambil masa tiga jam seminggu waktu pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan, cadangan untuk mengurangkan tempoh pembelajaran mata pelajaran itu hanya akan merugikan anak-anak Melayu Islam.

Menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan, pengurangan masa itu tidak relevan tempoh pembelajaran Pendidikan Islam ketika ini tidak mencukupi untuk membina keperibadian jati diri murid.

“Cadangan untuk mengurangkan masa mata pelajaran ini dilihat sebagai langkah mundur ke belakang dan mampu menjejaskan kualiti penghayatan agama secara lebih mendalam kepada anak-anak Melayu Islam.

“Sebaliknya kurikulum Pendidikan Islam sedia ada perlu diperkasakan di peringkat lebih awal dengan menekankan aspek amali berbanding teori. Mata pelajaran ini perlu diberi keutamaan kerana generasi hari ini terdedah dengan pelbagai masalah disiplin dan kelunturan akhlak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizee berkata, penekanan pengajaran Pendidikan Islam sudah termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1952 yang menggariskan hak murid yang beragama Islam untuk mendapatkan pelajaran agama.

Katanya, perkara itu turut diperkukuhkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang mewajibkan setiap sekolah yang mempunyai bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang wajib diajar pelajaran agama.
Sepatutnya Ditambah

Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah sepatutnya ditambah kerana disifatkan terlalu sedikit ketika ini berbanding subjek lain.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, peruntukan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan ketika ini hanya 96 jam minimum setahun dan tambahan 32 waktu untuk tasmik.


Ujarnya, bagi sekolah menengah kebangsaan pula, peruntukan bagi mata pelajaran itu hanya 128 jam setahun.


Tegas beliau, waktu yang diperuntukan itu amat kurang berbanding keperluan kepada pelajar hari ini sekali gus tidak wajar untuk dikurangkan.


“Tidak sedarkah hari ini permasalahan sosial, keruntuhan akhlak, kebobrokan rumah tangga dan kecelaruan diri dalam kalangan pelajar Islam semakin meruncing.

“Ini ditambah dengan cabaran zaman modenisasi dan teknologi maklumat tanpa sempadan yang mana agama adalah perisai besar untuk menangani masalah ini. 


“Persoalannya, apakah akan terjadi sekiranya waktu pembelajaran Pendidikan Islam mahu dikurangkan?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd. Norhiesam berkata, cadangan mengurangkan waktu mata pelajaran Pendidikan Islam juga tidak selari dengan hakikat yang mana ramai pelajar Melayu tidak boleh membaca al-Quran meskipun ketika memasuki sekolah menengah.

“Sepatutnya Pendidikan Islam diperkasa, bukannya dianggap hanya mata pelajaran, kerana inilah subjek yang menjadi keperluan kepada pelajar Islam dan lebih berguna berbanding dengan subjek sebagai ilmu fardu ain,” katanya. - UTUSAN ONLINE



loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/12/waktu-pdp-pendidikan-islam-tidak-cukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendidikan Islam Syarat Wajib Lulus

Pendidikan Islam Syarat Wajib Lulus

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 293 hits
NASRUDIN HASSANEKORAN kenyataan YAB Perdana Menteri tempoh hari Parti Islam Se Malaysia meminta pihak kerajaan untuk merombak kurikulum sekolah dengan menekankan konsep integrasi ilmu iaitu merujuk kepada kesepaduan antara ilmu wahyu dan il...
Semak Semula Kurikulum Sekolah Belajar Agama Islam Mungkin Cukup Sekali Seminggu Dr Mahathir

Semak Semula Kurikulum Sekolah Belajar Agama Islam Mungkin Cukup Sekali Seminggu Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi menimba ilmu pengetahuan Saya ingin mengingatkan setiap orang Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang En...
Lgbt Bebas Masuk Tv Penceramah Islam Ditapis Ikut Nafsu Menteri

Lgbt Bebas Masuk Tv Penceramah Islam Ditapis Ikut Nafsu Menteri

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 375 hits
Aktivtis trangender diberikan ruang siaran TV untuk menyebarkan budaya hidup LGBT mereka Manakala ramai penceramah bebas yang berlainan aliran dengan menteri agama mula diberikan tekanan untuk tidak bersiaran di TV Tafsiran pesong rahmatan ...
Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 370 hits
McDonald s Malaysia di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100 dimiliki oleh umat Islam Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus ...
Hukum Tentang Rambut Dalam Islam Fesyen Qaza Cabut Uban Warnakan Potong Sendiri

Hukum Tentang Rambut Dalam Islam Fesyen Qaza Cabut Uban Warnakan Potong Sendiri

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1752 hits
Hukum Tentang Rambut dalam Islam Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pagi tadi pak sedara saya Pakchu yang juga seorang Ustaz dan pengetua sekolah tahfiz ada beri sedikit tazkirah mengenai hukum tentang RAMBUT Yeahh our hair Haa ing...
Standard China Komunis Melayan Orang Islam Sangat Jauh Bezanya Dengan Melayu Layan Bangsa Cina Di Malaysia 8903

Standard China Komunis Melayan Orang Islam Sangat Jauh Bezanya Dengan Melayu Layan Bangsa Cina Di Malaysia 8903

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 749 hits
Allah sentiasa mengingatkan hamba hamba Nya untuk kembali kepada Nya Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui semua yang terjadi di alam ini Allah memiliki hikmah dari semua kejadian baik dan buruk Allah tampakkan tanda tanda kekuasaan Nya ...
Aku Masuk Islam Karena Tuhannya Tak Kelihatan

Aku Masuk Islam Karena Tuhannya Tak Kelihatan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 334 hits
Selama 36 tahun ia menjadi seorang penginjil Lahir dengan nama Hanny Kristianto Sejak kecil ia dididik di Yayasan Marturia Indonesia sebuah yayasan Kristen interdenominasi dan nonprofit yang memiliki visi untuk melayani Indonesia dalam bida...
Ma Ruf Pesan Ke Warga Banten Jangan Balas Fitnah Jokowi Anti Islam Anak Pki

Ma Ruf Pesan Ke Warga Banten Jangan Balas Fitnah Jokowi Anti Islam Anak Pki

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 217 hits
Sekretaris Jenderal PDI Perjuangan Hasto Kristiyanto menyampaikan pesan cawapres Kiai Ma ruf Amin kepada masyarakat Banten dalam safari kebangsaan di Kabupaten Lebak Kamis Pesan tersebut terkait serangan hoaks dan fitnah Terutama fitnah Jok...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan