Waktu Imsak Masih Boleh Sahur Atau Tidak Ini Jawapannya


Waktu Imsak Masih Boleh Sahur Atau Tidak? Ini Jawapannya : Setiap kali datangnya bulan Ramadhan pastinya ada antara kita terbabas tidur. Mahu tak mahu ada di antara kita tak sempat nak bersahur. 

Kadangkala kita terpaksa menggunakan waktu imsak untuk bersahur. 

Waktu Imsak adalah 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh. 

Rata-rata ada di antara kita yang masih kurang pasti dengan waktu imsak ini. Dah pastinya ramai masih tertanya-tanya, Adakah Waktu Imsak Dibolehkan Makan dan Minum ataupun bersahur. 

Mengulas isu tersebut, jawapan yang dikongsi oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah membantu untuk mendapatkan jawapan. 



Soalan:Umum mengetahui bahawa waktu imsak masuk 10 minit sebelum waktu subuh. Adakah dengan masuknya waktu imsak tersebut maka kita tidak lagi boleh untuk makan dan minum kerana telah bermulanya puasa?
Jawapan:Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.Diantara perkara-perkara sunat di dalam berpuasa adalah dengan mengakhirkan bersahur. Mengakhirkan di sini bermakna melewatkan proses bersahur tersebut. Seperti yang kita maklum, di Malaysia, masuknya waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh. Terkadang timbulnya persoalan dan kekeliruan adakah waktu imsak itu waktu bermulanya puasa. Untuk membincangkan isu ini mari sama-sama kita renungi firman Allah SWT ini:وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِۚMaksudnya: dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)(Al-Baqarah: 187)
Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah di dalam tafsirnya menyebutkan bahawa ayat di atas memberi kebenaran untuk makan dan minum sehingga ternampaknya cahaya subuh (fajar sadiq) dari kegelapan malam.[1]Terdapat beberapa hadith yang lain menceritakan tentang sifat sahur Nabi ﷺ serta arahan Baginda ketika bersahur, antaranya:تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟  قَالَ: قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً.Maksudnya: Kami telah bersahur  bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat (solat sunat). Aku telah berkata (iaitu Anas bin Malik RA bertanyakan kepada Zaid bin Thabit RA): “Berapakah kiranya (masa) di antara azan dan sahur itu?”. Jawab Zaid bin Thabit RA: “Sekadar bacaan 50 ayat (al-Quran)”.Riwayat Al-Bukhari (1921) & Al-Tirmizi (703)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di mengatakan kadar bacaan 50 ayat tersebut adalah kadar bacaan sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu lambat. Begitu juga dengan kadar panjang ayat yang sederhana. Tidaklah ayat yang penjang, tidak juga ayat yang  terlalu pendek.[2]
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda:إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍMaksudnya: Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Umm Maktum”.Riwayat al-Bukhari (620)
Ketika zaman Rasulullah ﷺ , azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali. Sekali sebelum masuknya waktu subuh untuk memberikan peringatan manakala azan yang kedua bermaksud telah masuknya waktu subuh. Berdasarkan hadith di atas, Bilal RA azan pada waktu malam menunjukkan bahawa beliau melaungkan azan yang pertama iaitu sebelum masuknya waktu subuh (diiktibarkan pada waktu malam). Maka, Rasulullah ﷺ memberikan keizinan untuk makan dan minum pada waktu tersebut (untuk bersahur). Sekiranya telah azan Ibn Umm Maktum RA untuk azan yang kedua, maka ia menunjukkan bahawa waktu subuh telah masuk dan telah bermulanya waktu berpuasa. Iktibarnya di sini adalah masuknya waktu iaitu terbitnya fajar al-sadiq dengan berkumandangnya azan.Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ menyebutkan:“Telah kami sebutkan sekiranya telah terbit fajar dan padanya (di dalam mulutnya) terdapat makanan, maka perlu dia mengeluarkan makanan tersebut dan kemudian sempurnakan puasanya. Sekiranya dia menelan apa yang ada di dalam mulutnya itu, setelah mengetahui terbitnya fajar al-sadiq, maka batallah puasanya. Dalilnya adalah hadith daripada Ibn ‘Umar dan ‘Aisyah R.Anhum yang mana Rasulullah ﷺ bersabda: إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ (hadith seperti di atas)…”.[3]
KesimpulanSetelah melihat kepada dalil serta nas yang terdapat di dalam perbahasan ini, kami katakan di sini bahawa waktu imsak (10 minit sebelum masuknya waktu subuh) bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa tersebut sehingga masuk waktu berbuka.Kami melihat bahawa waktu imsak yang selama 10 minit itu ada asasnya sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu. Kami amat bersetuju dengan waktu imsak ini dan sekiranya seseorang yang bangun lewat untuk bersahur dan masa masih berbaki untuk beliau bersahur di dalam waktu imsak, maka ianya dibolehkan dan ianya tidak pula memudharatkan puasanya pada hari tersebut. Oleh itu, kami mencadangkan agar sahur itu diselesaikan sebelum masuknya waktu iaitu sebelum azan agar tidak timbul syubhah (keraguan).Akhir kalam, suka untuk kami menyebutkan  antara hikmah mengapa disunatkan untuk melewatkan sahur itu, agar muslim khususnya lelaki dapat terus bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh yang mana jika seseorang itu mengawalkan sahurnya, boleh jadi dia akan tidur sejurus selepas bersahur dan kebarangkalian untuk dia terlepas waktu subuh amat besar. Amat tidak patut bagi seseorang muslim itu mengejar yang sunat namun meninggalkan perkara yang wajib.
Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-BakriMufti Wilayah Persekutuan20 Jun 2016 bersamaan 15 Ramadhan 1437H
[1] Tafsir al-Quran al-‘Azim (1/512)[2] Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (4/138)[3] Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (6/333)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/05/waktu-imsak-masih-boleh-sahur-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebihan Nasi Waktu Sahur Jangan Buang Buatkan Apam Nasi Gebu Ni Senangnya

Lebihan Nasi Waktu Sahur Jangan Buang Buatkan Apam Nasi Gebu Ni Senangnya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 350 hits
Ketika berpuasa ini ada waktunya lebihan nasi ketika bersahur kita buang begitu sahaja Elakkan membazir kerana lebihan nasi boleh diolah menjadi pelbagai aneka lain untuk juadah berbuka esok hari Salah satunya adalah menyediakan apam nasi a...
Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Boleh Beroperasi

Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Boleh Beroperasi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 330 hits
PUTRAJAYA Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut dibuka buat masa ini walaupun terdapat gesaan daripada ramai pihak Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan terdapat beberapa laporan di Jepun ...
Lagi Banyak Minum Waktu Sahur Lagi Banyak Ke Tandas

Lagi Banyak Minum Waktu Sahur Lagi Banyak Ke Tandas

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 687 hits
Demam malam semalam rasa pening sangat kepala dan tak larat nak solat tarawikh aduh rugi betul rasa tapi memang rasa tak larat dah semalam lepas solat Isyak Lepas Isyak je badan rasa seram sejuk dalam jam 10 dah tertidur Air pun kurang minu...
Penjawat Awam Boleh Kerja Dari Rumah Waktu Fleksi Ketika Pkpb

Penjawat Awam Boleh Kerja Dari Rumah Waktu Fleksi Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 452 hits
Ketua jabatan boleh mempertimbang dan memberi kelonggaran kepada sebahagian pegawai awam untuk menggunakan waktu kerja fleksi manakala sebahagian lagi bekerja di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula esok Ketua P...
Apa Yang Mengenyangkan Untuk Sahur Ini 5 Makanan Yang Boleh Dicuba

Apa Yang Mengenyangkan Untuk Sahur Ini 5 Makanan Yang Boleh Dicuba

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 400 hits
Pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu kita berpuasa Memetik laporan Astro Awani dilema yang sering dihadapi pastinya menu bersahur Mungkin ada yang gemar menu yang fresh iaitu masakan baharu untuk bersahur Ada juga yang gemar memana...
Ebiet G Ade Masih Ada Waktu Chord

Ebiet G Ade Masih Ada Waktu Chord

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 266 hits
D A Bm A G A DD A Bm A G A D D G Bila masih mungkin A Dkita menorehkan baktiEm F m Atas nama jiwa G Adan hati tulus ikhlasD Mumpung masih ada G A Dkesempatan buat kitaEm F m Mengumpulkan bekal G A Dperjalanan abadi D G A D Hoo hoo du du du ...
Tidur Sehabis Sahur Boleh Saja Tapi Kalau Peserta Kursus Jahit Bordir Nggak Lakukan 4 Syarat Ini Mending Jangan Deh

Tidur Sehabis Sahur Boleh Saja Tapi Kalau Peserta Kursus Jahit Bordir Nggak Lakukan 4 Syarat Ini Mending Jangan Deh

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 414 hits
Tidur Sehabis Sahur Boleh Saja Tapi Kalau Peserta Kursus Jahit Bordir Nggak Lakukan 4 Syarat Ini Mending Jangan Deh 1 Pastikan kamu memakan makanan yang nggak terlalu manis berlemak atau mengandung kafein saat sahur 2 Beri jeda minimal dua ...
Mui Tetapkan Hukum Salat Idul Fitri Di Rumah Boleh Berjamaah Atau Sendiri

Mui Tetapkan Hukum Salat Idul Fitri Di Rumah Boleh Berjamaah Atau Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 371 hits
Majelis Ulama Indonesia mengeluarkan panduan Salat Idul Fitri 2020 bertepatan dengan masa pandemi Covid 19 Ketua Komisi Fatwa MUI Hasanuddin menyarankan masyarakat melaksanakan Salat Idul Fitri di rumah masing masing baik secara mandiri mau...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp