Waktu Haram Solat



Apakah waktu haram solat?
Bagaimana pembahagian waktu solat dilakukan?
Artikel ini akan menerangkan perkara-perkara penting mengenai:
Pembahagian waktu solat Waktu diharamkan solat Waktu solat yang digalakkan, penentuan masuk waktu … dan sebagainya.
Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: 1. Pembahagian waktu solat
waktu fadhilat waktu ikhtiar waktu harus waktu hurmah (haram) waktu darurat waktu idrak waktu jawaz tapi makruh waktu uzur waktu haram solat (tahrim) 2. Waktu solat yang utama
3. Panduan menentukan masuknya waktu solat
4. Menentukan waktu ditempat asing
Pembahagian Waktu Solat Waktu-waktu solat keseluruhannya terbahagi kepada sembilan bahagian, iaitu:
1. Waktu Fadhilat Waktu ini bermaksud waktu paling utama (afdal) iaitu pada awal waktu.
2. Waktu Ikhtiar Selepas waktu fadilat hingga sekira-kira boleh menghabiskan solat dengan sempurna dalam waktunya.
3. Waktu Harus (Jawaz) Sama seperti waktu ikhtiar.
Hukumnya sama seperti hukum waktu ikhtiar melainkan:
Pada waktu asar, berkekalan hingga kuning matahari. Pada waktu Isyak, berkekalan hingga fajar saddiq. Pada waktu subuh, sehingga merah di tepi langit. 4. Waktu Hurmah (Haram) Iaitu akhir waktu yang mencemaskan sekira-kira tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya.
5. Waktu Darurat Iaitu untuk orang yang baru hilang daripada perkara yang menegah solat seperti haid, nifas, gila dan seumpanya.
Ketika itu kadar waktu solat yang ada hanyalah sekadar sempat mengangkat takbiratulihram.
Oleh itu, dia tidak sempat solat waktu itu dan solat itu wajib diqada
6. Waktu Idrak Iaitu antara awal waktu dengan datang halangan untuk solat seperti datang haid, bersalin dan sebagainya.
Apabila dalam jangka masa tersebut seseorang itu sepatutnya sempat melakukan solat tetapi dia tidak melakukannya, maka solat yang ditinggalkan itu wajib qada.
7. Waktu Harus (Jawaz), Tetapi Makruh Waktu jawaz tetapi makruh adalah seperti berikut:
Waktu asar: Bermula dari matahari kekuningan hingga berkekalan sampai waktu akhir kadar lulus solat. Waktu maghrib: Bermula setelah habis syafak (awan-awan merah di langit) hingga akhir waktu kadar lulus solat. Waktu isyak: Bermula dari fajar kazib (fajar sebelum matahari terbit) hingga ke waktu akhir kadar lulus solat. Waktu subuh: Bermula dari merah tepi langit hingga ke waktu akhir kadar lulus solat. 8. Waktu Uzur Iaitu antara zuhur dengan asar iaitu antara hujung waktu zohor dan awal waktu asar atau maghrib dengan isyak, jamak takdim atau takhir untuk orang yang musafir.
9. Waktu Haram Solat (Waktu Tahrim) Bilakah waktu tahrim?
Sesudah solat subuh Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit. Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala. Ketika matahari hampir terbenam. Sesudah solat asar. Solat yang diharamkan ini ialah solat yang tidak bersebab iaitu solat sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang terkemudian seperti solat sunat istikharah, solat sunat musafir dan solat sunat Ihram.
Manakala solat yang bersebab seperti solat qada, solat sunat wuduk, solat Tahiyyatul Masjid, solat sunat tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur tidak diharamkan.
Begitu juga apabila berada di Tanah Haram, tidak diharamkan melakukan apa jua solat dalam waktu ini.
 
Waktu Solat Yang Utama Waktu solat yang utama adalah pada awal waktu.
Ibnu Umar mengatakan, Rasulullah SAW bersabda:
Waktu awal daripada solat adalah keredhaan Allah SAW dan waktu yang akhir adalah kemaafan Allah 
— Riwayat Tirmizi
Solat pada awal waktu sangat disukai oleh Allah SAW kerana menjadi bukti kesungguhan seorang hamba bersegera menjunjung dan menunaikan perintahNya.
Abdullah bin Mas’ud r.a bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda: “Solat pada awal waktunya”. Abdullah bertanya: Kemudian apa? Rasulullah SAW bersabda:”Berbuat baik kepada ibu bapa””Kemudian apa lagi? tanya Abdullah. Jawab Rasulullah SAW:”Berjihad di jalan Allah”.
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Solat pada penghujung waktu dengan sengaja menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan perintahNya.
Melewatkan solat hanya dibenarkan atas sebab-sebab tertentu seperti melewatkan solat Isyak untuk mengadakan majilis ilmu.
 
Panduan Menentukan Masuknya Waktu Solat Solat perlu dilakukan setelah yakin masuk waktunya.
Tidak sah solat yang ditunaikan selain pada waktunya.
Masukknya waktu solat fardu dapat diketahui dengan cara:
Mendengar azan dari masjid berdekatan atau melalui siaran radio dan televisyen tempatan. Menggunakan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan Islam negeri. Melihat tanda-tanda alam yang menunjukkan masuknya waktu solat fardu. Tanda masuknya waktu solat fardu adalah seperti berikut:
Waktu Zohor Waktu zohor bermula sebaik sahaja matahari tergelincir ke arah barat.
Waktu zohor diketahui dengan muncul bayang-bayang sesuatu objek ke arah timur.
Waktu zohor berpanjangan hingga bayang-bayang terjadi lebih panjang daripada objek asal.
Waktu Asar Bermula ketika bayang-bayang sesuatu objek lebih panjang daripada objek itu dan berakhir dengan terbenamnya matahari.
Waktu Maghrib Masuk waktu maghrib adalah apabila matahari terbenam di ufuk barat.
Sekiranya tempat matahari terbenam itu terlindung oleh bukit, saat terbenam matahari dapat dipastikan dengan melihat warna kelam pada kaki langit tempat matahari terbit pada ketinggian segalah (45 darjah) dari paras bumi.
Waktu Maghrib berlanjutan sehingga hilang lembayung merah di ufuk barat.
Waktu Isyak Waktu Isyak bermula apabila hilang lembayung merah di kaki langit hingga terbit fajar saddiq.
Sekiranya lembayung merah itu tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh bukit, maka saat hilangnya lembayung merah itu apabila kelihatan bintang-bintang kecil di tengah langit.
Apabila belum kelihatan bintang-bintang kecil, hanya kelihatan bintang-bintang besar, ertinya lembayung merah masih belum hilang dengan sempurna dan masih ada waktu maghrib.
Waktu Subuh Waktu subuh masuk dengan terbitnya fajar sadiq.
Fajar sadiq ialah satu garisan putih yang melintang di kaki langit di sebelah timur iaitu arah matahari terbit setelah hilang fajar kazib.
Fajar kazib ialah satu garisan membujur yang naik dari kaki langit ke tengah langit.
Waktu subuh berakhir dengan terbitnya matahari.
Menentukan Waktu Ditempat Asing Sekiranya seseorang berada di tempat asing dan tidak mengetahui waktu solat dengan mana-mana cara di atas, wajib untuknya berijtihad iaitu membuat kajian untuk memastikan waktu solat.
Menunaikan solat tanpa keyakinan atau tanpa berijtihad tentang telah masuk waktu solat, maka tidak sah solatnya.
Sekiranya selepas berijtihad diketahui waktu solat belum masuk, maka wajib untuknya mengulangi solat itu.
Oleh yang demikian, orang yang bermusafir  diharuskan melewatkan sedikit solat  daripada waktu yang telah diijtihadkannya.
Dikawasan yang terletak lebih jauh dari Garisan Khatulistiwa, tempoh wakut siang dan malam berubah mengikut musim.
Pada musim panas, wakut siang lebih panjang menyebabkan jarak antara waktu solat Subuh, Zohor dan Asar dan Maghrib menjadi lebih panjang.
Manakala waktu antara solat Maghrib, Isyak dan Subuh menjadi sangat pendek.
Pada musim sejuk pula, malam menjadi lebih panjang menyebabkan jarak masa antara solat Subuh, Zohor, Asar menjadi sangat pendek.
 
Penutup Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.
Jika terdapat sebarang persoalan, boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.
InsyaaAllah saya akan cuba untuk membantu anda. :-)
The post Waktu Haram Solat (Panduan Lengkap Pembahagian Waktu Solat) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/waktu-haram-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 959 hits
Semasa solat itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu Ibu bapa yang ad...
Fadhilat Solat Sunat Isyraq

Fadhilat Solat Sunat Isyraq

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 254 hits
SOALAN Apakah kelebihan solat sunat isyrak JAWAPAN Pahala mengerjakan solat sunat isyrak adalah seperti pahala mengerjakan haji dan umrah Anas bin Malik r a meriwayatkan dengan katanya Telah bersabda oleh Rasulullah saw Barangsiapa mengerja...
Apa Perlu Buat Jika Menguap Ketika Solat

Apa Perlu Buat Jika Menguap Ketika Solat

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 1369 hits
Assalamualaikum Ada orang yang tiap kali solat mesti menguap Ianya jadi macam tabiat Start solat je sampai habis solat entah berapa kali menguap Sah ke solatnya kalau menguap ketika solat Menguap ketika solat hukumnya makruh Jadi apa yang p...
Cara Solat Dalam Kenderaan Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas

Cara Solat Dalam Kenderaan Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 346 hits
Cara Solat Dalam Kenderaan Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas Solat fardu adalah solat yang telah di tentukan waktu waktunya Tidak boleh di tinggalkan begitu saja tanpa sebab yang di benarkan oleh syarak Seseorang tak boleh mengq...
Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 416 hits
Ini keadilan seorang penjawat awam yang berkorban kerana negaraBANGI Gerakan Pembela Ummah mengajak umat Islam di seluruh negara bersama sama menunaikan solat hajat pada Khamis depan mendoakan keputusan prosiding inkues anggota bomba Muhamm...
Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat

Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 273 hits
SOALAN Anak saya telah berusia 8 tahun dan saya sedang melatihnya untuk solat penuh lima waktu seharian Walau bagaimanapun dia liat dan malas untuk bangun pada waktu Subuh setiap hari Bolehkah saya menyuruhnya untuk melaksanakan qadha yang ...
Safiey Illias Tunai Solat Subuh Bersama Bapa Di Masjid

Safiey Illias Tunai Solat Subuh Bersama Bapa Di Masjid

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 369 hits
Tunai Solat Subuh Bersama Bapa Di Masjid Safiey Illias Baru Terasa NikmatnyaUsahawan terkenal Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya Ramai 0eminat terkejut kerana beliau kini kerap memuat naik ...
Makna Tiada Solat Bagi Orang Yang Menahan

Makna Tiada Solat Bagi Orang Yang Menahan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 226 hits
SOALAN Saya pernah mendengar ayat yang berbunyi Tiada solat bagi orang yang menahan Adakah perkataan ini hadith dan jikalau ia adalah hadith apakah maknanya JAWAPAN Telah meriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dan Tirmidzi hadith hasan d...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi