Waktu Anak Tidur Tatap Muka Anak Kenang Waktu Kita Marahkan Mereka


“Pernah tak kita tatap wajah anak waktu dia tidur? Kalau tak pernah cuba buat dan anda akan rasa sayu dan sebak tatap wajah tenang mereka yang tak berdosa.”
Biasanya waktu ini barulah kita rasa menyesal sebab marah atau pukul mereka atas perbuatan nakal yang dilakukan. Bukan bermakna ibu atau ayah tak boleh marah atau pukul anak.
Tapi biarlah ia bertujuan untuk mendidik mereka bukannya sampai mencederakan berulang kali sampai jadi mendera dan lebih menyedihkan anak meninggal dunia akibat derita kesan deraan tersebut.
Perkongsian seorang ayah, Andy Sulaiman ini diharap mampu menjentik emosi kita yang jadi ibu bapa.
Semoga segala kemarahan dan perasaan geram dengan tingkah laku anak yang kadangkala menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa dapat disabarkan tatkala kita menatap wajah suci dan polos si kecil semasa mereka tidur.
KENAPA MESTI PUKUL SAMPAI MATI?
Mak, ayah, mama, papa, umi, babah,
1) Waktu anak tidur, tatap muka anak sebentar. Kenang balik waktu kita marahkan mereka. Besar ke salah mereka? Patut ke mereka dimarah, diherdik sebegitu?
2) Waktu anak tidur, pandang mata mereka yang tertutup itu. Mata itu menangis kesakitan waktu kita pukul mereka. Tidak kah hadir rasa sayu?
3) Waktu anak tidur, lihat sesusuk badan anak itu. Badan itu lah yang kita belasah setelah diri kita dikuasai amarah. Lebam, berbekas, berdarah.
4) Waktu anak tidur, lihat telinga anak. Telinga itu lah yang kita tarik, yang kita pulas setelah mereka menunjukkan sifat kedegilan mereka yang menjadi lumrah bagi kanak-kanak. Masih lembut cuping itu. Ditarik dan dipulas oleh tangan yang sudah berpuluh tahun hidupnya.
5) Waktu anak tidur, lihat raut wajah anak. Betapa mereka sayang kita sehingga sikit tidak melawan bila kita hayunkan tangan pada muka dan tubuh badan mereka. Berasa menang kah kita?
6) Waktu anak tidur, berbual lah dengan mereka. Bagitahu kenapa kita marah. Dan fikir balik, apakah keterlaluan marah kita itu?
7) Waktu anak tidur, berbual lah dengan mereka. Tanyakan sakit atau tidak bila kita pukul mereka. Jika kita sebaya mereka, apa yang kita rasa?
8 ) Waktu anak tidur, kenang kembali. Berapa banyak janji-janji yang belum kita penuhi. Hingga anak menuntut seterusnya memberontak dan kita akhiri dengan pukulan?
9) Waktu anak tidur, ingat balik, berapa lama kita luangkan masa memberi kebahagiaan pada mereka dan berapa banyak pula masa kita habiskan untuk sakitkan mereka?
10) Waktu anak tidur, fikir balik. Apa kah kita sudah boleh dianggap ibu bapa yang berjaya? Mengapa tekanan dari luar, cabaran dunia, kita cuba zahirkan kekusutan kita ke atas tubuh badan anak kita?
Cubalah lakukan beberapa hal di atas ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat menyemai rasa kecintaan kita, rasa tanggungjawab kita, rasa ingin lebih luangkan masa kita dengan anak-anak.
Cubalah amalkan ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat menjauhkan diri kita dari dirasuk amarah, sehingga kita lupa yang kita pukul dan seksa itu adalah kita punya amanah. Kita punya daging darah. Penulisan ini bukan lah untuk anda semata. Untuk aku juga. Aku juga pernah melepaskan marah. Pernah memukul anak, sehingga akhirnya menebal rasa penyesalan di dada.
Walau sekeras mana pun kita, bila dikenangkan kembali apa yang kita lakukan pada anak kita, air mata ini berlinang juga.
Maafkan Papa.
Tolong. Hentikan keganasan terhadap anak-anak. Mereka bukan lah lawan kita,
Andy Sulaiman
Puaka Bersekutu
The post Waktu Anak Tidur, Tatap Muka Anak. Kenang Waktu Kita Marahkan Mereka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/waktu-anak-tidur-tatap-muka-anak-kenang-waktu-kita-marahkan-mereka-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum 7 Tahun Waktu Emas Anak Tempoh Ini Layanlah Apa Saja Anak Main

Sebelum 7 Tahun Waktu Emas Anak Tempoh Ini Layanlah Apa Saja Anak Main

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 343 hits
Usia 0 7 tahun bermainlah dengan anak Umur 8 14 tahun disiplinkanlah anak Jika ibu bapa rajin meluangkan masa bermain dengan anak ketika anak berusia 0 7 tahun secara tidak langsung ibu bapa juga sedang membina asas untuk peringkat 7 tahun ...
Bapa Tampar Muka Anak Sampai Mata Tersembul Keluar Dari Soket Mata

Bapa Tampar Muka Anak Sampai Mata Tersembul Keluar Dari Soket Mata

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 400 hits
The ReporterTergamak seorang bapa menampar anak lelakinya dengan kuat sehingga menyebabkan mata kiri mangsa tersembul keluar dari soket mata Menurut laporan kejadian yang mengerikan itu berlaku di Tlaxiaco Oaxaca Mexico kira kira sebulan la...
Lagi Awal Ajar Lagi Mudah Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Menyusu Atau Buaian

Lagi Awal Ajar Lagi Mudah Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Menyusu Atau Buaian

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 567 hits
Bagaimana melatih bayi untuk tidur sendiri Persoalan seperti ini sudah tentunya jarang terfikir oleh fikiran kita betul Namun percayakah anda bahawa apabila kena pada cara dan langkahnya anak kita mampu di didik untuk tertidur dengan mudah ...
Tidur Cukup Anak Lebih Peka Ceria Bijak Kuasai Sesuatu Yang Baru

Tidur Cukup Anak Lebih Peka Ceria Bijak Kuasai Sesuatu Yang Baru

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 354 hits
Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan si kecil Bayi dan kanak kanak perlukan tidur yang lebih lama daripada orang dewasa selain memerlukan tidur pada sebelah siang hari Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal...
Bikin Haru Spiderman Cs Sengaja Kunjungi Anak Anak Di Rumah Sakit Sebelum Film Mereka Rilis

Bikin Haru Spiderman Cs Sengaja Kunjungi Anak Anak Di Rumah Sakit Sebelum Film Mereka Rilis

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 326 hits
Nggak cuma jadi manusia super di film mereka juga buktikan bisa jadi superhero di kehidupan anak anak ini
Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu

Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 481 hits
Penyusuan anak kembar memerlukan semangat dan usaha yang lebih berbanding menyusukan seorang anak Keyakinan dan percaya pada diri bahawa ibu boleh melakukan sudah pasti membuahkan kejayaan Kalau positif sentiasa pasti dapat menyusukan si ke...
Suami Yang Lena Tidur Tidak Sedar Anak Meninggal Akibat Tertiarap Di Toto

Suami Yang Lena Tidur Tidak Sedar Anak Meninggal Akibat Tertiarap Di Toto

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 482 hits
Seorang bayi dijumpai tidur dalam keadaan tertiarap di toto dengan bibir kebiru biruan di dalam bilik rumah di Taman Nusa Bayu Iskandar Puteri Johor Bahru Dalam kejadian 5 30 pagi itu Ibu mangsa yang berusia 33 tahun yang juga pemandu pelan...
Nafas Anak Berbunyi Kuat Masa Tidur Memang Tak Sakit Tapi Petanda Ada Masalah

Nafas Anak Berbunyi Kuat Masa Tidur Memang Tak Sakit Tapi Petanda Ada Masalah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 651 hits
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi Kadang kala kita rasa bunyi biasa Tapi bila sudah terlalu kerap sesekali kita kena bawa anak kepada yang pakar Ada sebabnya Menurut Dr Ezairy M Sallih doktor telinga hi...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man