Wakil Rakyat Dap Pulau Pinang Padam Status Agih Bantuan Zakat Di Masjid




 Ahli Parlimen Batu Kawan dari parti DAP, iaitu Kasthuri Patto didapati memadam kesemua hantaran Facebooknya yang dilihat mengagihkan baucer bantuan Zakat di masjid-masjid.
Namun, netizen sempat menangkap layar (‘screenshot’) hantaran-hantaran tersebut sebelum dipadam oleh Kasthuri Patto.
Kasthuri Patto memadam hantaran tersebut dipercayai kerana dikecam teruk oleh netizen kerana dilihat seperti terdesak menunggang agama Islam dan sepatutnya orang bukan Islam tidak boleh menguruskan agihan Zakat.

SUMBER



Agihan zakat: Wakil rakyat DAP tidak belajar dari kesilapan lalu?

TINDAKAN Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, memadamkan hantaran berhubung bantuan Ramadan daripada Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) daripada akaun Facebook miliknya hari ini setelah ditegur oleh beberapa pengomen posting Facebook saya yang tidak selesa dengan perbuatan beliau mengagihkan bantuan zakat kepada umat Islam malam kelmarin mengingatkan saya kepada kontroversi serupa pada bulan Ramadan dua tahun lalu

Walaupun wakil-wakil rakyat bukan-Islam DAP waktu itu diselamatkan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, yang menyebut harus bagi orang bukan-Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf, yang menyebut ia tidak perlu dijadikan isu asal tidak diselewengkan dan yang menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh temeh seperti ini, mereka tetap juga berdepan dengan kritikan keras umat Islam

Advertisement
Kritikan ini juga memaksa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PUZ, Amran Hazali, menjauhkan diri darinya dengan menyebut ‘kalau perhatikan gambar-gambar, tak ada satu pun gambar yang ada pegawai-pegawai dari PUZ, itu sekali gus menunjukkan kita tak terlibat dan tiada kaitan dengan proses penyerahan itu’ dan menyebut ‘PUZ tidak pernah melantik atau mewakilkan secara rasmi kepada mana-mana wakil rakyat bukan-Islam untuk menyerahkan zakat’

Untuk ingatan wakil-wakil rakyat bukan-Islam DAP, dikemukakan kembali kritikan yang pernah dikemukakan oleh para pemimpin PAS, Umno, BERJASA, GPMS dan Mufti Kelantan ke atas tindakan mereka mengagihkan bantuan zakat kepada umat Islam ini

Kritikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi
‘Apabila pemberian wang zakat atau apa sahaja berkaitan zakat cuba diambil keuntungan politik terutamanya oleh pemimpin bukan-Islam, ia adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil perhatian. Ini adalah kerana di dalam isu zakat, proses wajib yang lazimnya adalah ia diambil dari orang Islam, untuk orang Islam dan diuruskan oleh orang Islam.’
‘Isu zakat cukup sensitif di kalangan orang Islam dan adalah sangat wajar orang Islam yang menguruskannya.’
‘Agihan zakat oleh pemimpin bukan-Islam seharusnya tidak berlaku dan wajib ditegur malah dipantau agar tidak menimbulkan prasangka buruk oleh orang Islam dan tidak berlaku lagi. Malah ia juga boleh mendatangkan fitnah yang boleh meresahkan umat Islam di dalam negara.’
‘Adalah lebih baik jika wakil rakyat yang bukan-Islam menyerahkan perkara berkaitan zakat kepada pegawai-pegawai mereka yang beragama Islam. Ia akan jadi lebih mudah dan tidak menimbulkan syak wasangka serta fitnah. Perkara sebegini harus dipantau oleh pihak berwajib agar ia tidak berulang lagi.’
‘Islam wajar dipelihara kesuciannya agar tidak diperkotak-katikkan dan diambil kesempatan ke atasnya. Jika kita sebagai umat Islam tidak menjaga dan memelihara kesuciannya, siapa lagi yang kita mahu harapkan?’
(Rujukan: https://www.facebook.com/mkhalilabdulhadi/posts/2200277586694408 )
Kritikan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
‘Zakat itu salah satu daripada Rukun Islam… berdasarkan kepada kepercayaan kepada Allah. Ianya merupakan ibadat khusus yang disyariatkan… diambil daripada orang Islam dan diserah atau diagih kepada orang Islam @ asnaf yang berhak. Bila orang bukan Islam yang mengurus @ yang mengagih… lakonan apakah yang sedang dimainkan itu?’
(Rujukan: https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/photos/a.188352211303364/1417593488379224/ )
Kritikan Naib Presiden BERJASA, Mohd Hazizi Ab Rahman
‘Institusi Islam tertentu yang seolah-olah menyokong tindakan pemimpin DAP mengedarkan bantuan zakat kepada penduduk Islam baru-baru ini diingatkan supaya tidak menjual agama untuk harga yang murah. Tindakan ini bermakna institusi berkenaan secara tersirat menghalalkan promosi fahaman mungkar Sekularisme, Liberalisme, Sosialisme dan Pluralisme yang diperjuangkan DAP sejak puluhan tahun dahulu. Ini juga bermakna institusi Islam itu menyucikan imej ahli-ahli politik DAP yang menentang konsep Negara Islam dan memperjuangkan konsep negara Sekular.’
‘Perjuangan Sekularisme, Liberalisme, Sosialisme dan Pluralisme adalah perjuangan mungkar, wajib dicegah. Sesiapa yang mempromosikan perjuangan itu turut sama melakukan kemungkaran. DAP sememangnya sedia maklum memperjuangkan segala fahaman itu untuk direalisasikan dalam negara kita sejak puluhan tahun dahulu. Mempromosikan DAP seperti mempromosikan kemungkaran fahaman perjuangan mereka.’
‘Amat jelas sekali dan tanpa ragu bahawa ahli politik DAP turut agih zakat demi mempromosikan parti mereka kepada orang Islam yang majoritinya masih belum menerima perjuangan batil mereka.’
(Rujukan: https://www.1media.my/2019/05/isu-agihan-zakat-usah-jual-agama-untuk.html )
Kritikan Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad
‘Sebagai sebuah institusi yang diamanahkan untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat di Negeri Pulau Pinang, tindakan Zakat Pulau Pinang memberikan agihan sumbangan zakat kepada ADUN dan Ahli Parlimen di kalangan bukan-Islam adalah suatu bentuk pengkhianatan terhadap kepercayaan dan penghormatan tinggi yang diberikan oleh umat Islam negeri Pulau Pinang terhadap Zakat Pulau Pinang.’
‘Tindakan membenarkan ahli politik bukan-Islam mencampuri urusan pengagihan sumbangan zakat ini adalah suatu tindakan yang menghina Islam dan umat Islam. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa pemberian zakat adalah sama sahaja seperti sumbangan menjelang perayaan sedangkan hakikatnya zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan ibadah wajib yang patut kita laksanakan dengan teliti, ikhlas dan tawaduk.’
‘GPMS juga ingin mengingatkan Zakat Pulau Pinang agar tidak terus menjadi kuda tunggangan kepada parti dan ahli politik bukan-Islam dan tidak tunduk kepada tekanan atau desakan politik. Agihan sumbangan zakat oleh ahli politik bukan Islam harus dihentikan segera dan kita tidak mahu lagi insiden ini berulang lagi di tahun hadapan.’
‘Zakat dikutip oleh orang Islam daripada orang Islam sewajarnya disampaikan kepada orang Islam oleh orang Islam’

(Rujukan: https://www.facebook.com/MelayuPulauPinang/posts/10156620774572408 )
Kritikan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad
‘Tindakan wakil rakyat bukan-Islam mengagihkan pemberian zakat tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan zakat itu sendiri.’
‘Bagaimanapun, adalah ‘tidak manis’ bagi bukan Islam berbuat demikian kerana ia memberi gambaran seolah-olah tiada orang Islam layak menguruskan agihan zakat.’
‘Isu sekarang adalah membabitkan isu pengurusan, ia tidak melibatkan soal hukum. Tetapi lebih beradab dan lebih manis jika orang Islam sendiri yang menguruskan agihan zakat, bahkan amil-amil yang dilantik untuk mengutip zakat juga boleh mengagihkan zakat.’
(Rujukan: https://www.malaysiakini.com/news/478210 )
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 22/4/2021







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/04/wakil-rakyat-dap-pulau-pinang-padam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Teratai Keluar Dap Jadi Wakil Rakyat Bebas Sokong Ph

Adun Teratai Keluar Dap Jadi Wakil Rakyat Bebas Sokong Ph

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Bryan Lai Wai Chong mengesahkan dirinya telah keluar daripada parti DAP dan kini menjadi wakil rakyat bebas Bryan berkata surat peletakan jawatannya telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP Lim...
Lebih Baik Dap Jaga Kandang Babi Di Pulau Pinang Jawab Sup Menteri Alam Sekitar

Lebih Baik Dap Jaga Kandang Babi Di Pulau Pinang Jawab Sup Menteri Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 216 hits
SAYA menyarankan DAP khususnya Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng untuk menyelesaikan dahulu isu pencemaran sumber air bersih dari sungai sungai di Pulau Pinang termasuk pencemaran yang disebabkan oleh kumbahan babi di Sungai Kereh Kepala Bat...
Ramadan Pertama Adik Mohamad Insafkan Wakil Rakyat Dap Nilai Kehidupan

Ramadan Pertama Adik Mohamad Insafkan Wakil Rakyat Dap Nilai Kehidupan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 320 hits
Hari ini Ramadan pertama Saya ditemukan dengan seorang penghantar Foodpanda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi walaupun ketika berpuasa Apabila saya b...
Mainpp Tetap 3 Kadar Zakat Fitrah Di Pulau Pinang

Mainpp Tetap 3 Kadar Zakat Fitrah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 312 hits
Majlis Agama Islam Pulau Pinang menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah iaitu RM7 RM12 dan RM16 tahun ini Tiga kadar itu ditetapkan selepas memperoleh kelulusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dan diperkenankan Yang di Pertuan Agong Yang...
Penyokong Pulau Pinang Berang Active Sports Buat Loqlaq Urusan Jual Jersi

Penyokong Pulau Pinang Berang Active Sports Buat Loqlaq Urusan Jual Jersi

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 346 hits
Tahukah anda malam ini akan berlangsungnya Liga Super kesepuluh Tetapi sehingga kini penyokong Pulau Pinang masih belum lagi mendapatkan akses yang seeloknya untuk jersi pasukan mereka musim ini dari Active Sports Mereka sudah pastinya cemb...
Lelaki Pertaruh Nyawa Selamatkam Isteri Terjun Jambatan Pulau Pinang

Lelaki Pertaruh Nyawa Selamatkam Isteri Terjun Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 393 hits
Seorang lelaki mempertaruhkan nyawa terjun ke laut di Kilometer 1 0 Jambatan Pulau Pinang arah pulau di sini petang tadi demi menyelamatkan isterinya Dalam kejadian jam 4 30 petang itu wanita berusia 45 tahun dipercayai berhenti di jambatan...
Covid19 20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Dua Hari

Covid19 20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Dua Hari

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 328 hits
nbsp Sebanyak 20 sekolah di Pulau Pinang ditutup selama dua hari susulan laporan kes COVID 19 di premis terbabit Penutupan itu melibatkan sekolah rendah dan menengah di lima daerah di negeri itu Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdu...
Maidam Agih Zakat Ramadan Kepada 22 857 Kir Minggu Depan

Maidam Agih Zakat Ramadan Kepada 22 857 Kir Minggu Depan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 323 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID KUALA TERENGGANU Seramai 22 857 ketua isi rumah di negeri ini akan menerima bantuan zakat Ramadan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu bermula minggu depan Yang Dipertuanya Datuk Osman Muda berkata sebanyak R...
Jangan Tertipu Beri Bantuan Ramadan Hanya Topeng Muslihat Dap

Jangan Tertipu Beri Bantuan Ramadan Hanya Topeng Muslihat Dap

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 227 hits
Beriya dekati orang Islam melalui pemberian zakat dilihat meloyakan BANGI Rakyat diingatkan supaya tidak tertipu dengan topeng kebaikan yang dipakai parti tamak haloba DAP melalui pemberian bantuan khususnya pada bulan Ramadan Apatah lagi p...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur