Adun Teratai Keluar Dap Jadi Wakil Rakyat Bebas Sokong Ph



SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong mengesahkan dirinya telah keluar daripada parti DAP dan kini menjadi wakil rakyat bebas.

Bryan berkata, surat peletakan jawatannya telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Khamis.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat atas masalah peribadi dan menafikan ditawarkan imbuhan 'lompat parti' daripada mana-mana parti politik.

"Saya ada masalah peribadi namun bukan masalah disiplin dan salah laku dalam parti atau terlibat jenayah. Atas dasar sayangkan DAP, saya ambil keputusan keluar parti kerana tidak mahu masalah saya memberikan imej buruk kepada DAP.

"Saya akan terus menyokong DAP dan Pakatan Harapan (PH) sebagai ADUN bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

"Tidak timbul isu saya menjadi ADUN bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional seperti dakwaan pihak tertentu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya, peletakan jawatan beliau sebagai wakil DAP juga telah dimaklumkan kepada Pengerusi DAP Malaysia, Tan Kok Wai, Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke.

"Status saya sebagai wakil rakyat bebas juga akan dimaklumkan kepada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat.

"Pengunduran saya sebagai wakil rakyat PH di Selangor tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri kerana PH mempunyai majoriti kerusi yang besar di Selangor," katanya.

Bryan sebelum ini juga telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Selangor sebelum mesyuarat jawatankuasa parti yang bersidang pada Jumaat meluluskan permohonan tersebut.

ADUN Banting, Lau Weng San dilantik bagi memangku jawatan tersebut.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/adun-teratai-keluar-dap-jadi-wakil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Adun Teratai Isytihar Keluar Dap

Terkini Adun Teratai Isytihar Keluar Dap

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 268 hits
April 8 2021 Adun Teratai Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PH Perkembangan ini di tengah tengah dia berdepan dakwaan mempunyai Dalam kenyataan hari ini Lai berkata keputusan itu agar D...
Tak Mahu Dap Terpalit Dengan Kisah Peribadi Adun Teratai Umum Keluar Parti

Tak Mahu Dap Terpalit Dengan Kisah Peribadi Adun Teratai Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 211 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai di Selangor Bryan Lai Wai Chong hari ini mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk menyelesaik...
Ramadan Pertama Adik Mohamad Insafkan Wakil Rakyat Dap Nilai Kehidupan

Ramadan Pertama Adik Mohamad Insafkan Wakil Rakyat Dap Nilai Kehidupan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 282 hits
Hari ini Ramadan pertama Saya ditemukan dengan seorang penghantar Foodpanda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi walaupun ketika berpuasa Apabila saya b...
Adun Teratai Letak Jawatan Dalam Dap Susulan Dakwaan Hubungan Sulit

Adun Teratai Letak Jawatan Dalam Dap Susulan Dakwaan Hubungan Sulit

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 456 hits
Malaysiakini Adun Teratai Bryan Lai telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha penaja DAP Selangor di tengah tengah dakwaan mempunyai hubungan sulit Buat masa ini jawatan itu dipangku oleh Adun Banting Lau Weng San Pengerusi DAP Selangor G...
Masa Tak Letak Jawatan Keluar Ayat Demi Kepentingan Rakyat Dan Negara

Masa Tak Letak Jawatan Keluar Ayat Demi Kepentingan Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 267 hits
Semua 17 menteri dan timbalan menteri Umno akan kekal dengan pentadbiran Muhyiddin Yassin sehingga Ogos menurut anggota Majlis Tertinggi parti itu Zahidi Zainul Abidin Ini berlaku setelah menteri menteri Umno bertemu Muhyiddin di kediaman r...
Rakyat Biasa Tak Ada Hantar Wakil Terus Buka Buku Kompaun

Rakyat Biasa Tak Ada Hantar Wakil Terus Buka Buku Kompaun

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 280 hits
AHMAD SHAHRIL SHAHRILKalau rakyat biasa boleh hantar wakil tak ops lupa untuk rakyat biasa mana ada buka kertas siasatan kan terus buka buku kompaun NASIB RAKYAT MARHAEN akan terus begini sebab itulah perlu nya kita perlu bangkit bersama un...
Rais Yatim Kenapa Wakil Rakyat Tak Digantung Tugas Jika Ada Kes Mahkamah

Rais Yatim Kenapa Wakil Rakyat Tak Digantung Tugas Jika Ada Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 285 hits
malaysiakini comDiterbitkan 12 Apr 2021Jika penjawat awam harus digantung tugasnya apabila berhadapan kes di mahkamah mengapa hal sama tidak turut berlaku kepada wakil rakyat Begitu persoalan dibangkitkan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yat...
Teratai Rep Resigns From Selangor Dap Post Amidst Extramarital Affairs Allegation

Teratai Rep Resigns From Selangor Dap Post Amidst Extramarital Affairs Allegation

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 345 hits
DAP Teratai assemblyperson Bryan Lai has resigned as Selangor organising secretary amidst extramarital affairs allegation The party post will be temporarily helmed by Banting assemblyperson Lau Weng San This was announced by Selangor DAP ch...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan