Wakil Rakyat Adalah Wakil Untuk Semua



Pada 25 Mei 2019oleh Farhan Haziq
Ramadan merupakan bulan yang mulia dan suci bagi umat Islam. Sebagai wakil rakyat di negara yang berbilang kaum dan agama, seharusnya pemimpin DAP diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyantuni dan mendekati rakyat yang memilih mereka – baik yang beragama Islam mahupun yang berlainan agama.
Prasangka buruk seperti yang dilemparkan oleh Ahmad Dusuki ini hanya wujud tatkala PAS sendiri dilanda krisis kepimpinan akibat segelintir pemimpin parti itu yang digelar ‘kartel dedak’ oleh pemimpin PAS yang lain.
Tuduhan bahawa terdapat agenda tersembunyi apabila wakil-wakil rakyat DAP dijemput dan hadir meraikan program-program di dalam bulan Ramadan ini sangat dangkal. Wakil rakyat DAP – termasuk yang beragama Islam – yang dipilih oleh rakyat termasuk pengundi beragama Islam berhak dan bertanggungjawab bersama-sama rakyat menjalankan ibadat puasa serta majlis-majlis dan acara-acara pada bulan suci ramadhan.
Sebenarnya ini menunjukkan sikap dengki beliau yang cepat melatah apabila pemimpin DAP diterima oleh segenap masyarakat, sedangkan beliau sendiri tewas di kerusi DUN Kota Anggerik yang mempunyai majoriti pengundi Melayu Islam pada PRU ke-14 yang lalu. Rakyat celik mata menilai, dan tidak lagi memilih semata-mata berdasarkan kaum dan agama.  Sebelum ini, beliau juga pernah berdoa dan menggambarkan PAS sebagai menentang Pakatan Ahzab ketika PRU ke-14 yang lalu. Perang Ahzab atau dikenali sebagai Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah. Namun, takdirnya PAS tewas di kerusi yang beliau tandingi tersebut.
Setiausaha DAPSY Damansara, Farhan HaziqHari ini beliau menggambarkan pula dirinya sebagai dilatih dengan kefahaman Perang Badar, di mana umat Islam diperangi di dalam bulan Ramadan. Persoalan saya, di manakah kewajarannya apabila wakil rakyat DAP berbuka puasa bersama penduduk-penduduk di kawasan yang mereka wakili disamakan dengan situasi semasa Perang Badar? Bukankah ini sebenarnya satu contoh solidariti yang sudah lama kita amalkan di negara ini?
Ustaz Ahmad Dusuki nampaknya perlu lebih mendalami ilmu Sirah sebelum melontarkan tuduhan-tuduhan tanpa asas seperti ini. Adakah mereka yang menjadi kartel dedak dan makan rasuah dibatalkan dosa mereka sekiranya sujud dan sembahyang?
Adakah PAS hendakkan sebuah Malaysia di mana yang beragama selain Islam dihalang bersama-sama meraikan acara dan perayaan Islam? Adakah PAS hendak mengasingkan rakyat Malaysia mengikut agama dan kaum serta menghalang pergaulan di antara muslim dan yang beragama lain?
Umum mengetahui, Deklarasi Shah Alam yang diluluskan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada Januari 2012 menegaskan semula bahawa DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia. Ia juga mengulangi komitmen DAP kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Namun, ketika rahsia pimpinan mereka mengambil wang UMNO terlondeh, PAS tangkis menutup kelemahan mereka dengan mengarahkan agar ahli-ahlinya tidak membicarakan isu tersebut secara terbuka dan menyerang DAP.
Sehingga hari ini, belum lagi kedengaran walau satu kenyataan maaf daripada pimpinan mereka kepada ahli-ahli mereka mengenai isu tersebut. PAS sepatutnya menggunakan kedatangan Ramadan ini dengan menginsafi kelemahan mereka dan tidak lagi membudayakan politik kotor seperti ini.   DAPSY mencadangkan kepada Ahmad Dusuki supaya bukalah mindanya yang tertutup, putihkanlah hatinya yang hitam, jernihkan pemikirannya yang keruh, dan baikilah sangkaannya terhadap orang lain yang buruk pada bulan Ramadhan yang suci ini. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai madrasah untuk menyemai hubungan yang baik sesama agama demi kemakmuran bersama tanpa sengketa dan prejudis.
Marilah kita sama-sama renungkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. – Roketkini.com
*Farhan Haziq bin Mohamed adalah Setiausaha DAPSY Damansara dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/wakil-rakyat-adalah-wakil-untuk-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manisnya Nikah Hujung Tahun Anak Lelaki Najib Razak Sah Bertunang Dengan Wakil Rakyat Indonesia

Manisnya Nikah Hujung Tahun Anak Lelaki Najib Razak Sah Bertunang Dengan Wakil Rakyat Indonesia

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 1169 hits
Manisnya Nikah hujung tahun anak lelaki Najib Razak sah bertunang dengan wakil rakyat Indonesia Pagi tadi tular sekeping gambar seakan majlis pertunangan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Razak iaitu Nazifuddin...
Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 382 hits
Kemenangan besar Vivian Wong Shir Yee yang meraih 16 012 undi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan merupakan kemenangan rakyat kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik Lim Guan Eng Malah katanya kemenangan anak kepada mendiang D...
Pdip Penghasut Dengan Narasi Curang Adalah Mengingkari Rakyat

Pdip Penghasut Dengan Narasi Curang Adalah Mengingkari Rakyat

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 208 hits
Maka itu Hasto menuturkan orang orang yang menghasut itu tidak memahami kekuatan rakyat Dia minta masyarakat untuk tidak perlu takut terhadap apa yang akan terjadi 22 Mei
Confirmed Huawei Os Yang Baru Adalah Compatible Dengan Semua Apps Android

Confirmed Huawei Os Yang Baru Adalah Compatible Dengan Semua Apps Android

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 554 hits
Lagi lagi berita berita terkini yang berkaitan dengan OS Huawei s Kami telah mengesahkan bahawa Huawei OS yang baru akan berkhidmat di bawah nama Hongmeng dan sekarang kita ada lebih banyak maklumat mengenai OS misteri ini Awal hari ini kam...
Wakil Rakyat Dap Sumbang Hampir Rm1 Juta Untuk Pembangunan Islam

Wakil Rakyat Dap Sumbang Hampir Rm1 Juta Untuk Pembangunan Islam

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 359 hits
Pada 29 Mei 2019oleh PentadbirDAP tetap berpegang teguh kepada perlembagaan persekutuan meskipun sering dilemparkan dengan fitnah dan tohmahan jahat oleh pihak lawan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan adalah antara perkara dalam perlemba...
Wakil Rakyat Argentina Mati Ditembak

Wakil Rakyat Argentina Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 209 hits
Wakil rakyat Argentina mati ditembak Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 May 2019 9 33AM
Zahid Bidas Lakonan Agih Zakat Wakil Rakyat Dap

Zahid Bidas Lakonan Agih Zakat Wakil Rakyat Dap

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 347 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi membidas wakil rakyat DAP Chris Lee Chun Kit yang memuat naik gambarnya mengagihkan zakat di Pulau Tikus Pulau Pinang kelmarin Zahid menyifatkan perkara itu sebagai lakonan kerana zakat adalah urusan umat Islam da...
4946 Ppim Desak Wakil Rakyat Bela Keluarga Makan Nasi Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

4946 Ppim Desak Wakil Rakyat Bela Keluarga Makan Nasi Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 483 hits
KUALA LUMPUR Nasib ibu beranak tujuh Marsyila Zakaria 35 yang bersahur dengan nasi berlauk garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang melakukan kunjungan mengejut di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan hari ini Ket...
Tajaan Damai Dari As Kepada Rakyat Palestin Adalah Perangkap

Tajaan Damai Dari As Kepada Rakyat Palestin Adalah Perangkap

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 317 hits
Dunia tahu akan permainan dari AS dimana mereka sentiasa menggunakan pelbagai tipu muslihat demi mencapai agenda yang telah dirancang sekian lamanya Bukannya pelan damai sebaliknya pelan menyerah kepada Zionis Riyad al Maliki mengenai pelan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui