Wajibkah Cerai Isteri Ikut Kehendak Ibu



Soalan:
Saya telah pun bernikah dengan gadis pilihan saya, alhamdulillah kami telah dikurniakan dua orang anak. Pernikahan kami bahagia seperti pasangan lain. Namun begitu, ibu saya tidak menyukai isteri saya dan berkali-kali minta saya ceraikan. Ibu saya banyak kali mengatakan beliau tidak halalkan syurga untuk saya selagi saya tidak menceraikan isteri saya. Apakah wajib saya mentaati ibu saya dalam hal ini?

Jawapan:
Penceraian adalah suatu perkara yang merungsingkan di negara ini. Kes penceraian meningkat naik saban tahun seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Kebanyakan alasan yang dikemukan adalah sangat tidak boleh diterima. Maka, perlu kita teliti persoalan ini, agar kita memahami dengan baik syariat Islam yang berkaitan dengan penceraian.

Untuk memahami isu ini, perlu untuk kita fahami dengan jelas hukum-hakam berkaitan dengan talak. Secara umumnya, talak itu hukumnya halal iaitu dibolehkan untuk melakukannya, namun perbuatan itu dianggap makruh. Ini bermakna syariat mengizinkan talak, namun barang siapa yang meninggalkan atau berusaha menjauhi perkara yang makruh akan mendapat pahala. Hukum talak ini sangat jelas seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma:

أَبْغَضُ الْحَلاَلِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلاَقُ
“Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talaq.” [Riwayat Abu Daud (2178), Ibn Majah (2018), al-Hakim (2/197)]

Namun begitu, seperti hukum pernikahan yang mempunyai hukum umum dan khusus, begitulah juga dalam masalah talak. Para fuqaha’ tetap membezakan secara khusus mengikut hal-hal berikut:

Wajib - Talak wajib dijatuhkan sekiranya telah berlalu tempoh ila’. Talak juga wajib dijatuhkan apabila pertelingkahan di antara suami isteri telah sampai ke suatu tahap yang paling serius. Kemudian wakil suami dan isteri melihat tidak ada penyelesaian lain melainkan penceraian.Al-Nadb atau Sunat - Sunat di sini tidak membawa maksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW, tetapi asalnya di dalam bahasa arab al-Nadb iaitu sesuatu yang diperintahkan oleh Allah namun tidak ditekankan kemestian untuk melakukannya. Sekiranya melakukan hal tersebut, akan mendapat pahala, sekiranya tidak melakukan, tidak mendapat dosa. Antara sebab yang menjadikan al-Nadb atau sunat untuk menjatuhkan talak adalah apabila isteri tidak lagi menjalankan tugasdengan baik sebagai seorang isteri, dan bertingkah-laku yang buruk. Hukumnya sunat sahaja kerana wanita yang benar-benar solehah itu umpama gagak putih, sangat sukar ditemui. Selain itu, sunat untuk menceraikan apabila suami tidak mampu memberikan hak isteri. Dalam hal ibu bapa yang minta untuk anak menceraikan isterinya telahpun disebutkan sebahagian ulama’ mazhab al-Syafie antaranya oleh Imam al-Ramli menyatakan bahawa (rujuk al-Mu’tamad (4/139-142) Nihayah al-Muhtaj (6/423):
أَوْ يَأْمُرُهُ بِهِ أَحَدُ وَالِدَيْهِ: أَيْ مِنْ غَيْرِ نَحْوِ تَعَنُّتٍ كَمَا هُوَ شَأْنُ الْحَمْقَى مِنْ الْآبَاءِ وَالْأُمَّهَاتِ
“(antara perkara yang sunat menjatuhkan talak) diperintahkan kepadanya salah seorang daripada orang tuanya (suami), perintah yang tidak keterlaluan seperti kemahuan ibu bapa yang tidak munasabah dari ibu-bapa.”

Makruh - Perbincangan hukum makruh ini sama seperti perbincangan hukum talak secara umum yang telah disebutkan. Selain itu, sekiranya isteri tidak memerlukan lagi untuk ditanggung oleh suami seperti mampu untuk tanggung menanggung dirinya sendiri, maka termasuk di dalam hukum makruh menceraikan. Mana-mana alasan yang remeh-temeh hingga membawa kepada penceraian adalah makruh.Harus - Menjadi harus untuk menjatuhkan talak di atas sebab-sebab munasabah dari sudut pandang syarak. Namun begitu, lebih diutamakan sekiranya suami tidak menjatuhkan berdasarkan hadis yang disebutkan di atas.Haram - Talak haram dijatuhkan ketika isteri sedang haidh kecuali isteri yang belum disetubuhi, atau talak isteri yang sedang haidh dengan gantian berupa bayaran dan sebagainya maka tidak dikira haram. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ
“Wahai Nabi! Apabila kamu -(engkau dan umatmu)- hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya.” [Surah al-Talaq: 1]

Maka jelaslah idah itu tidak boleh dimulakan ketika haidh, maka hukumnya adalah haram sekiranya mentalakkan ketika tempoh haidh. Selain itu, turut haram orang yang menceraikan isteri sesudah menyetubuhinya dan merasakan isterinya akan hamil. Begitu juga talak dengan menzalimi wanita tersebut.

Persoalan berkaitan adab seorang anak dengan ibu bapa yang mana kami nyatakan seperti berikut:
Perkara yang perlu diraikan di dalam persoalan ini ialah adab seorang anak dengan ibu. Kami mengajak untuk kita hayati suatu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

رِضَا اَللَّهِ فِي رِضَا اَلْوَالِدَيْنِ, وَسَخَطُ اَللَّهِ فِي سَخَطِ اَلْوَالِدَيْنِ
“Keredhaan Allah pada keredhaan kedua ibu bapa, kemurkaan Allah pada kemurkaan kedua ibu bapa.” [Riwayat al-Tirmizi (1900), Ibn Hibban (2026)]

Maka, seperti yang disebutkan dalam hadith di atas, selamanya seorang anak itu wajib mentaati kedua ibu bapa bagi mencapai keredhaan mereka. Namun ketaatan kepada ibu bapa itu juga mempunyai had dan batasnya seperti mana yang disebutkan dalam hadith yang lain, melalui riwayat Saidina Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ‏
“Tiada ketaatan dalam hal maksiat, sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara yang maaruf (kebaikan).” [Riwayat al-Bukhari (7257) Muslim (1840)]

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan perbincangan di atas, kami menjawab soalan yang ditanya bahawa adalah tidak wajib untuk mentalakkan isteri apabila disuruh oleh ibu bapa sebagaimana yang diterangkan.

Sebagai umat Islam, kita perlu sering memandang sesuatu dengan mengasingkan hukum dan tanggungjawab. Mentaati dan berbuat baik kepada ibu adalah kewajipan seorang anak, maka terangkanlah dengan baik dan teruskan bersabar dengan mereka di samping mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Jangan pula kerana tidak wajib mengikut permintaan mereka dalam menceraikan isteri dek kerana Allah SWT tidak suka akan penceraian, kita melakukan pula perkara yang haram lain, iaitu derhaka kepada mereka. Banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan rumah tangga.

Semoga Allah SWT memberikan kepada kita kefahaman yang baik dalam memahami syariat-Nya seterusnya mengamalkan di dalam kehidupan. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/wajibkah-cerai-isteri-ikut-kehendak-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Lah Faham Isteri Ibu Perlu Waktu Bertenang Setiap Hari Tak Perlu Bercuti Cukuplah Waktu Rehat Dirumah

Tolong Lah Faham Isteri Ibu Perlu Waktu Bertenang Setiap Hari Tak Perlu Bercuti Cukuplah Waktu Rehat Dirumah

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 446 hits
Sebagai ibu kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri Kenapa Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga Fizikal yang penat ditambah pula dengan ...
Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 429 hits
Mak mak yang ada anak kecil jangan selalu susah hati Jangan selalu rasa bersalah Jangan selalu salahkan diri Kenapa Ini yang wanita bergelar ibu kena faham Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak Puan memberi sedikit kekuatan untuk ibu ...
Kunci Anak Sendirian Tanpa Makan Minum Ibu Ikut Kekasih

Kunci Anak Sendirian Tanpa Makan Minum Ibu Ikut Kekasih

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 337 hits
Tidak berhati perut Kanak kanak berusia tujuh tahun dipercayai dikurung ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Hijrah di sini sejak Rabu akhirnya diselamatkan malam tadi Sepanjang tempoh lima hari dikurung mangsa dilaporkan tinggal sendiri...
Pasangan Suami Isteri Dera Ibu Dipercayai Alami Tekanan Perasaan Dan Mental

Pasangan Suami Isteri Dera Ibu Dipercayai Alami Tekanan Perasaan Dan Mental

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 439 hits
BUKIT MERTAJAM Dua anak dan seorang menantu yang dipercayai mendera ibu mereka yang berusia 64 tahun sehingga warga emas itu cedera di seluruh badan disahkan mengalami tekanan perasaan dan mempunyai masalah mental Ketua Polis Daerah Seberan...
Susu Ibu Merudum Boleh Ganggu Emosi Anda Perlu Pam Susu Ikut Jadual Yang Konsisten Selama 7 Hari

Susu Ibu Merudum Boleh Ganggu Emosi Anda Perlu Pam Susu Ikut Jadual Yang Konsisten Selama 7 Hari

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 479 hits
Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu Jangan risau kerana ada cara untuk ibu memgatasi masalah ini Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power ...
Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 739 hits
Eksesais pengasingan itu dikatakan bermula Januari lepas dengan 4 kelas dikhaskan untuk pelajar bukan Islam sementara 2 kela untuk pelajar Islam KOTA KINABALU Rakyat Sabah marah terhadap keputusan sebuah sekolah menengah di negeri ini menga...
Terlebih Tidur Boleh Beri Kesan Tidak Baik Kepada Ibu Hamil Dapatkan Tidur Yang Cukup Tak Lebih Tak Kurang

Terlebih Tidur Boleh Beri Kesan Tidak Baik Kepada Ibu Hamil Dapatkan Tidur Yang Cukup Tak Lebih Tak Kurang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 342 hits
Tidur adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan manusia Apatah lagi jika anda sedang hamil Tidak cukup tidur semasa hamil bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan ibu bahkan juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Meskipun and...
Anak Speech Development Delay Semakin Baik Caranya Ibu Latih Berdikari Belajar Anggota Badan Peralatan Bilik Air

Anak Speech Development Delay Semakin Baik Caranya Ibu Latih Berdikari Belajar Anggota Badan Peralatan Bilik Air

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 671 hits
Walau pun anak didiagnosis mengalami speech development delay ibu ini tidak putus asa melatih menerusi beberapa perkara pengurusan diri mengenali anggota badan dan barangan bilik mandi Akhirnya perkembangannya menjadi semakin baik Puan menc...
Mangsa Pencemaran Toksik Kritikal Ibu Dedah Perbualan Terakhir Anak Di Facebook

Mangsa Pencemaran Toksik Kritikal Ibu Dedah Perbualan Terakhir Anak Di Facebook

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 640 hits
PASIR GUDANG Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort di sini yang kini kritikal akibat terhidu gas metana sempat bergurau serta mencium ibu dan bapanya sebelum pergi ke sekolah semalam Affza Balqis Ahmad Sahrel 14 ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults