Wajib Baca Covid 19 Siapa Sebenarkan Kontak Rapat Yang Perlu Anda Waspada


“Ya mak cik, datang ke sini hari ni sebab apa ya?”


Tanya staff yang menjaga kaunter saringan.

“Mak cik nak buat saringan untuk cek penyakit covid tu. Itu hari ada sepupu singgah menumpang tidur kat rumah. Berdebar-debar jantung makcik sejak pagi tadi bila dapat tahu dari group whatsapp family yang dia sah positif penyakit tu.

Tu yang cepat-cepat datang ke mari ni.”

Sebaik saja dengar begitu, segera petugas tadi melorongkan wanita tersebut ke laluan khas yang disediakan bagi menyaring individu yang mungkin terkena jangkitan Coronavirus.

Dekat situ nanti, maklumat lebih detail dan pemeriksaan akan dilakukan oleh staff kesihatan yang siap dengan pakaian perlindungan (PPE).

Mujurlah wanita tadi cakna dan faham maksud kontak rapat (close contact) lalu segera hadir lakukan saringan. Jika ditakdirkan positif, dia boleh dirawat segera dan tak jadi penyebab virus tersebar pada orang lain.

Yang paling menakutkan kita sekarang ni ialah masih ada sebahagian yang tak faham maksud sebenar ‘kontak rapat’.

Bebas berjalan ke pasar, ke supermarket tanpa sedar yang dia mungkin jadi penyebar virus bahaya.

Kontak rapat ialah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Ia termasuk:

▪️ Sesiapa yang tinggal serumah dan berkongsi peralatan rumah dengan pesakit kes Covid-19.

▪️ Sesiapa yang pernah berada berhampiran dengan pesakit Covid-19 (kurang satu meter) dalam jangka masa lebih 15 minit.

▪️ Sesiapa yang pernah bersama dengan pesakit Covid-19 dalam bilik tertutup pada jarak kurang satu meter untuk jangkamasa lebih 15 minit.

▪️ Sesiapa yang pernah melakukan perjalanan (travel) bersama dengan pesakit Covid-19.

▪️ Sesiapa yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam bilik tertutup.

▪️ Mana-mana kakitangan kesihatan yang terdedah dengan pesakit Covid-19 dalam keadaan tidak memakai pakaian perlindungan (PPE) lengkap.

▪️ Sesiapa yang bekerja bersama dengan kakitangan kesihatan yang disahkan dijangkiti Covid-19.

▪️ Sesiapa yang pernah melawat atau berada dalam bilik tertutup bersama pesakit Covid-19.

▪️ Sesiapa yang pernah menaiki kenderaan yang sama dengan pesakit Covid-19 dalam jarak 2 kerusi lebih dari 2 jam.

Benda ni dah jadi perkara yang sangat serius.

Setakat semalam KKM dah berjaya kesan 735 kes positif jangkitan berpunca dari kategori kontak rapat ni.

Sebab tu mana mana yang termasuk dalam kategori kontak rapat, kami benar benar merayu agar ambil langkah segera untuk lakukan saringan. Tak usah bertangguh.

Tolong sangat-sangat ya. Bantu #sebarkan info ni pada seramai yang mungkin. Mudah-mudahan bila lebih ramai yang tampil untuk jalani saringan, kita akan berjaya akhiri wabak ni dengan lebih cepat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari,
#kitajagakita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/wajib-baca-covid-19-siapa-sebenarkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malangnya Covid 19 Boleh Dijangkiti Melalui Kontak Rapat Dengan Haiwan Peliharaan

Malangnya Covid 19 Boleh Dijangkiti Melalui Kontak Rapat Dengan Haiwan Peliharaan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 316 hits
Malangnya COVID 19 boleh dijangkiti melalui kontak rapat dengan haiwan peliharaanDr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan hari ini Foto BernamaJauhi haiwan peliharaan elak dijang...
Individu Tidak Isytihar Kontak Rapat Dengan Positif Covid 19 Boleh Didenda

Individu Tidak Isytihar Kontak Rapat Dengan Positif Covid 19 Boleh Didenda

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 313 hits
PUTRAJAYA 21 MAC Individu yang tidak mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kontak rapat dengan orang yang positif Covid 19 kepada petugas barisan hadapan kesihatan boleh dihukum dan didenda Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ...
Nasihat Kp Kesihatan Cuba Elakkan Kontak Rapat Dengan Haiwan

Nasihat Kp Kesihatan Cuba Elakkan Kontak Rapat Dengan Haiwan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 248 hits
Gambar HiasanKetua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga jaga dan mengelakkan kontak rapat dengan haiwan Dalam sidang media KKM sebentar tadi seorang wartawan telah bertanya...
Doktor Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif Covid 19

Doktor Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 417 hits
Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid 19 menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya Ini selepas wanita berkenaan menyembunyikan maklumat bahawa d...
Covid 19 Siapakah Yang Dimaksudkan Kontak Rapat

Covid 19 Siapakah Yang Dimaksudkan Kontak Rapat

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 521 hits
COVID 19 SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT APAKAH MAKSUD KONTAK RAPAT Berikut adalah senarai kriteria yang dikira sebagai kontak rapat 1 Pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan tanpa pemakaian Personal Protective Equipment yang sesuai...
Fakta Cara Penyebaran Virus Covid 19 Dan Rawatannya Yang Anda Wajib Tahu

Fakta Cara Penyebaran Virus Covid 19 Dan Rawatannya Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 485 hits
Masih ramai yang keliru dengan penularan wabak Covid 19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini dan adalah sangat penting bagi orang ramai untuk memahami tentang wabak ini kerana dengan ilmu yang ada akan dapat menyelamatkan diri ...
Cara Pejabat Ini Sembuh Dari Covid 19 Jaga Mental Dengan Setop Baca Berita Corona

Cara Pejabat Ini Sembuh Dari Covid 19 Jaga Mental Dengan Setop Baca Berita Corona

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 205 hits
Selama perawatan di RSUD SLG Kabupaten Kediri Pelaksana Tugas Kepala Dinas Kesehatan Kabupaten Kediri dr Bambang Triono Putro fokus memperhatikan asupan gizi membiasakan untuk disiplin dan menjaga mental
Ratusan Relawan Daftar Jadi Psikolog Dampingi Tenaga Medis Covid 19 Di Jakarta

Ratusan Relawan Daftar Jadi Psikolog Dampingi Tenaga Medis Covid 19 Di Jakarta

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 244 hits
Novita juga menyatakan pendaftaran ini berdasarkan arahan dari Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan untuk memberikan pelayanan kepada tenaga medis
Ketika Pandemi Covid 19 Muncul Petisi Bebaskan Mantan Menkes Fadilah Supari

Ketika Pandemi Covid 19 Muncul Petisi Bebaskan Mantan Menkes Fadilah Supari

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 186 hits
Petisi itu diminta membebaskan lantaran Siti dianggap bisa membantu mengatasi wabah Covid 19
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf