Doktor Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif Covid 19



Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid-19, menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya

Ini selepas wanita berkenaan menyembunyikan maklumat bahawa dirinya mempunyai kaitan dengan peserta Tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling

Terpaksa menjalani kuarantin diri selama dua minggu, Dr Kevin Goh menjelaskan dia hidup dalam kebimbangan terutama ketika hari-hari awal menanti keputusan pemeriksaan kesihatan

“Ia satu seksaan buat saya dan keluarga

“Sekarang saya mengasingkan diri dari keluarga, saya menghabiskan masa di taman sekitar rumah,” kata doktor berusia 42 tahun itu kepada Malaysiakini

Meskipun Goh diuji negatif terhadap wabak tersebut yang telah menyebabkan 8 kematian, beliau memilih menghabiskan masa di taman rumahnya dan tidur di bilik berasingan pada waktu malam bagi melindungi keluarganya

“Anak-anak saya ada di rumah, saya takut menyebarkan (wabak) itu kepada mereka, sampai sekarang. Walaupun diuji negatif untuk kali pertama, tetapi siapa tahu

“Saya kini bercakap dengan anak dan isteri menggunakan video call dan Whatsapp,” katanya


Bagaimanapun ayah kepada dua orang anak itu secara bergurau mengatakan sekurang-kurangnya dia mempunyai lebih banyak masa untuk berkebun

Ditanya bagaimana keluarganya mengatasi perkara itu, doktor berkenaan berkata isterinya dilihat cuba untuk memberanikan diri

Meskipun demikian, Goh berkata dia tahu isterinya “sedih” terutama mendapat maklumat bahawa wanita hamil yang bersalin di Hospital Pantai Laguna Merbok itu diuji positif Covid-19

“Isteri saya menyokong tetapi dia juga sedih, dia tidak tunjukkan tapi saya tahu dia takut,” katanya

Hospital tersebut terpaksa ditutup dua hari bermula 22 Mac lalu untuk menjalani proses disinfeksi dan semburan pewasapan (fumigation)

Saya makan malam bersama orang tua
Menurut hospital tersebut, wanita berumur 30 tahun itu tidak mendedahkan bahawa dirinya merupakan kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 yang telah dimasukkan wad

“Bagaimanapun, dia (wanita itu) demam selepas bersalin

“Setelah ditanya, (pihak hospital) dimaklumkan bahawa wanita berkenaan tinggal bersama ahli keluarga yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur dan disahkan positif Covid-19," kata hospital itu dalam kenyataan

Kes Covid-19 dari kluster melibatkan peserta tabligh kini merekodkan sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,183

Pihak berkuasa kini masih mengesan 4,000 daripada 14,500 rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh itu bulan lalu

Malaysiakini menghubungi Goh setelah beliau membuat luahannya di akaun Facebook susulan tindakan pesakit yang “mementingkan diri” dengan tidak mendedahkan maklumat penting tersebut

Dalam hantarannya, doktor pakar bius itu menerangkan pada 18 Mac lalu, beliau menerima panggilan kecemasan kerana pesakit itu hendak melahirkan anak

Setelah selesai tugasnya, Goh berkata beliau pulang berjumpa keluarga malah makan malam bersama kedua orang tuanya – yang dikatakannya turut berisiko

“Selepas selesai semua kerja di hospital, saya balik rumah berjumpa keluarga seperti biasa, malah saya pergi rumah ibu ayah saya untuk makan malam

(untuk pengetahuan, ayah saya seorang yang berumur 75 tahun dan telah melalui pembedahan jantung)

“Saya terkejut dan sedih bila dapat khabar (wanita itu diuji positif). Bukan kerana saya terdedah, tetapi keluarga saya dalam bahaya kerana tugas saya,” katanya

Goh juga berkata, staf bilik bedah, staf wad bersalin dan juga konsultan terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu

“Hanya kerana seorang yang pentingkan diri tolong beritahu perkara benar apabila kita (doktor) tanya. Jangan sorok apa-apa informasi dari kami

“Sekurang-kurangnya kalau beritahu perkara sebenar, kami doktor boleh bersedia dan memakai PPE (sut perlindungan diri) ketika membuat pembedahan

“Dengan tidak beritahu, ia seperti menyerang kami, meminta kami pergi perang tanpa bawa senapang dan pakai perlindungan diri,” katanya

Sumber: https://ift.tt/15ey8x6

from Sehinggit Media https://ift.tt/2Qyu1Ii
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/doktor-kecewa-wanita-hamil-tak-dedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Kevin Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Kaitan Dengan Peserta Tabligh

Dr Kevin Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Kaitan Dengan Peserta Tabligh

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 321 hits
Darshini Kandasamy Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid 19 menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya Ini selepas wanita berkenaan menyembunyika...
Dari Perawat Jadi Pesakit Doktor Positif Covid 19 Tabah Diuji Demi Tugas

Dari Perawat Jadi Pesakit Doktor Positif Covid 19 Tabah Diuji Demi Tugas

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 521 hits
Umum sedia tahu bahawa Covid 19 ini sedang hebat menular di Malaysia Bukan itu sahaja kematian yang direkodkan di seluruh dunia juga sudah mencecah puluhan ribu orang dengan Itali menjadi negara tertinggi kes kematian Wabak yang giat menula...
Doktor Di Italy Dedah Bagaimana Covid 19 Merebak Begitu Cepat

Doktor Di Italy Dedah Bagaimana Covid 19 Merebak Begitu Cepat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 348 hits
ITALY Pengarah Kesihatan San Francesco Hospital di Bergamo Italy Dr Sylvia Bignamini telah mendedahkan kepada wartawan Channel 4 News bagaimana Covid 19 merebak dengan begitu cepat di negara itu Menurutnya wabak covid 19 telah merebak denga...
Pemprov Dki Utamakan Cek Covid 19 Tenaga Medis Kontak Kasus Positif

Pemprov Dki Utamakan Cek Covid 19 Tenaga Medis Kontak Kasus Positif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 220 hits
Adapun tenaga kesehatan yang terpapar Covid 19 pada hari ini berjumlah 50 orang ujar Kepala Tim Siaga Covid 19 DKI Jakarta Catur Laswanto
Individu Tidak Isytihar Kontak Rapat Dengan Positif Covid 19 Boleh Didenda

Individu Tidak Isytihar Kontak Rapat Dengan Positif Covid 19 Boleh Didenda

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 301 hits
PUTRAJAYA 21 MAC Individu yang tidak mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kontak rapat dengan orang yang positif Covid 19 kepada petugas barisan hadapan kesihatan boleh dihukum dan didenda Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ...
Tiada Kakitangan Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Di Wad Yang Menempatkan Pesakit Positif

Tiada Kakitangan Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Di Wad Yang Menempatkan Pesakit Positif

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 374 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada kakitangan kesihatan yang dijangkiti COVID 19 di wad yang menempatkan pesakit positif Dalam satu ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasminya KKM menerangkan bahawa kes positif yang...
Pakar Bius Merana Gara Gara Wanita Hamil Positif Covid19 Sorok Kaitan Dengan Tabligh

Pakar Bius Merana Gara Gara Wanita Hamil Positif Covid19 Sorok Kaitan Dengan Tabligh

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 260 hits
Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid 19 menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya Ini selepas wanita berkenaan menyembunyikan maklumat bahawa d...
Bukan Pramugari Wanita Lari Ujian Saringan Covid 19 Rupanya Pesakit Psikiatri

Bukan Pramugari Wanita Lari Ujian Saringan Covid 19 Rupanya Pesakit Psikiatri

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 244 hits
Semalam tular berkenaan seorang wanita yang dikatakan sebagai pramugari syarikat penerbangan di Singapura telah melarikan diri daripada menjalani ujian saringan Covid 19 di Hospital Parit Buntar Bagaimana pun menerusi laporan Harian Metro m...
Doktor Suami Bayinya Disahkan Positif Covid 19 Gara Gara Pesakit Menipu

Doktor Suami Bayinya Disahkan Positif Covid 19 Gara Gara Pesakit Menipu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 671 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas kali kedua yang merayu agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan iaitu duduk di rumah dan tidak keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut Do...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game