Covid 19 Siapakah Yang Dimaksudkan Kontak Rapat


COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT?

APAKAH MAKSUD KONTAK RAPAT?
Berikut adalah senarai kriteria yang dikira sebagai kontak rapat :
1.Pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan (Healthcare associated exposure) tanpa pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang sesuai termasuk
– memberi penjagaan kesihatan secara langsung kepada pesakit Covid19
– bekerja dengan petugas kesihatan yang positif Covid19
– melawat pesakit Covid19
– berada dalam ruang tertutup bersama-sama pesakit Covid19
2.Bekerja bersama dalam jarak yang dekat bersama pesakit Covid19, atau berkongsi persekitaran bilik darjah yang sama bersama pesakit
3.Membuat perjalanan bersama dengan pesakit Covid19 dalam apa jua bentuk kenderaan
4.Tinggal sebumbung dengan pesakit Covid-19
KATEGORI KONTAK RAPAT
Kotak rapat ini dibahagikan kepada beberapa kategori :
A) First Generation Contact
B) Second Generation Contact
C) Third Generation Contact
Bagi memudahkan anda memahami kategori ini, berikut adalah contoh situasi :
Ada 3 orang, Encik A, Encik B dan Encik C. Encik A ada terdedah kepada pesakit Covid19, kemudian Encik B terdedah dengan Encik A, dan Encik C terdedah dengan Encik B. Maka;
– Encik A menjadi 1st Generation Contact
– Encik B menjadi 2nd Generation Contact
– Encik C menjadi 3rd Generation Contact
Generasi kontak ini penting untuk dikenalpasti oleh sebab cara pengurusan  yang berbeza.
Bagi mengelakkan kekeliruan, anda hendaklah memahami dan boleh membezakan perkara ini :
Positif Covid-19
– Pesakit yang didapati positif melalui ujian makmal
Apakah Maksud Person Under Investigation (PUI)?
Kriteria PUI:
1.Demam ATAU jangkitan pernafasan akut (jangkitan pernafasan secara tiba-tiba yang sekurangnya ada salah satu dari berikut; batuk, sakit tekak, sesak nafas)
DAN pergi ke negara yang terkesan dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom,
ATAU,
2) Ada kontak rapat (close contact) dengan pesakit positif Covid19 dalam tempoh 14 hari
Jika anda PUI,KKM perlu ambil sampel kali pertama secepat mungkin, dan sekiranya negatif sampel akan diulang pada hari ke-14 dari tempoh kontak.
Jika anda kontak rapat, perlu dikuarantin di rumah. Pantau keadaan kesihatan untuk sebarang gejala dan maklumkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya ada.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA ANDA ADA KAITAN DENGAN PESAKIT, PERSON UNDER INVESTIGATION(PUI) DAN KONTAK RAPAT.
1.Pastikan dapat maklumat sahih tentang Covid-19. KKM ada menyediakan talian CPRC untuk bertanya dan dapatkan kepastian (Nombor 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700). Kalau malas sangat telefon, boleh guna portal doctor oncall.
2.Sekiranya ada kenalan rapat atau tempat yang anda kunjungi/bekerja/belajar ada kes POSITIF Covid-19, dapatkan maklumat bila individu didapati positif. Jika dalam tempoh 2 minggu anda ada berjumpa dengan individu tersebut, sila SEGERA ke hospital berdekatan dan berjumpa dengan petugas kesihatan yang menguruskan kes Covid19.
3.Patuhi arahan pihak KKM sekiranya anda perlu dikuarantin. Kuarantin bukannya untuk saja-saja, tapi untuk meminimumkan pendedahan dekat orang lain. Lagi panjang tempoh anda di tenpat awam, makin ramai orang awam yang terdedah dan makin ramai jugak berisiko untuk dijangkiti. Pening nanti nak buat contact tracing oii..
4.Sila ambil cakna tentang mana korang pergi, dengan siapa korang pergi, siapa korang berjumpa, apabila berada dekat tempat awam bermula harini. Sebab bila dah jadi Pesakit/PUI/Close Contact Covid-19 ni, maklumat-maklumat ni penting untuk petugas kesihatan membuat Contact Tracing. Sekiranya perlu, individu yang terlibat perlu dikesan dan tempat yang dilawat perlu ditutup untuk dibersihkan.
KESIMPULAN COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT?
Semoga penjelasan ini membantu anda memahami dengan lebih jelas tentang kontak rapat.

 
The post COVID-19 :SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN KONTAK RAPAT? appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/covid-19-siapakah-yang-dimaksudkan-kontak-rapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif Covid 19

Doktor Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 408 hits
Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid 19 menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya Ini selepas wanita berkenaan menyembunyikan maklumat bahawa d...
Individu Tidak Isytihar Kontak Rapat Dengan Positif Covid 19 Boleh Didenda

Individu Tidak Isytihar Kontak Rapat Dengan Positif Covid 19 Boleh Didenda

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA 21 MAC Individu yang tidak mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kontak rapat dengan orang yang positif Covid 19 kepada petugas barisan hadapan kesihatan boleh dihukum dan didenda Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ...
Bantuan Khas Covid 19 Siapakah Boleh Memohon Nadma

Bantuan Khas Covid 19 Siapakah Boleh Memohon Nadma

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 729 hits
Bantuan Khas Covid 19 Siapakah Boleh Memohon NADMA Siapakah boleh memohon i Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian B...
Kkm Sedang Membangunkan Aplikasi Mengesan Kontak Pesakit Covid 19

Kkm Sedang Membangunkan Aplikasi Mengesan Kontak Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 285 hits
Sudah masuk hari kelapan Perintah Kawalan Pergerak dikuatkuasakan di Malaysia bagi menentang penyebaran wabak Covid 19 Malang sekala tempoh ini dilancarkan dua minggu lagi sehingga 14 April 2020 Ramai yang kini berfikir dua kali sebelum kel...
Rapat Online Bupati Anas Ajak Seluruh Kades Gotong Royong Cegah Covid 19

Rapat Online Bupati Anas Ajak Seluruh Kades Gotong Royong Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 180 hits
Anas menggelar rapat online dalam dua gelombang bersama seluruh kades dan lurah se Banyuwangi yang mengepalai 217 desa kelurahan Koordinasi virtual itu juga melibatkan Dinas Kesehatan dan jajaran asisten pemerintah daerah
Pemprov Dki Utamakan Cek Covid 19 Tenaga Medis Kontak Kasus Positif

Pemprov Dki Utamakan Cek Covid 19 Tenaga Medis Kontak Kasus Positif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 223 hits
Adapun tenaga kesehatan yang terpapar Covid 19 pada hari ini berjumlah 50 orang ujar Kepala Tim Siaga Covid 19 DKI Jakarta Catur Laswanto
Covid 19 Eksport Penutup Hidung Mulut Mungkin Dihentikan

Covid 19 Eksport Penutup Hidung Mulut Mungkin Dihentikan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR 23 Mac Kerajaan telah melarang eksport semua penutup hidung dan mulut yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan bagi memastikan bekalannya mencukupi untuk rakyat Malaysia sepanjang tempoh pandemik COVID 19 kata Perdana Menteri Ta...
Tanda Dan Gejala Covid 19

Tanda Dan Gejala Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 408 hits
Gejala gejala COVID 19 adalah tidak spesifik dan mereka yang dijangkiti sama ada boleh asimtomatik atau mengalami selesema seperti gejala seperti demam batuk keletihan sesak nafas atau sakit otot Tanda tanda dan gejala gejala biasa dan kela...
Covid 19 Hari Ke 5

Covid 19 Hari Ke 5

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 609 hits
Hari Ke 5 COVID19Salam sejahtera lama betul Cik Ta tak update blog Rindu yang amat Tapi dek kerana kesibukan dengan tugas buat Cik Ta terasa tak sempat sempat nak menulis Terasa teramat singkat masa dalam satu hari Kadang tu rasa macam tak ...
Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Melawat Dataran Lang Langkawi

Hukum Tajwid Surat Yunus Ayat 41 Dan Arti Per Kata

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Mandarin Korean Signage In Sabah Hotel Irks Netizens Who Want To Know What Malaysia Has Come To

Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu Kl