Wajarkah Terengganu Saman Peniaga Lampu Isyarat


SEMASA | Kita lihat kerajaan Terengganu telah dikecam netizens kerana menyusahkan penjaja kecil yang mencari rezeki di tepi lampu isyarat.

Peniaga kecil ini berisiko disaman sehingga denda RM100,000 jika didapati bersalah dengan berniaga di tepi lampu isyarat.

Menurut laporan, atas faktor keselamatan samada kepada peniaga mahupun pengguna yang memaksa Terengganu mengambil tindakan drastik seperti ini.

Sebenarnya, selain menyaman, Kerajaan Terengganu juga telah bertindak dengan membantu peniaga lampu isyarat untuk berniaga di kawasan yang disediakan.

Pinjaman dan premis perniagaan disediakan bagi membantu peniaga lampu isyarat berniaga dengan lebih baik di lokasi yang dikhususkan.

Tetapi kita melihat inisiatif tersebut tidak diperbesar-besarkan netizens yang mempertikaikan tindakan saman itu, kenapa agaknya?

Ini kerana, walaupun inisiatif itu bagus, untuk jangka masa panjang, tetapi meniaga di tepi lampu isyarat ini adalah satu taktik marketing yang power.

Peniaga perlu mencari jalan untuk mempersembahkan produk jualan mereka kepada pengguna secara one to one, apabila customer telah merasai produk itu, maka jika berminat mereka boleh lah mengunjungi kedai peniaga tersebut.

Ini adalah taktik marketing yang biasa. Bukan mereka meniaga je di lampu isyarat tu. 

Sesetengahnya pula sememangnya penjaja kecil yang meniaga di lampu isyarat kerana disitu ada ramai customer. Jualan lebih laris dan cepat habis.

Bukannya taknak buka kedai. Bila buka kedai kena tunggu customer datang. Jika customer tak datang, maka takde lah sales.

Andaikata ada kedai, ada pinjaman jika tiada pelanggan, peniaga pun tak boleh nak hidup. Sudahlah rugi kena bayar pinjaman pula.

Oleh kerana itu, adalah amat baik jika Terengganu boleh longgarkan sedikit undang-undang tersebut kepada kawasan lalu lintas yang berbahaya dan berisiko. 

Yang takde risiko itu, bagi la ruang sikit kepada penjaja untuk cari makan.

Baca berita dibawah ini;

Kerajaan Terengganu melaksanakan operasi bersepadu kali pertama bagi 'menggempur' penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 31 Disember.
 

 
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan itu telah berakhir November lalu.

Menurutnya, ia adalah peringatan terakhir kepada penjaja-penjaja yang terus berkeras melanggar peraturan selepas tarikh akhir diberikan ketika rundingan telah tamat sebelum ini.

“Kita telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.

“Operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” katanya ketika sidang media Operasi Bersepadu Penjaja di Wisma Darul Iman hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Ahmad Farhan Abdul Wahab; Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Ketua Pegawari Penguatkuasa Negeri KPDNHEP, Nor Azmi Lamisza.

Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Katanya, mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu bakal berdepan kompaun sekurang-kurangnya RM200 dan rampasan barang atau denda sehingga RM100,000 dan penjara sekiranya didakwa di mahkamah.

Sehubungan itu beliau meminta kesemua penjaja jalanan untuk mematuhi arahan yang ditetapkan.

"Kita harap mereka yang terlibat salat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Ia bukan sahaja atas faktor lalu lintas bahkan atas faktor keselamatan diri penjaja itu sendiri," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Ahmad Farhan berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu penjaja jalanan.

"YPU sebelum ini telah menawarkan inisiatif-inisiatif berbentuk tawaran pinjaman kepada penjaja untuk membolehkan mereka terus berniaga dengan cara lebih baik.

“Kita juga sentiasa membuka ruang kepada penjaja dan berharapkan mereka memanfaatkan inisiatif yang disediakan kerajaan sebagai ganti terhadap perniagaan mereka," katanya. - 25 Disember 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/12/wajarkah-terengganu-saman-peniaga-lampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm100k Akan Dikenakan Kepada Penjaja Lampu Isyarat

Rm100k Akan Dikenakan Kepada Penjaja Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 454 hits
Sekarang ni bila berhenti dekat traffic light jer mesti akan ada penjaja penjaja yang menjual makanan databng dekat kita kan Dengar cerita kalau dekat Terengganu penjaja yang tak hentikan aktiviti tidak sah tu akan dikenakan hukuman penjara...
Penjaja Lampu Isyarat Akan Dikenakan Denda Rm100k Penjara Jika Didapati Bersalah

Penjaja Lampu Isyarat Akan Dikenakan Denda Rm100k Penjara Jika Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 595 hits
AdvertisementAdvertisementPasti ramai yang pernah terserempak dengan beberapa orang penjaja penjaja yang giat menjual makanan di sepanjang persimpangan lampu isyarat Aktiviti menjual sebegitu dikatakan tidak sah malah akan dikenakan hukuman...
Nitizen Persoal Kerajaan Terengganu Halang Peniaga Jalanan

Nitizen Persoal Kerajaan Terengganu Halang Peniaga Jalanan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 220 hits
Keputusan Kerajaan Terengganu untuk menggempur penjaja di persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 31 Disember menerima kecaman ramai Tinjuan di laman Facebook Sinar Edisi Terengganu mendapati rata rata wargane...
Najib Soal Ph Memang Musim Rasmi Lif Lampu Isyarat Ke Sekarang

Najib Soal Ph Memang Musim Rasmi Lif Lampu Isyarat Ke Sekarang

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 310 hits
MALAYSIAKINI Setelah sekian lama menyerang pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dengan isu isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan dakwaan penjualan aset negara bekas perdana menteri Najib Razak membidas tindakan pemimpin k...
Henti Jual Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Kelantan

Henti Jual Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 391 hits
Bernama Penjaja di Kelantan yang masih menjual di persimpangan lampu isyarat boleh dikenakan tindakan undang undang Gambar hiasan SINAR HARIAN KOTA BHARU Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di Kelantan diminta menghent...
Adun Amanah Bayan Lepas Rasmi Lampu Isyarat

Adun Amanah Bayan Lepas Rasmi Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 677 hits
Viral di media sosial berkenaan perasmian lampu isyarat oleh YB Azrul Mahathir ADUN AMANAH Bayan Lepas yang merasmikan lampu isyarat baru bagi perjalan kaki di Sek Keb Telur Kumbar Bayan Lepas Status berkenaan di muat naik di Facebook YB AD...
Peguam Ajak Rakyat Beri Sokongan Saman Sekolah Vernakular

Peguam Ajak Rakyat Beri Sokongan Saman Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Ketika Dong Zong dan Jiao Zong bergabung membantah pelajaran pengenalan tulisan Jawi seorang peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengajak orang ramai memberi sokongan kepadanya untuk menutup sekolah vernakular Beliau yang juga ...
Cara Bayar Saman Mphtj Guna Jompay Mybsn

Cara Bayar Saman Mphtj Guna Jompay Mybsn

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 694 hits
Assalammualaikum Dunia Surat cinta MPHTJ Korang cikbunga nak share cara Bayar Saman atas talian Guna JOMPAY Mungkin cara ini dah lama di praktikkan Cikbunga baru jew nak Cuba Click myBSNMake sure ade duit dalam account Pasti kan Korang masu...
Batal Kahwin Pemuda Berjaya Saman Bekas Tunang Selepas 3 Tahun

Batal Kahwin Pemuda Berjaya Saman Bekas Tunang Selepas 3 Tahun

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 344 hits
Pada 3 tahun yang lepas kisah pemuda ini telah tular di media sosial apabila mengesahkan perkahwinan yang dinanti terpaksa dibatalkan pada saat saat akhir Semuanya berpunca apabila bekas tunang nekad untuk tinggalkannya demi buah hati lain ...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Antara Pilihan



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat

Jkt48 Heavy Rotation Chord