Wahhh Aplikasi Blogger Berwajah Baru
Wahhh! Aplikasi Blogger Berwajah Baru! | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat pelawat, bloggers dan sahabat handai di media sosial khususnya seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Semoga anda sihat dan di lindungi Rahmat olehNya, In Shaa Allah, Ameen. Dahulu lain dan kini berwajah baru selepas mengemaskini aplikasi blogger. Tiada lagi istilah malas atau sibuk, kini anda boleh menggunakan aplikasi blogger di telefon pintar pada bila dan dimana anda berada. Sangat mudah dan cepat!
Wahhh! Aplikasi Blogger Berwajah Baru!Untuk memudahkan anda, disini MYiDEAKiNi akan tunjukkan cara-cara mudah memuatturun aplikasi blogger ini di telefon pintar dengan semudah ABC sahaja. Jom ikut langkah-langkah mudah ini yer..
LANGKAH 1: Jika anda pengguna Android, terus ke Play Store dengan menggunakan kata kunci blogger apps dan manakala pengguna Ios, terus ke bahagian Apps Store dengan menaip Blog Touch for blogger. MYiDEAKiNi adalah pengguna Android, jadi gambar diatas adalah paparan sistem Android ditelefon pintar.
LANGKAH 2: Kemudian, anda perlu klik pada aplikasi ikon Blogger dan terus memuatturun kedalam telefon pintar anda. Selepas sahaja selesai memuatturun, anda boleh terus mengakses akaun blogger sedia ada dengan memasukkan email dan juga kata laluan.
LANGKAH 3: Selepas sahaja mengakses akaun blogger, anda akan melihat paparan dashboard blogger dimana terdapat menu utama iaitu Published, Draft dan ikon pensil untuk anda memulakan entri baru.
LANGKAH 4: Di ruangan paparan blogger atau setting cuma mempunyai 3 menu sahaja iaitu View your blog, about blogger, help & feedback. Di ruangan ini mungkin anda bolehlah memberi feedback pada pihak pengurusan blogger untuk menambahbaikkan ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi blogger. Tanpa maklumbalas dari anda, mungkin pihak mereka tidak tahu apa masalah atau kekurangan yang masih lagi ada pada aplikasi blogger ini. Jadilah pengguna yang bijak menggunakan peluang ini.
Pepatah pujangga, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan bukannya dari batangnya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Nak mencari ilmu mestilah ada gurunya, jadi anda boleh belajar buat blog, tunjukkan kepakaran anda dalam penulisan.LANGKAH 5: Untuk memulakan entri baru, anda perlu klik pada ikon pensil bagi paparan Create Post. Diruangan inilah anda akan memulakan entri dimana ruangan Title adalah tajuk artikel anda, Start Creating your post adalah dimana pengisian blog artikel anda, label pula adalah untuk anda mengkategorikan tajuk artikel anda. Di paparan ini juga anda boleh memasukkan seberapa banyak gambar untuk pengceritaan dalam artikel anda.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda yang masih baru dengan dunia blogging. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di ruangan artikel ini. Terima kasih :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2019/12/wahhh-aplikasi-blogger-berwajah-baru.html