Wahh Bagusnya Kakak Puji Jangan Kecam Beri Kepercayaan Anak Lakukan Tugas


Bukan mudah untuk mendidik anak melakukan sesuatu tugas terutama tugas rumah. Malah ibu ayah perlu membiasakan mereka dengan pelbagai tugasan sejak kecil lagi.

Mungkin ada caranya yang lebih tepat untuk mengajar mereka. Baca pandangan Dr Norzila Zakaria ni.
Berikan kepercayaan kepada anak melakukan tugas
Ada banyak perkara kita mahu anak-anak kita lakukan tapi kadang-kadang kita tidak memberikan kuasa penuh kepada mereka dan akhirnya anak-anak pun tidak seronok untuk melakukannya kerana banyak arahan ‘jangan’ dari kita.
‘Jangan buat macam tu, buat macam ni… mari ibu tunjuk” kecewa anak kerana usahanya ‘salah’! Namun kalau kena caranya pasti mereka boleh terima. Ubah sedikit sahaja ayat tadi, mungkin bunyinya begini:
“Wah dah separuh karpet bersih, pandailah anak-anak ibu ni cuci”

Senyum dan tanyakan apa perasaan mereka “Seronok tak boleh basuh karpet? Boleh main air juga kan?”
Dengarkan jawapan mereka. Raikan perasaan mereka. Pasti keyakinan diri mereka bertambah tinggi kerana kita meraikan usaha mereka.
“Ok, sekarang ibu nak tunjuk macamana nak cuci bahagian ni yang agak kotor, boleh? Nanti lepas ni abang dan adik buat sendiri ya”.

Beritahu mereka proses yang kita rancangkan seterusnya dan pemantauan yang akan kita lakukan. Jadi bila kita ‘tegur’ dan baiki mereka mudah menerimanya.
Jika kita terus ‘menyerang’ dan menegur dengan cara yang tidak hikmah, pasti mereka kecewa dan tidak mahu menyambung kerja-kerja mereka.
Sesekali mainlah bersama mereka, kalau basuh karpet biar basah bersama-sama mereka, pasti mereka seronok bila kita bersama-sama melakukannya dan bukan memerhati sahaja.
Jika kita bertindak seperti ketua dan hanya memberi arahan, saya pasti mereka tidak akan seronok melakukan aktiviti tersebut. Nasib tidak baik mereka merajuk dan kita pun jadi marah sebab mereka tidak mengikut arahan kita.
Jadi fikirkan apa aktiviti yang kita boleh berikan sepenuh kuasa kepada mereka tanpa arahan dan pemantauan rapi dari ‘ketua’ kepada mereka, maknanya biarkan saja mereka buat ikut suka hati mereka. Dan jika aktiviti tersebut memerlukan pemantauan dan hanya sebahagian sahaja kuasa yang boleh diberikan, maklumkan mereka supaya mereka tidak kecewa.
Jika aktiviti yang diberi kuasa penuh menjadi sesuatu yang perlu dipantau, boleh lakukan teknik seperti di bahagian awal untuk melibatkan diri kita dalam aktiviti mereka dengan lebih bijak.

Aktiviti cuci karpet Ini adalah aktiviti yang saya berikan kuasa penuh kepada anak-anak saya semasa cuti. Saya biarkan saja apa mereka mahu lakukan dan hanya melibatkan diri di hujung aktiviti untuk mereka berhenti mencuci.
Memang puas hati mereka boleh melakukan aktiviti ini mengikut cara mereka sendiri.
Sudah pasti bila ditambah dengan sedikit pujian mereka rasa sangat dihargai dan tahap keyakinan mereka juga meningkat bila dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.
Dapat intipati dari kisah ini?
Kredit: Dr Norzila Zakaria (Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) The post “Wahh Bagusnya Kakak” Puji Jangan Kecam, Beri Kepercayaan Anak Lakukan Tugas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/wahh-bagusnya-kakak-puji-jangan-kecam-beri-kepercayaan-anak-lakukan-tugas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Galas Tugas Jaga Empat Anak

Wanita Galas Tugas Jaga Empat Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 213 hits
Oleh AIN SAFRE BIDIN MAZLIZA Nadzri bersama anak anak dan suaminya yang terlantar akibat penyakit darah tinggi kronik di Chenderong Balai Teluk Intan Perak baru baru ini PASIR SALAK Seorang wanita menggalas tugas berat membesarkan empat ana...
Anak Buat Perangai Mak Ayah Jangan Berkeras Berlembut Sangat Biar Sedang Sedang

Anak Buat Perangai Mak Ayah Jangan Berkeras Berlembut Sangat Biar Sedang Sedang

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 269 hits
Perasan tak bila anak mula buat drama kita sebagai ibu bapa seolah hilang kesabaran Cepat je rasa nak marah atau naik tangan dengan niat nak ajar anak Tapi adakah kita terfikir tindakan ini betul atau salah Selalu mak ayah akan tanya nak be...
Jangan Beli Lagi Anak Lembu Dalam Kendungan

Jangan Beli Lagi Anak Lembu Dalam Kendungan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 278 hits
NIZAM AKASamada Belanjawan 2021 perlu disokong atau tidak ianya seharusnya diputuskan oleh kesemua ahli parlimen Orang tua pesan Jangan beli anak lembu yang masih dalam kandungan sebab kita tak tahu anak lembu itu hidup atau mati sempurna a...
Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika Taska Jangan Biarkan Cari Puncanya

Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika Taska Jangan Biarkan Cari Puncanya

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 401 hits
Ramai yang bertanya mengenai isu anak anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang marah marah dan kuat menghukum fizikal dan kata kata kasar Ini jawapan Ibu Rose Anak anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka Terutama jik...
Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 526 hits
Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah anak saya tak dapat terima dan mengamuk marah Dia tak boleh terima dia salah Jika cikgu puji jawapan kawan kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah ...
Jangan Terlalu Sering Memarahi Anak Ini Yang Akan Terjadi Pada Otak Anak Yang Sering Dimarahi

Jangan Terlalu Sering Memarahi Anak Ini Yang Akan Terjadi Pada Otak Anak Yang Sering Dimarahi

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 353 hits
Semua Orang Tua Pasti Pernah memarahi anak Tapi Kalau Anda Terlalu Sering Anda harus menghentikannya dari sekarang Pasalnya mengajari kebaikan pada anak tidaklah harus menggunakan nada suara tinggi dan amarah Demikian dikatakan Pegiat Perli...
Panik Tiba Tiba Anak Melecur Jangan Guna Ubat Gigi Redakan Luka Ini Cara Betul Nak Urus Sebelum Bawa Ke Hospital

Panik Tiba Tiba Anak Melecur Jangan Guna Ubat Gigi Redakan Luka Ini Cara Betul Nak Urus Sebelum Bawa Ke Hospital

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 367 hits
Malang memang tak berbau kadang dah ambil langkah berjaga jaga tapi situasi seperti anak terkena air panas memang tak dapat dijangka Bila ini yang berlaku pastinya ibu ayah rasa panik tambah pula bila ia melibatkan anak yang masih kecil Ser...
Jangan Tangguh Kalau Anak Ada 10 Tanda Ini Lepas Jatuh Mak Ayah Kena Segera Bawa Jumpa Doktor

Jangan Tangguh Kalau Anak Ada 10 Tanda Ini Lepas Jatuh Mak Ayah Kena Segera Bawa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 406 hits
Kanak kanak yang nak membesar lasak diaorang memang lain macam Tak terkawal dibuatnya Kadang ada yang jatuh elok bangun main balik tapi sebenarnya ibu ayah kena hati hati jika kecederaan tersebut melibatkan kepala Seperti yang dikongsikan o...
Kalau Ada Rasa Bersalah Pada Anak Anak Itu Normal Jangan Sedih

Kalau Ada Rasa Bersalah Pada Anak Anak Itu Normal Jangan Sedih

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 296 hits
Bergelar ibu bapa dengan kehadiran bayi dalam hidup pastinya amat dinantikan pasangan berkahwin Tetapi adakah anda bersedia dengan perubahan dalam kehidupan selepas mempunyai cahaya mata Kelahiran bayi dan dunia keibubapaan Mungkin anda dan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti