Wahai Tuan Mahkamah Politikus Dan Kita Semua Perbuatan Menceroboh Itu Salah


Pertahan penceroboh haram, ADUN DAP tak malu

ADUN Tras DAP, Chow Yu Hui makin melampau menuduh pihak berkuasa tidak mematuhi perintah mahkamah apabila menghalang penceroboh haram memasuki kebun durian di Raub, Pahang.

Walhal, secara dasarnya, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, tanah yang diceroboh itu adalah milik kerajaan dan para penceroboh telah mengaut hasil jutaan selama berpuluh tahun.

“Dakwaan ini sungguh ironi dan tidak malu. Mengapakah mereka marah sangat apabila pihak penguatkuasa kerajaan masuk tanah kerajaan?,” soalnya.

Terdahulu, dalam satu video tular, Chow Yu Hui mendakwa, apa yang dilakukan penguat kuasa terhadap pekebun adalah salah kerana mereka mempunyai perintah mahkamah.

Chow mendakwa, beliau akan meminta nasihat pasukan undang-undang untuk langkah selanjutnya.

“Operasi dilakukan pada musim buah durian di mana pihak berkuasa terus mengeksploitasi pekebun. Penguatkuasaan itu didorong oleh kepentingan konsortium yang disokong negeri (Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd),” katanya.

Selain itu, penceroboh mendakwa, mereka memiliki hak untuk memasuki tanah itu kerana mereka telah mendapat penangguhan terhadap pengusiran mereka dari Mahkamah Rayuan.

Ini sementara menunggu rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Kuantan menolak permohonan untuk semakan kehakiman terhadap notis pengusiran mereka.

Save Musang King Alliance (Samka) mendakwa, walaupun mahkamah memberi penangguhan itu, pekebun durian tidak dibenarkan masuk ke tanah berkenaan.

Walau apa alasan sekalipun, Haji Aminuddin menyokong usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menjalankan operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang.

“Saya menyokong usaha pihak berkuasa ini dan mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil kesempatan ini untuk menyiasat dan mengkaji apakah tanah yang diceroboh itu menjadi semakin besar; apakah ada tanah baharu berdekatan yang diceroboh?

“Ini menjadi tanda tanya masyarakat dalam kes pencerobohan tanah oleh pekebun haram tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dilaporkan menahan 18 orang disyaki pekebun haram durian Musang King dalam operasi tersebut.

Jabatan itu berkata, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan provokasi pekebun haram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Malah, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas.

Kenyataan itu memaklumkan, kesemua 18 pekebun itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk mendapatkan tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara.

Operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam itu bermula kelmarin sehingga 2 Ogos ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu dilaporkan mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/wahai-tuan-mahkamah-politikus-dan-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Takdir Itu Baik

Semua Takdir Itu Baik

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 329 hits
Semua takdir itu baik Ada hikmah di balik itu Yang merasakan jelek adalah kita Allah itu sama sekali tidak berbuat jelek Takdir Allah tidaklah kejam
Bahagia Itu Dirasa Bukan Dipamer

Bahagia Itu Dirasa Bukan Dipamer

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 365 hits
Ramai yang mencari bahagia Persoalannya sudahkah ditemui bahagia yang dicari Andai sudah ditemui maka berbahagialah Sebaliknya jika belum menemui kebahagiaan apa kata kita melihat bahagia itu dari dalam diri sendiri Cuba rasakan erti bahagi...
Kalau Nak Berniaga Jangan Bagi Alasan Itu Ini Kata Datuk Seri Vida

Kalau Nak Berniaga Jangan Bagi Alasan Itu Ini Kata Datuk Seri Vida

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 352 hits
nbsp Usahawan sen sasi Datuk Seri Vida tidak mem perlekeh atau menidakkan gerakan bendera putih sebalik nya sekadar menitipkan pesa nan untuk mereka yang sering membe rikan alasan untuk mula berniaga Jelas beliau atau nama sebe narnya Hasmi...
Tiba Tiba Bilik Berbau Hanyir Yang Kuat Masih Ramai Yang Nak Sewa Rumah Itu Walaupun Owner Dah Larang

Tiba Tiba Bilik Berbau Hanyir Yang Kuat Masih Ramai Yang Nak Sewa Rumah Itu Walaupun Owner Dah Larang

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 474 hits
Tiba tiba bilik berbau hanyir yang kuat Masih ramai yang nak sewa rumah itu walaupun owner dah larangSetiap orang mempunyai pengalaman paranormal mistik masing masing Ini sekadar perkongsian sahaja Bagi yang lemah semangat anda tidak digala...
Adakah Yang Gagal Itu Umno Sebab Itu Dia Tarik Diri Dari Kerajaan Sendiri

Adakah Yang Gagal Itu Umno Sebab Itu Dia Tarik Diri Dari Kerajaan Sendiri

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 305 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON July 8 2021 Kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin ibarat telah dihina oleh Umno dengan ungkapan tanda pagar kerajaangagal yang dijadikan alasan untuk menarik diri daripada mengekalkan sokongan kepada perdana menter...
Menzalimi Itu

Menzalimi Itu

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 282 hits
MENZALIMI ITU Assalammualaikum wbtMenzalimi itu tidak anehAda berlaku sentiasaDi mana mana Kepada sesiapa sahajaAda pemangsaAda mangsaAnak kecilMudaTuaSemuaMenzalimi itu Tidak cuma melukakanTidak cuma mencederakanTidak hanya pada fizikalPad...
Hiburan Itu Bukan Saya Zara Zya Nafi Ada Akaun Instagram Jual Barang Elektronik Dan Tawar Hadiah Lumayan

Hiburan Itu Bukan Saya Zara Zya Nafi Ada Akaun Instagram Jual Barang Elektronik Dan Tawar Hadiah Lumayan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 505 hits
Pelakon Zara Zya mengambil langkah berjaga jaga apabila wujud sebuah akaun Instagram yang meletakkan wajahnya sebagai gambar profil untuk tujuan menipu BACA AdvertisementSehubungan dengan itu Zara telah meminta peminatnya untuk berhati hati...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Bersara Awal Sangat Overrated

Artis Malaysia Berkahwin Atau Bertunang Sepanjang Tahun 2025

Anak Bukan Malas Dalam Kelas Tapi Tak Nampak 55 Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

Tanpa Gajet Di Tangan Anak Ini Pilih Al Quran Sebagai Teman Perjalanan

Fita Rai Komuniti Orang Asli Melalui Lintas Loka Jiwa Alam Warisan Orang Asli

Kesalahan Ejaan Dalam Bahasa Melayu Isu Biasa Yang Perlu Diperbetulkan