Wahai Politikus Pemimpin Janganlah Suka Menipu


21 tahun tunggu rumah
SHAH ALAM: Kira-kira 23 keluar­ga generasi kedua dan ke­tiga Orang Asli di Kampung Orang As­li Air Kuning, Bukit Ban­da­raya, Seksyen 8 di sini terus kem­punan menanti selama 21 ta­hun untuk memiliki rumah di pe­nempatan baharu.

Mereka tinggal dalam keada­an serba daif tanpa bekalan elek­trik dan air bersih di kawasan yang dikeli­lingi perumahan elit.

Mereka mendakwa pernah di­­janjikan pangsapuri tetapi se­hing­ga kini belum dapat di­duduki.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Kampung Orang Asli, Abd. Rahman Shah Abdullah berkata, ketika pemindahan Orang Asli di kampung itu pada tahun 2000, mereka dijanjikan unit pangsapuri buat anak-anak berusia 15 tahun ke atas.

“Kami dimaklumkan pangsapuri berkenaan akan siap dalam tempoh 60 bulan, tetapi, sehingga ke hari ini sudah 21 tahun, ia belum boleh diduduki.

“Malah, penduduk di sini juga dijanjikan bantuan sara diri sebanyak RM500 setiap bulan oleh pemaju yang membangunkan kawasan ini selagi masalah pembangunan di kampung ini tidak selesai, tetapi ia juga dihentikan pada 2018,” katanya.

Semua ini berlaku ketika proses pemindahan masyarakat Orang Asli di kampung itu dilakukan pada 2000 iaitu mereka dijanjikan unit pangsapuri buat anak-anak berusia 15 tahun ke atas, namun hanya tinggal janji.

Kini, terdapat sebanyak 74 keluarga Orang Asli suku Temuan mendiami kampung berkenaan melibatkan 250 penduduk.

Walaupun rumah generasi terdahulu di kawasan penempatan baharu disediakan kemudahan serba lengkap, generasi kedua dan ketiga Orang Asli terpaksa memilih untuk tinggal di tempat asal masing-masing.

Sementara itu, Tok Batin kampung berkenaan, Kamal Bapak mengakui hal terbabit selain menambah, ada kalangan masyarakat Orang Asli sendiri berasa tidak selesa tinggal di kediaman baharu yang disediakan.

“Sehingga hari ini, masalah tidak dapat rumah ini masih belum selesai malah, rumah yang kami duduki ini juga belum diberi geran,” katanya.

Penduduk, Roslan Mohamed, 59, yang memilih menetap di tapak asal rumah keluarga isteri­nya, Ana Lalat, 48, berkata, mereka memilih untuk tinggal di situ ketika anak sulungnya, Mohd. Adha, 12, berusia setahun.

Sehingga kini, Roslan dan Ana menetap di pondok mereka bersama tiga anak termasuk Mohd. Joairee, 9, dan Norhidayah Aliana yang berusia lapan tahun.

Roslan yang bekerja sebagai pencuci di Taman Botani memberitahu, dia menggunakan air daripada perigi yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah selain lampu solar yang disediakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beberapa tahun lalu.

“Nama isteri saya tersenarai untuk pemindahan rumah pangsapuri kira-kira tiga kilometer (km) dari sini tetapi sehingga kini, rumah itu belum siap. Saya memohon juga bantuan untuk membina rumah di tapak kediaman ini tetapi belum diluluskan.

“Kampung ini memang ada menyediakan tempat belajar di dewan yang terletak di kawasan perumahan beserta de­ngan kemudahan elektrik dan komputer riba tetapi saya risau membiarkan mereka berjalan sejauh satu kilometer ke sana dan melintas jalan dengan kereta dipandu laju sedangkan pada waktu pagi, saya dan isteri keluar bekerja,” katanya.

Ujarnya, pihaknya sudah memajukan permohonan untuk memasukkan bekalan air dan elektrik kepada masyarakat Orang Asli yang mendiami lokasi asal berkenaan, tetapi, dimaklumkan ia mempunyai masalah berkaitan status tanah.

“Bilangan kami ramai dan sudah tentu apabila satu rumah didiami banyak keluarga, ia boleh mendatangkan masalah.

“Orang Asli mementingkan hubungan kekeluargaan dan bagi mengelak masalah berlaku di kemudian hari, mereka memilih untuk membina rumah masing-masing di tapak lama kediaman ibu bapa mereka dahulu,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi berkenaan mendapati, kediaman penduduk di sini ada yang dibina sendiri namun terdapat juga yang dibina NGO.

Laluan masuk ke tiga bahagian lokasi penempatan itu juga ada yang berturap dan memudahkan penduduk keluar masuk menggunakan motosikal atau kereta masing-masing.

Selain bercucuk tanam, mencari herba hutan dan meman­cing, penduduk di sini juga keluar be­kerja di sekitar bandar raya.

Kebanyakan anak Orang Asli di kampung itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Seksyen 6 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7.

Difahamkan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) turut memberi bantuan wang saku kepada penduduk di kampung, pengangkutan ke sekolah dan bakul makanan buat mereka. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/wahai-politikuspemimpin-janganlah-suka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Pemimpin Jangan Hanya Tahu Upload Gambar Makan Mee Segera Sila Turun Jumpa Rakyat

Wahai Pemimpin Jangan Hanya Tahu Upload Gambar Makan Mee Segera Sila Turun Jumpa Rakyat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 542 hits
Sumber tiktokJangan jadi manusia hipokrit sila turun kelapangan dan lihat sendiri kesusahan rakyat Mereka tidak malas tapi mereka terhimpit dan tersepit akibat lockdown Janganlah hanya tahu terima elaun dan upload gambar makan mee segera ko...
Wahai Putrajaya Janganlah Malu Terima Nasihat Perangi Covid 19

Wahai Putrajaya Janganlah Malu Terima Nasihat Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 313 hits
June 4 2021 Mungkin malu ungkapan kurang sesuai untuk tajuk artikel ini tetapi yang penting adalah mesejnya Saya terpanggil menulis artikel ini selepas membaca laporan FMT 3 Jun yang juga boleh diikuti melalui video FMT Artikel yang dirujuk...
Pergi Jahan4m Rizalman Ded4h Ada Selebriti Suka Mengata Dia Sekali Zarina Zainuddin Masuk Komen

Pergi Jahan4m Rizalman Ded4h Ada Selebriti Suka Mengata Dia Sekali Zarina Zainuddin Masuk Komen

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Selepas ins den pengakuannya tidak makan ikan salmon baru baru ini selain mengh4mpakan peminat yang menghadiahkannya ikan tersebut Datuk Rizalman muncul pula dengan sind ran baru menerusi perkongsiannya dalam Instagram Menurut ...
Resipi Mudah Kudapan Petang Anak Anak Pasti Suka

Resipi Mudah Kudapan Petang Anak Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 243 hits
Bila musim PKP begini mak mak pasti pening nak sediakan makanan kudapan untuk anak anak Jangan risau buat sahaja resipi cornsosej cheese ini yang sangat mudah Budak budak pasti suka kudapan yang ada cheese kan Resipi ini hasil perkongsian s...
7 Efek Begadang Ini Mengintaimu Yang Suka Tidur Di Atas Jam 11 Malam

7 Efek Begadang Ini Mengintaimu Yang Suka Tidur Di Atas Jam 11 Malam

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 266 hits
Mana yang suka ngatain tidur sebelum jam 11 malam itu cupu Justru ruginya ada di kamu
Ibu Haiau Anak 2 Tahun Dari Rumah Kerana Suami Baru Tak Suka

Ibu Haiau Anak 2 Tahun Dari Rumah Kerana Suami Baru Tak Suka

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 199 hits
nbsp Kisah ibu buang anak kandung yang masih kecilSiapa sangka disebabkan suami baharu ada ibu yang tergamak mend era dan buang anak tanpa belas kasihan nbsp Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pekerja sosial dari negara seberang ...
Buat Apa Yang Allah Suka Dan Berniaga Kerana Allah Dulu Prinsip Farisha Founder Ismart Eduworld

Buat Apa Yang Allah Suka Dan Berniaga Kerana Allah Dulu Prinsip Farisha Founder Ismart Eduworld

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 246 hits
Perjalanan seorang pendidik bukan sekadar mengajar menulis dan membaca tetapi mendidik anak anak agar menjadi insan berguna Tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan dengan sepenuh jiwa dan raga berlandaskan keikhlasan dalam membina gener...
Lebih Rela Kawan Dengan Lelaki Wanita Ini Dedah 5 Sebab Tak Suka Kawan Dengan Perempuan

Lebih Rela Kawan Dengan Lelaki Wanita Ini Dedah 5 Sebab Tak Suka Kawan Dengan Perempuan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 286 hits
Lumrah berkawan pasti ada yang tidak senang dengan kelebihan dan kejayaan kita Lebih teruk ada yang sanggup tikam belakang kerana perasaan dengki Seperti dikongsikan oleh seorang wanita bernama Sallywhoo ini yang meluahkan rasa sebab mengap...
Hiburan Seru Kaum Lelaki Jangan Tergugat Naim Daniel Akui Suka Wanita Bekerjaya

Hiburan Seru Kaum Lelaki Jangan Tergugat Naim Daniel Akui Suka Wanita Bekerjaya

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 196 hits
Beberapa hari ini hangat dibincangkan oleh pengguna media sosial berkenaan dengan penyataan yang dilakukan oleh seorang pakar bedah mata dan juga motivator iaitu Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad mengenai wanita perlu bodoh bodoh bagi mendap...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Gaya Hidup Sihat 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music