Wahai Putrajaya Janganlah Malu Terima Nasihat Perangi Covid 19


 
Rosli Khan -June 4, 2021 
Mungkin “malu” ungkapan kurang sesuai untuk tajuk artikel ini, tetapi yang penting adalah mesejnya. Saya terpanggil menulis artikel ini selepas membaca laporan FMT 3 Jun yang juga boleh diikuti melalui video FMT.
Artikel yang dirujuk berkisar kepada pandangan dan saranan yang dilontar bekas menteri kewangan II Johari Ghani mengenai prestasi kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 yang semakin mengganas dari segala segi.
Dalam artikel berkenaan, Johari mendesak Putrajaya melakukan sesuatu dengan cepat kerana banyak yang masih huru-hara.
Beliau jarang bersuara. Tetapi nyata sekali, apabila dia membuat kenyataan, intipatinya tepat, jujur, dan bernas.
Contohnya tentang kumpulan yang berpendapatan rendah dan pekerja gaji hari yang hilang terus punca pendapatan mereka setelah “lockdown” berkuat kuasa dua hari lepas.
Mengikut statistik yang dikeluarkan, ada seramai 3.92 juta rakyat yang termasuk dalam kategori ini di seluruh negara. Saya kira ini termasuklah kumpulan orang yang juga tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan atau setiap hari. Mereka tidak seperti penjawat awam, misalnya.
Setakat ini, Putrajaya tidak pernah menyebut tentang kumpulan yang terpinggir ini atau memberi fokus terhadap kesengsaraan mereka akibat penutupan dan penyekatan yang diwartakan kerajaan ini.
Langkah yang dicadangkan oleh Johari ialah menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran melalui kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), serta juga wakil-wakil rakyat yang sedia ada, sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.
Inilah masa yang paling sesuai untuk mereka kembali ke kawasan dan turun padang bagi membantu dan melihat sendiri betapa daifnya rakyat akibat sekatan yang dikenakan menerusi perisytiharan darurat.
Johari tepat dalam mencadangkan bantuan yang disalurkan seharusnya diperolehi dari peniaga-peniaga di kawasan itu sendiri bagi membantu ekonomi tempatan menjana sedikit pendapatan dalam keadaan yang serba kurang ini.
Bagi saya, sebagai seorang pengamal ekonomi, ini satu saranan cukup baik yang belum pernah dicadangkan sebelum ini.
Saya masih ingat pada waktu PKP pertama, banyak barangan bantuan yang dikumpulkan di sesuatu tempat yang mana kemudianya perlu dihantar ke tempat-tempat yang diperlukan.
Bukan saja pembantu-pembantu sambilan (yang terlibat secara sukarela) tidak dapat menyelaraskan permintaan logistik yang begitu mencabar, tetapi barangan yang dihantar juga tidak berkualiti, rosak, tidak mencapai sasaran, dan tempat yang memerlukannya.
Ramai yang perlu dibantu dan berharap, tetapi akhirnya tidak mendapat sebarang bantuan. Kalau pun mereka dapat, barangan yang dihantar adalah bukan yang mereka perlu.
Sebagai contoh, apa gunanya 10 paket gula tanpa teh atau kopi bersama?
Ini yang banyak terjadi dari pengalaman yang lepas kerana masalah koordinasi, logistik, dan pembahagian yang akhirnya terlalu sukar dan mencabar, tanpa bantuan dari pihak pemerintah atau penjawat awam.
Putrajaya seharusnya belajar dari kesilapan yang lepas dan mengambil kira cadangan dan saranan yang bernilai seperti ini.
Johari juga menyoal Putrajaya tentang jalan keluar yang masih samar dan tidak pasti. Tentang penyuntikan vaksin yang lembab dan perlunya berkongsi maklumat dan akaun perbelanjaan vaksin yang menggunakan dana awam.
Di sini saya ingin menarik perhatian pembaca tentang beberapa pemimpin lain yang pernah menyuarakan cadangan demi cadangan yang baik dan bernas, tetapi Putrajaya tidak ambil tahu.
Antaranya adalah komentar-komentar Mohamad Hassan atau Tok Mat (Timbalan Presiden Umno) dan juga beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh bekas menteri dan ahli Umno, Zaid Ibrahim.
Seharusnya Putrajaya mengambil masuk kepakaran yang ada pada mereka bertiga ini, untuk membantu mengatur langkah mencari jalan keluar dari Covid-19 yang melanda negara kita.
Saya percaya, demi negara dan rakyat, mereka sanggup membantu.
Rosli Khan berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri pengangkutan dan cenderung mengikuti lanskap politik negara yang sering berubah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/wahai-putrajaya-janganlah-malu-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 5000 Rakyat Kelantan Terima Vaksin Dalam Sehari

Vaksin Covid 19 5000 Rakyat Kelantan Terima Vaksin Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 229 hits
Sekitar 5 000 rakyat di Kelantan menerima vaksin melibatkan 10 pusat pemberian vaksin dalam tempoh sehari SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkin...
Allah Saja Tahu Anggota Polis Terima Hakikat Ibu Bapa Dan Adik Maut Dijemput Covid 19

Allah Saja Tahu Anggota Polis Terima Hakikat Ibu Bapa Dan Adik Maut Dijemput Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 239 hits
FMT ReportersKetua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai dan pegawai kanan IPD Sentul melawat Siti Nurul Hawana Amran susulan kematian ibu dan bapanya akibat Covid 19 di di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jumaat lalu PETALING JAYA ...
Hiburan Bukan Kena Tunggu Tiga Bulan Ke Netizen Keliru Nabila Huda Sudah Terima Vaksin Lepas Sembuh Covid 19

Hiburan Bukan Kena Tunggu Tiga Bulan Ke Netizen Keliru Nabila Huda Sudah Terima Vaksin Lepas Sembuh Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 297 hits
Semalam pengguna media sosial dilihat telah menzahirkan kekeliruan apabila aktres Nabila Huda ada memuat naik foto memaparkan dirinya dan suami sudah mendapatkan vaksin di Instagram Apa yang menjadi pertanyaan adalah apabila Nabila yang bar...
Nurse Hamil Anak Sulung Meninggal Kerana Covid 19 Terima Jangkitan Dari Pesakit

Nurse Hamil Anak Sulung Meninggal Kerana Covid 19 Terima Jangkitan Dari Pesakit

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 250 hits
Ajal dan maut itu ketentuan Allah S W T Siapa pun tidak dapat menghalangnya jika Dia telah berkehendak Begitu juga dengan mereka yang pergi setelah menjadi mangsa wabak pandemik yang sedang menggila saat ini Hal ini turut berlaku kepada fro...
Remaja Oku Jadi Sukarelawan Urus Jenazah Pesakit Covid 19 Terima Pujian

Remaja Oku Jadi Sukarelawan Urus Jenazah Pesakit Covid 19 Terima Pujian

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 272 hits
Tiada sesiapa pun di dunia ini yang hendak dilahirkan sebagai orang kelainan upaya Namun siapa kita untuk menidakkan takdir yang sudah ditentukan untuk kita Menjadi OKU bukan satu penghalang Terdapat sesetengah pihak memliki pandangan baik ...
Ya Allah Kalau Kau Nak Cabut Nyawa Aku Janganlah Musim Covid 19

Ya Allah Kalau Kau Nak Cabut Nyawa Aku Janganlah Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 285 hits
Memasuki usia 68 tahun bulan hadapan pelakon Fauziah Nawi meluahkan rasa bimbang dengan situasi Covid 19 melanda negara apatah lagi kes semakin tinggi Pelakon itu turut marah dengan sikap penting diri pihak yang tidak mahu mengambil suntika...
Dilanda Panic Attack Setiap Kali Terima Berita Covid 19

Dilanda Panic Attack Setiap Kali Terima Berita Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 310 hits
Assalamualaikum Hi korang Pernah kena panic attacked Pernah kena Anxiety macam mana rasa kena tu SA sedang alami panic attacked dan sekaligus anxiety sebab tu SA senyap 2 3 hari ni kalau tak entry sampai 2 3 kan utk sehari allahu semua gara...
Menteri Timbalan Menteri Sumbang Tiga Bulan Gaji Bantu Perangi Covid 19

Menteri Timbalan Menteri Sumbang Tiga Bulan Gaji Bantu Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 283 hits
freemalaysiatoday com May 31 2021 9 45 PMPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan gaji semua menteri dan timbalannya akan dipotong selama tiga bulan bermula Jun Katanya jumlah itu akan dimasukan kedalam Akaun Amanah Bencan...
Duterte Arah Individu Langgar Covid 19 Diberkas

Duterte Arah Individu Langgar Covid 19 Diberkas

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 229 hits
MANILA Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengumumkan perintah penangkapan mandatori kepada individu yang melanggar perintah kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menurut beliau menyebarkan virus kepada orang lain merupakan satu...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation