Wahai Muhyiddin Fahamilah Kenapa Rakyat Marah



“Saya tahu rakyat marah.” Satu ungkapan yang kini tular. Ia pengakuan oleh seorang pemimpin kerajaan bahawa rakyat kini marah kepada kerajaan, kepada Putrajaya.
Soalnya, setelah membuat pengakuan itu, apakah pemimpin kita cuba memahami kenapa rakyat marah terhadap mereka? 
Saya kumpulkan kenyataan beberapa pihak mengenai isu ini dengan harapan boleh jadi renungan pemimpin kita.
Mengikut Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden Parti Amanah Negara), rakyat tidak kecewa dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi mereka marah dengan ketidaktentuan (flip-flop) arahan kerajaan kepada peniaga sepanjang Ramadan. 
Ketidaktentuan arahan kerajaan ini menyebabkan peniaga bazar Ramadan menanggung kerugian besar.
Bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak (bekas menteri), rakyat marah kerana keputusan ketidaktentuan kerajaan dalam menangani krisis peningkatan kes Covid-19. 
Beliau turut menegur wujudnya ‘terlalu ramai jurucakap’ yang menyebabkan ‘percanggahan pandangan antara mereka,’ sekali gus ‘menimbulkan persepsi negatif dan menambah kekeliruan rakyat.’
Dwistandard
Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, rakyat marah kerana ada layanan ‘dwistandard’ diamalkan kerajaan. 
Beliau merujuk kepada berita Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar yang dibenarkan bercuti 55 hari ke luar negara semata-mata menziarahi ahli keluarganya. 
Pemimpin kerajaan sepatutnya menjadi role model, bukan menjadi penyebab kepada kemarahan rakyat.

Mengikut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, rakyat marah kerana ada dwistandard dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP), ada layanan berbeza dari segi penguatkuasaan undang-undang, kompaun dikenakan tanpa pertimbangan kemanusian, dan pelaksanaan SOP yang ‘tidak konsisten dan cacamarba.’
Gagal

Bagi Datuk Ab. Aziz Kaprawi (bekas timbalan menteri), ada pelbagai sebab rakyat marah kepada kerajaan, antaranya: 
 Lemah mengurus SOP sehingga menyebabkan rakyat dan pegawai penguat kuasa keliru.  Peraturan bersifat dwistandard.  SOP yang mengawal ketat sektor ‘ekonomi rakyat’ (kais pagi makan pagi) tetapi memberi kelonggaran kepada ‘ekonomi taikun’ sehingga mengakibatkan peningkatan kes yang amat tinggi.  Melaporkan tunggakan kes sebagai kes harian sehingga memberi gambaran yang salah mengenai situasi sebenar.  Gagal mengurus ekonomi negara – gagal bawa masuk pelaburan luar negara. Pada masa sama, banyak syarikat antarabangsa berpindah ke negara jiran.  Pengisytiharan darurat gagal membendung penularan pandemik tetapi dijadikan alasan menggantung sidang Parlimen.  Menteri yang kelihatan tidak efektif – ada menteri yang menjadikan pejabatnya seperti studio peragaan fesyen, dan ada menteri yang flip-flop mengenai isu pembukaan sekolah.
Menyelamatkan nyawa rakyat
Pada 6 Mei lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui, “saya tahu rakyat marah.” Namun, tetap menegaskan niat kerajaan mengenakan PKP yang baharu adalah ‘untuk menyelamatkan nyawa rakyat.’
Tegasnya lagi, “rakyat kena faham, bukan tujuan kerajaan untuk menyusahkan. Kita tidak mahu Malaysia akhirnya menjadi seperti India selepas beberapa pemimpin negara itu mengisytiharkan menang dalam peperangan menentang Covid-19 dan mula memberikan kebebasan. ”
Denda tidak masuk akal
Bagi Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, rakyat tidak marah kerana PKP.
“Perkara yang membangkitkan kemarahan rakyat adalah denda yang tidak masuk akal dan kelonggaran hanya diberikan kepada golongan tertentu,” katanya.
Ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff menggariskan beberapa sebab rakyat marah kepada kerajaan: 
 Sewaktu darurat diisytiharkan (12 Januari 2021), jumlah kes positif adalah 141,533 dengan 559 kematian. Lima bulan kemudian, kes meningkat kepada 411,594 dengan 1,521 kematian.  Kadar vaksinasi lembab.  Pengangguran bertambah.  Kerajaan tidak punya dasar yang jelas. Banyak perkara yang diuruskan sekarang adalah secara ad hoc.  Peluang pekerjaan terbatas.  Ekonomi negara suram.  Pelaburan asing merudum, malah yang sedia ada pun berpindah keluar.  Menteri dan timbalan menteri ramai, tetapi rakyat melihat mereka sebagai tidak begitu berfungsi, satu pembaziran wang negara.  Parlimen digantung untuk elak akauntabiliti kerajaan. Ordinan yang diluluskan tidak mesra rakyat.
Ziarah raya

Bagi Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad (yang memuat naik klip video bertajuk PKP last minute 3.0), dia kecewa tentang isu ziarah raya. 
Walaupun dia dan ibunya memiliki rumah masing-masing dalam daerah yang sama, disebabkan larangan ziarah raya dikuatkuasakan, dia meminta ibunya pergi ke sebuah pasar raya berdekatan untuk dia memohon maaf di situ. 
Katanya, dia amat sedih kerana pada awalnya kerajaan sudah pun menyatakan ziarah raya dibenarkan di kawasan PKP pada 1 Syawal bagi tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa tertakluk kepada saiz rumah.
Kesimpulannya, antara sebab utama rakyat marah kepada kerajaan sekarang adalah ketidaktentuan membuat keputusan, gagal memerangi pandemik, layanan dwistandard, lemah mengurus SOP, Parlimen digantung dan pengangguran bertambah.
Pemimpin kita perlu fahami kenapa rakyat marah dan berusaha mengatasinya. Kemarahan adalah seperti api, perlu dikendalikan dan dipadamkan – yang memerlukan kebijaksanaan, kesabaran dan perancangan.

Oleh: Datuk Salleh Buang 
Bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara,Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/wahai-muhyiddin-fahamilah-kenapa-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penasihat Muhyiddin Beri Amaran Kemarahan Rakyat Semakin Meningkat

Penasihat Muhyiddin Beri Amaran Kemarahan Rakyat Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 241 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diingatkan orang sekelilingnya termasuk beberapa menteri mengenai kemarahan rakyat yang semakin meningkat dengan harapan kerajaan akan menggunakan strategi komunikasi yang lebih ...
Muhyiddin Minta Umat Islam Doakan Keselamatan Rakyat Palestin

Muhyiddin Minta Umat Islam Doakan Keselamatan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 281 hits
Oleh PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddi Yassin hari ini meminta umat Islam mendoakan agar Allah memelihara dan melindungi rakyat Paslestin yang berhadapan dengan serangan jet dan roket rejim Israel Katanya sungguh besar ujian ujian yang terpa...
Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 280 hits
May 23 2021 Ketua Pemuda UMNO marahkan kerajaan PN BN katanya pentingkan tauke tauke Buat rakyat Malaysia perlu sentiasa jelas dan faham siapa dalam Kabinet PN BN PAS Kalau negara sedang jahanam dan rosak sekarang mereka yang dalam gambar d...
Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 591 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas Majlis keselamatan Negara mengenai pengurusan covid 19 membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara Menurut Perdana Menteri
Rakyat Kian Tunjuk Marah Pada Mahiaddin Kerajaangagal Kini Sudah Naik Taraf Jadi Kerajaanbodoh

Rakyat Kian Tunjuk Marah Pada Mahiaddin Kerajaangagal Kini Sudah Naik Taraf Jadi Kerajaanbodoh

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 227 hits
Semakin tinggi angka kes Covid19 yang dilaporkan dalam waktu yang sama semakin meningkat juga Mahiaddin Md Yasin diserbu dengan tanggapan tentang kegagalannya sebagai Perdana Menteri Ditambah dengan pengenalan SOP baru PKP yang diperketatka...
Saya Bukan Zalim Tapi Mahu Lindungi Nyawa Rakyat Muhyiddin

Saya Bukan Zalim Tapi Mahu Lindungi Nyawa Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 373 hits
CYBERJAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukanlah zalim apabila menguatkuasakan semula larangan rentas daerah dan rentas negeri ketika umat Islam mahu menyambut 1 Syawal Sebaliknya tegas Perdana Menteri langkah itu terpaksa dila...
Rakyat Makin Marah

Rakyat Makin Marah

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 239 hits
Rakyat semakin marah Rakyat bukan sangat hendak beraya Rakyat faham isunya Covid 19 Akan tetapi rasa tidak puas hati sedang membiak dan berkeliaran Kemarahan itu saya perlu sebutkan di sini bukanlah kerana gerakan kepembangkangan semakin be...
Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 228 hits
PKP Saya tahu rakyat marah kata Ismail SabriSinar HarianMei 5 2021 14 07Ismail Sabri menegaskan usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Kerajaan tahu rakyat marah khusus...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri