Rakyat Makin Marah


 

Rakyat semakin marah. Rakyat bukan sangat hendak beraya. Rakyat faham isunya Covid-19. Akan tetapi rasa tidak puas hati sedang membiak dan berkeliaran. Kemarahan itu saya perlu sebutkan di sini bukanlah kerana gerakan kepembangkangan semakin berkesan. Tidak juga kerana oposisi semakin bersatu. Malah seperti yang terlihat, pihak pembangkang kekal bercempera.
Apa pun kemarahan rakyat kelihatan nyata, meyakinkan, dan jumlah itu mencanak naiknya hari demi hari. Jika bukan pembangkang dalangnya, mengapakah rakyat makin marah dan tidak berpuas hati?
Saya akan cuba menggariskan beberapa telahan awal atau hipotesis (yang tentu saja belum dilihat secara menyeluruh) mengenai kenyataan di atas.
Pertama, terdapat rasa tidak puas hati dan kemarahan yang mendadak kerana terdapat dakwaan pihak berkuasa tidak melayan semua kelas dalam masyarakat secara setara. Hal ini mengakibatkan timbul satu istilah yang makin mendapat perhatian – Kayangan – di mana kelompok ini dicarutkan dengan bebas.
Kelompok Kayangan ini merujuk kepada kaum kerabat yang mempunyai kekebalan dari segi undang-undang kerana mereka adalah kaum atas, dewata, atau kayangan. Selain mereka, kaum Kayangan juga dirujuk kepada kumpulan agamawan yang galak menasihati umat tetapi mereka sendiri melanggar apa yang dinasihati itu.
Kayangan juga disasarkan kepada kumpulan orang kaya atau hartawan yang bebas misalnya untuk ke luar negara seperti terbang ke London untuk apa-apa urusan yang mereka fikirkan perlu.
Lain dari itu terdapat satu lagi kelas Kayangan iaitu kaum selebriti yang terdiri dari pelakon atau penyanyi yang hidupnya mewah dan taring kemasyhuran mereka itu menjadi panjang dengan menghisap perhatian dan juga sanjungan umat. Mereka malah bangga dan megah bisa giat menghisap pahala rakyat. Kumpulan Kayangan ini bebas melakukan apa sahaja seperti dilihat atau didakwa oleh ramai – melanggar peraturan – atau SOP ketika pandemik sedang berlangsung.
Dikatakan rakyat didenda dan dihukum serta-merta manakala kaum Kayangan ini selalu akan terniqab oleh satu lagi lapis iaitu ‘sedang dibuka kertas siasatan’.
Dikatakan kaum Kayangan ini juga mendapat kelebihan seperti beroleh vaksin lebih awal dan apa sahaja khabar angin yang timbul mengenai mereka akan terpadam atau nyahnyala kerana indeks kebebasan bersuara kian merudum.
Kebencian kepada kaum Kayangan ini hari demi hari menjadi jelas dan nyata kerana apa yang terpapar pada media sosial mereka tidak sama dengan imej baik yang cuba mereka tonjolkan. Dalam erti kata lain, rakyat bukan lagi level ‘budak kita’ yang boleh diperbudakkan atau diperbodohkan dengan mudah.
Kedua, turut menjadi faktor kemarahan rakyat ialah kerana kecelaruan maklumat yang bergulir semakin panjang. Maklumat mengenai pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan dengan pelbagai jenis SOP, dan juga pelbagai pelbagai jenis kecacamarbaan menyebabkan rakyat terasa lemas dan amat genting.
Apatah lagi terdapat pengakuan bahawa kegentingan itu wajar memandangkan pekerja Genting sudah pun mendapat vaksin awal. Kecelaruan informasi oleh pihak berkuasa ini tidak diuruskan dengan baik di mana rakyat mencari-cari sendiri keterangan dan penjelasan tetapi gagal memperolehinya.
Kecelaruan maklumat ini lebih membakar dan ketara apabila Pengarah Kesihatan sudah terlalu lama tidak memberikan sidang akhbar secara langsung yang akan membolehkan pihak wartawan misalnya bertanyakan secara telus kesahihan pelbagai dakwaan dan khabar angin yang bertiup sejauh dari Abu Dhabi. Di Malaysia, khabar angin selalu dianggap khabar sahih kerana seringnya akan ternyata menjadi benar.
Ketiga, kekelamkabutan maklumat itu berlaku kerana terlihat dengan jelas sekali terjadinya adalah akibat ketidakcekapan pengurusan pihak kerajaan dalam mengendalikan pandemik. Dalam keadaan demokrasi terencat kerana Parlimen digantung, ketatacaraan kerajaan mentadbir negara ini tidak disemak dan menimbulkan keresahan, yang kini bertukar kemarahan.
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara mengenai gangguan yang beliau alami dalam pekerjaannya menunjukkan wewenang atau kuasa telah melimpah dan tidak dicatu dengan baik. Kebenaran dakwaan itu memang tidak dapat ditentukan. Namun demikian perlahan-lahan ia dianggap sebagai tragedi dan perkara malang yang menyebabkan negara ini terpelanting dalam kancah negara gagal.
Ini menjuruskan kemarahan kepada tanda pagar yang merupakan penjelasan kepada faktor keempat kegeraman dan kebaranan rakyat iaitu, kegagalan kerajaan. Hal ini misalnya boleh dilihat dalam rungutan netizen dalam ciapan mereka. Pelbagai manifestasi kegagalan itu diperlihat dan dikongsi yang semuanya tidak ditangani dengan baik, bahkan dibiarkan tidak berjawab. Kita belum tahu apakah ini benar fenomena kerajaan gagal, tetapi kecaman dan hujah sedemikian semakin bersipongang.
Dakwaan kegagalan kerajaan ini sudah tentu boleh dirangkumkan sekali dengan semua pertikaian yang disebut di atas kerana ia begitu berkait. Hari demi hari, rakyat menjadi tidak percaya dengan kerajaan. Hal ini jika tidak direbutkan kembali akan membawa kepada satu kancah yang menakutkan, iaitu Malaysia menjadi negara gagal.
Sesebuah kerajaan yang tidak lagi boleh dipercayai boleh menyebabkan pelbagai faktor dan masalah lain pula di masa mendatang. Rasa marah rakyat ini akan melantun dan melenting menjadi keputusasaan, dan ia boleh menjejaskan mental rakyat, seterusnya membawa kita semua ke satu ambang iaitu jurang yang paling menggerunkan; kehancuran moral bangsa dan umat.
Hari ini cakap dan carut terhadap kaum Kayangan amat biasa kerana kegagalan itu dilihat dan dapat dibandingkan. Kegagalan ini terbandingkan misalnya Malaysia terlihat bagaikan India dari segi ketidakcekapan menguruskan pandemik, dan jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Taiwan atau New Zealand.
Kelima, kemarahan rakyat juga dihubungkan dengan rasa kemelaratan murbawan yang tidak diendah. Kaum marhaen berdepan dengan pergulatan hidup yang sangat serik dan terik. Malah terdapat pendedahan kanak-kanak hidup secara gelandangan setelah kehilangan ibu-bapa. Setiap hari terdapat perkongsian di media sosial mengenai nasib kaum murba yang lapar, terjejas mata pencarian, nanar mencari bantuan, dan terhempuk oleh kesulitan hidup.
Para pelajar yang mengungsi di rumah kerana tidak lagi dapat ke sekolah tidak dibekalkan dengan peranti pembelajaran yang berkesan menyebabkan rasa keterciciran itu menjadi sangat sengit dan tengik. Jerit, laungan, dan lolongan rakyat ini tidak diendahkan malah dapat dikatakan menjadi faktor keenam kemarahan rakyat itu kian terserlah iaitu apa yang dinamai ketulian ‘bayang-bayang tuhan’ (dengan huruf T kecil).
Ketidakendahan ‘tuhan di muka bumi ini’ terhadap rakyat menunjukkan terputusnya hubungan antara kelas. Nyata pandemik menjadi satu iklan kepada perbezaan antara orang biasa dan orang yang diluarbiasakan meskipun mereka itu sebenarnya juga biasa. Ketulian ini membuka kepada pelbagai aib, dan juga ‘fitnah’.
Persoalan ketidakpedulian ini begitu mengejutkan kerana selama ini rakyat merasakan mereka dipayungi atau dilindungi oleh satu lambang sakral yang kudus. Namun demikian simbol itu semakin berani dipertikaikan kerana rakyat berasa mereka tidak lagi beroleh apa-apa manfaat. Bahkan suara teguran itu dilihat sebagai satu kedengkian.
Ketujuh, terhambat oleh pandemik ini, rakyat mulai menagih janji vaksin yang kelihatannya belum kunjung tiba. Rakyat dibiarkan bagai anjing lapar meluru merebutkan bangkai untuk vaksin yang dikirai bagai satu bidaan. Demikianlah rasa sesetengah rakyat diperlakukan. Padahal terdapat dakwaan golongan tertentu telah pun beroleh vaksin. Bahkan jika dibandingkan keperluan seorang guru sekolah dengan seorang penjaga bar di Genting bagaikan langit dengan bumi.
Semua faktor disebut di atas hanya berupa satu hipotesis dan belum lagi tentu benar. Namun demikian inilah nampaknya titik rasa tidak puas hati yang sedang menggejala dan merebak bagai api dalam kalangan perbahasan antara rakyat tanpa mengira kaum.
Semua faktor di atas membawa kepada satu yang lebih mengancam, iaitu semua rukun dalam negara ini sedang rapuh tiangnya. Ini kerana kemarahan rakyat ini sedang menguji semua yang terbentang pada rukun yang kita kenal selama ini. Rukun negara sedang dijilat api.
Kemarahan adalah api, dan api jangan dibiarkan membakar tiang. Jika ia menjilat hangus semua tiang seri maka rumah itu akan roboh. Untuk membinanya kembali setelah ia pernah tersergam indah mungkin memerlukan masa yang lama. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/rakyat-makin-marah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TRUTH%2

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 232 hits
PKP Saya tahu rakyat marah kata Ismail SabriSinar HarianMei 5 2021 14 07Ismail Sabri menegaskan usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Kerajaan tahu rakyat marah khusus...
Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 314 hits
freemalaysiatoday com April 22 2021 7 30 AMPenganalisis berkata jika perintah darurat tidak lagi efektif mengawal penularan wabak Covid 19 Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskannya PETALING...
Rakyat Tidak Marah Pelaksanaan Pkp Tapi Sebab Layanan Tidak Sama Rata Dr Zainal Ariffin

Rakyat Tidak Marah Pelaksanaan Pkp Tapi Sebab Layanan Tidak Sama Rata Dr Zainal Ariffin

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 229 hits
Faris Danial RaziMei 1 2021Rakyat tidak marah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau sebarang sekatan pergerakan tetapi atas sebab layanan tidak sama rata ujar Datuk Dr Zainal Ariffin Omar BernamaKUALA LUMPUR Rakyat tidak marah...
Rakyat Marah Fb Kkm Diserang Teruk

Rakyat Marah Fb Kkm Diserang Teruk

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 275 hits
Covid 19 dikesan di negara kita pada Januari 2020 Pada 16 Mac 2020 setelah wabak ini merebak melalui kluster Tabligh kerajaan memperkenalkan PKP PKP ini dilanjutkan setiap dua minggu sekali sehingga 12 Mei 2020 Rakyat susah tetapi tidak mer...
Hashtag Kerajaangagal Dengan Ciapan Lebih 150 Ribu Bukti Nyata Rakyat Tak Puas Hati Dengan Pn

Hashtag Kerajaangagal Dengan Ciapan Lebih 150 Ribu Bukti Nyata Rakyat Tak Puas Hati Dengan Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 246 hits
Betul ke sedang viral hashtag KerajaanGagal digunakan secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu Hashtag kerajaangagal malah dikatakan antara hashtag paling popular digunakan rakyat Malaysia ketika ini Beberapa media dalam talia...
Jangan Lupa Kempen Ph Di Pru15 Ingatkan Rakyat Tentang Masalah Dibuat Umno Bn Puak Tu Yang Menongkat Kerat Pn

Jangan Lupa Kempen Ph Di Pru15 Ingatkan Rakyat Tentang Masalah Dibuat Umno Bn Puak Tu Yang Menongkat Kerat Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 228 hits
UMNO BN tetap lawan utama PH nanti PA dan PPBM gone case PA tidak cukup sokongan pengundi atas pagar di Pantai Barat PPBM TIADA akar umbi Mereka hanya mampu guna kuasa dan wang peruntukan selaku KERA jaan PNkhianat Biarkan Biar rakyat dpt h...
Rakyat Marhaen Dikompaun Lagi Tidak Patuh Sop

Rakyat Marhaen Dikompaun Lagi Tidak Patuh Sop

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 257 hits
Rakyat Marhaen Dikompaun Lagi Tidak Patuh SOP Seramai 45 pelanggan sebuah restoran popular di Jalan Teluk Sisek dikompaun antara RM1 500 hingga RM2 000 seorang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan sema...
Rakyat Tunggu Bila Nak Tarik Diri Dari Pn Tapi Umno Pengecut

Rakyat Tunggu Bila Nak Tarik Diri Dari Pn Tapi Umno Pengecut

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON April 26 2021 Tiada apa yang luar biasa pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno pada semalam bahkan tiada keputusan besar mahupun dahsyat yang berlaku kata Adun AMANAH Adun Durian Tunggal Datuk Sofi Wahab berk...
Rakyat Perlu Korban Sambut Aidilfitri Di Perantauan

Rakyat Perlu Korban Sambut Aidilfitri Di Perantauan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 155 hits
HARAKAH DAILY PASIR MAS Rakyat Kelantan yang tinggal di negeri negeri lain diminta akur mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan walaupun terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri kali kedua di perantauan Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus