Wahai Isteriku Dengan Siapa Engkau Di Syurga Kelak



SOALAN:
Ada seseorang bermadah:

“Wahai isteriku, sekiranya aku boleh berdoa, maka aku berdoa kepada Allah agar engkau yang meninggal dahulu, barulah aku menyusul. Aku tidak ingin apabila aku meninggal terlebih dahulu, kemudian engkau bernikah lagi dengan lelaki lain, maka engkau akan bersama suami terakhirmu di syurga. Aku yang sudah menanti-nanti akan menjadi Raja bagimu di syurga, ternyata aku harus menanggung cemburu tak tertahan, melihat kenyataan engkau bersanding dengan lelaki lainnya di syurga… selama-lamanya.”

Apakah benar gambaran hal di atas?

JAWAPAN:
Hal ini kembali kepada pembahasan “Apabila wanita bernikah lebih dari sekali, bersama siapakah dia di syurga kelak di antara suaminya (apabila semua suaminya masuk syurga)? Dalam hal ini ulama' berbeza pendapat, terdapat dua pendapat terkenal:

Wanita boleh memilih dengan suami yang mana kelak dia akan bersama di syurga.Wanita bersama suami terakhirnya di dunia.
Wanita boleh memilih dengan suami yang mana kelak dia akan bersama di syurga

Para ulama' berdalil bahawa di syurga kelak seseorang dapat memilih sesuai dengan apa yang dia inginkan berdasarkan keumuman ayat mengenai kehidupan di syurga. Allah berfirman:

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ
“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” [Az-Zukhruf: 71]

Demikian juga hadith, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا
“Wanita manapun yang ditinggal mati suaminya, kemudian si wanita bernikah lagi, maka dia menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir.” [HR. Ath-Thabarani, lihat Ash-Sahihah 3/275]

Dalam kitab At-Tadzkirah fii ahwalil mauta disebutkan:

وقيل : إنها تخير إذا كانت ذات زوج
“Pendapat lainnya adalah wanita tersebut dapat memilih apabila memilki beberapa suami.” [2/278]

(HR. Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Washith dari Abu Darda’)

Sebahagian lagi berdalil dengan hadits Ummu Salamah yang mengenai bolehnya memilih suami di syurga, hanya saja sebagian ulama' mendhaifkan hadith tersebut:

يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهَا تُخَيَّرُ فَتَخْتَارُ أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا
“Wahai Ummu Salamah, dia akan diberi pilihan sehingga dia memilih yang paling baik di antara mereka.” [HR. Thabarani, Al-Mu’jam al-Kabir 23/367]

Wanita bersama suami terakhirnya di dunia

Dalilnya adalah perbuatan Ummu Darda’ yang menolak lamaran Mu’awiyah karena ingin menjadi suami Abu Darda’ di syurga. Dia berkata: “Aku mendengar Abu Darda’ (suaminya yang telah meninggal) berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الْمَرْأَةُ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا
“Seorang wanita bagi suaminya yang terakhir.” Dan aku tidak ingin pengganti bagi Abu Dardaa’.” [As-Sahihah no. 128]

Hudzaifah radhiallahu ‘anhu juga pernah berkata kepada isterinya agar tidak bernikah lagi setelah dia meninggal apabila istrinya ingin bersanding dengannya di syurga.

إِنْ شِئْتِ أَنْ تَكُوْنِي زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ فَلاَ تَزَوَّجِي بَعْدِي فَإِنَّ الْمَرْأَةَ فِي الْجَنَّةِ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا فِي الدُّنْيَا فَلِذَلِكَ حَرَّمَ اللهُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَنْكِحْنَ بَعْدَهُ لِأَنَّهُنَّ أَزْوَاجَهُ فِي الْجَنَّةِ
“Jika kau ingin menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi setelah aku meninggal, keraena seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir di dunia. Kerananya Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bernikah lagi setelah meninggalnya Nabi, kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi di syurga.” [As-Sahihah no. 1281]

Dari beberapa pendapat tersebut sebagian ulama' merajihkan pendapat kedua yang terpilih kerana sesuai dengan zahir hadith, akan tetapi sebagian ulama' lainnya yang merajihkan pendapat pertama.

Catatan Penting

1. Apabila ada laki-laki soleh yang melamar seorang wanita janda (janda ditinggal mati), kemudian wanita tersebut tidak dapat menjaga diri dengan hidup menjanda sendiri kerana fitnah dan tidak mampu mendidik anak-anaknya sendiri, maka hendaknya dia menerima lamaran lelaki tersebut. Hal ini lebih baik daripada dia berangan-angan bersama suami terakhirnya, akan tetapi dia terjerumus dalam fitnah dan maksiat.

Perhatikan hadith berikut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِيْنَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوْهُ إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ
“Apabila datang kepada kalian seseorang yang kalian redhai agama dan akhlaknya (untuk meminang wanita kalian) maka hendaknya kalian menikahkannya dengan wanita kalian. Bila tidak, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan.” [HR. At-Tirmidzi no. 1085, hasan]

2. Tidak ada cemburu dan kecewa di syurga karena Allah sudah mencabutnya, jadi jangan khuatir cemburu seperti gambaran kisah di atas.

Perhatikan hadith berikut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

وَلَا اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوْبُهُمْ قَلْبُ رَجُلٍ وَاحِدٍ يُسَبِّحُوْنَ اللهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا
“Tidak ada perselisihan di antara mereka, tidak ada permusuhan, hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah setiap pagi dan petang.” [HR. Al-Bukhari no. 3073]

3. Terdapat pendapat ulama' lainnya iaitu dia akan bersama suami terakhir apabila suami tersebut sama amal dan akhlaknya dengan isterinya.

Syaikh Ali Firkous berkata:

وإن كان لها أزواجٌ في الدنيا فهي في الجنَّة مع آخر أزواجها إذا تَسَاوَوْا في الخُلُق والصلاح
“Apabila wanita tersebut mempunyai beberapa suami di dunia, maka dia berada di syurga bersama suami terakhirnya apabila sama dalam akhlak dan amal soleh.” [Lihat: https://ferkous.com/home/?q=fatwa-959]

Demikian juga ayat yang menyatakan bahwa suami dan isteri itu berada pada satu naungan kerana samanya amal, akhlak dan balasan adalah mereka bersama dalam satu kedudukan.

Allah berfirman:

هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلاَلٍ
“Mereka bersama dengan isteri-isteri mereka dibawah naungan (syurga).” [Yasin: 56]

Wallahua’lam.

Oleh: Raehanul Bahraen
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/wahai-isteriku-dengan-siapa-engkau-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Masuk Syurga Pemilik Sifat Sombong

Tidak Masuk Syurga Pemilik Sifat Sombong

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 487 hits
Daripada Abdullah bin Mas ud RA dari Nabi SAW baginda bersabda Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan Seorang laki laki bertanya Sesungguhnya laki laki menyukai apabila baju dan kasut...
Syurga Tempat Kamu Sayang Beberapa Bulan Bertarvng Ny4wa Akhirnya Anak Ali Puteh Menlnggai Dunia

Syurga Tempat Kamu Sayang Beberapa Bulan Bertarvng Ny4wa Akhirnya Anak Ali Puteh Menlnggai Dunia

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 333 hits
Pelawak Ali Puteh memaklumkan bahawa anaknya Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meninggaI dunia sebentar tadi Syurga Tempat Kamu Sayang Beberapa Bulan Bertarvng Ny4wa Akhirnya Anak Ali Puteh MenlnggaI Dunia
Jaminan Syurga

Jaminan Syurga

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 334 hits
Daripada Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian jujurlah jika berbicara tepatilah jika kalian berjanji tunaikanlah amanah jika kalian diser...
Biar Anak Mahir Banyak Ilmu Tahu Rasa Susah Kelak Jadi Suami Bertanggungjawab Pada Isteri

Biar Anak Mahir Banyak Ilmu Tahu Rasa Susah Kelak Jadi Suami Bertanggungjawab Pada Isteri

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 396 hits
Menjadi suami mithali penyayang dan bertanggungjawab dalam rumah tangga bukan datang daripada tempoh yang singkat Ilmu yang datangnya dari sejak kecil lagi sebenarnya perlu ditanam dalam diri anak anak kita supaya kelak mampu menjadi anak d...
Syurga Menantimu Dina Sayu Ibu Muda Meninggal Dunia Setelah Berjuang Lahir Tiga Bayi Kembar

Syurga Menantimu Dina Sayu Ibu Muda Meninggal Dunia Setelah Berjuang Lahir Tiga Bayi Kembar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 836 hits
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia setelah melahirkan tiga bayi kembar perempuan dalam kejadian yang berlaku di Medan Indonesia Wanita yang dikenali sebagai Rahmadina Nasution Dina Nasution itu dikatakan bersalin secara normal dan ti...
Kisah Abdul Rahman Bin Auf Masuk Syurga Merangkak Adalah Palsu

Kisah Abdul Rahman Bin Auf Masuk Syurga Merangkak Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 543 hits
Kisah Abdul Rahman Bin Auf Masuk Syurga Merangkak Adalah PALSU 1 Saya membaca buku 40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Dalam buku ni dia tulis salah satu kisah yang PALSU tetapi sangat popular dikalangan masyarakat kita Buku Yang Saya Baca2 Rasan...
Subhanallah Inilah Zikir Yang Boleh Menumbuhkan Pohon Di Syurga Bagi Pembacanya

Subhanallah Inilah Zikir Yang Boleh Menumbuhkan Pohon Di Syurga Bagi Pembacanya

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 587 hits
Zikir adalah kalimah pujian untuk mengingati Allah Zikir adalah sebagai suatu amalan soleh yang kita boleh lakukan sebagai bekalan kita untuk bertemu Allah SWT di akhirat kelak Ada banyak jenis zikir yang boleh diucapkan dengan pelbagai fae...
Baby D Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang Sebak Luahan Abby Abadi

Baby D Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang Sebak Luahan Abby Abadi

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 347 hits
ANAK kepada pelakon Abby Abadi Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Faizal disahkan meninggal dunia malam tadi selepas dua bulan bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Neonatal View this post on Instagram Ada kelahiran pasti ada kematian Ad...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias